MBA JOURNEY : CERITANYA...

Aku hampir terlupa yang aku dah 'activate' balik blog. hahaha.
Tersadai sementara. dia bukan lupa terus, dia macam aku ada benda nak tulis, nantilah jap2 lagi. Tau-tau dah berlalu 2 minggu lebih.

Jom la sambung journey MBA.

Journey bermula asbab PKP. PKP telah mengubah 'daily life' KN.
Yang biasa jam 8 pagi berada di pejabat. Yang biasa otak ligat berfikir, tangan laju bergerak.
Yang biasa hari-hari ada kertas perlu dihadap, ada dokumen perlu ditandatangan. Tapi berbeza sungguh di kala PKP.

Masa PKP, KN masih bekerja, tetapi dengan jadual yang dipendekkan (masa dan hari).
Duduk dipejabat, tetiba terima satu email promote course MBA. Buat pulak tu kat Ipoh jek. Niat memang dah ada lama nak sambung Master, tapi takde course terdekat. Belum bersedia nak travel jauh-jauh secara mingguan.

Tapi email tu berlalu sepi. Empat lima hari berikutnya, KN call PIC, Dr. Haliza. Sembang-sembang, tanya-tanya, Tau pulak kelas berjalan secara online. Tak pikir panjang kita wak, kita register terus. Semangattt. hahaha.

Dan bermula journey sebagai student Executive Master Business Administration (EMBA) secara course work. Executive sebab kita bekerja sambil belajar (PJJ). Kelas pertama secara online bermula 16/10/2021 selama 2 tahun yang mendatang.

Kalau dah nama belajar, struggle memang ada la. Dengan assignment, project, kuiz, research memang kena lalui la. Cuma yang bertambah, KN belajar sambil bekerja. Masih ada suami untuk dilayan, anak untuk diurus, keluarga perlu dijaga. Struggle dia bertambah 5 kali ganda. Bukan merungut, just share pengalaman sahaja.

Semester berganti semester. Habis semester satu, sambung sampai semester empat.
Menambahkan lagi strugglenya, start semester dua, kelas berjalan 70% online, 30% bersemuka. ratio berubah setiap semester, sehingga akhirnya sem 4, 100% bersemuka. Hambikkk... Setiap sabtu dan ahad mengadap kelas di Ipoh.

Dalam tempoh itu, kita hadap macam-macam isu dan masalah. 
Malam raya masih bergelumang dengan assignment. Pensyarah pun tak bagi chance langsung.. hahaha. Yang diuji kesihatan sampai kena warded sebabkan long covid. Mana yang kena attend mesyuarat tapi hari yang sama pensyarah buat final exam. sesekali dikenang sakit tapi kelakar juga. Pengalaman.

Yang best juga kita kenal macam2 orang baru. Geng-geng class yang sekepala, pensyarah yang sporting. Education travel ke overseas, Indonesia. Belajar benda baru dalam dunia business & management. Maklum lah kita belajar 25 tahun lepas, dah banyak perubahan.

Trip Indonesia, salah satu evaluation dalam subjek ...... (aku lupa). 😂
Semua kami kena plan from A to Z. Paperwork, budget dan kena pilih 3 company to visit. Bukan boleh main terjah, kena communication dgn management and make appointment. Stuggle kat situ sebab kita tak kenal orang2 sana, jadi kena act profesionally. Dan company sana susah nak terima kami sebagai student untuk interview derang. Email pun tak reply. Trip 3 hari semua belanja ditanggung UiTM under tabung ... (lupa juga). Nak kata 100% berjaya tak juga, tapi kami dah buat yang terbaik.

Yang paling kritikal adalah final projek, tesis. Kritikal sebab KN buat last minute. Dok bertangguh, dok busy hal lain, last minute juga jalannya. Final Tesis sepatutnya buat dalam tempoh 3 bulan, tapi KN and teammate pulun dalam tempoh 2 minggu. And alhamdulilla we made it, walaupun pensyarah (supervisor) dah start nak marah. Semua benda last minit dan dia kena semak semua last minit. Maafkan kami, mafkan kami, maafkan kami.

Ada yang tanya costing Master. Lain fakulti, lain cost. Ikut juga method apa kita guna. Tapi untuk KN fully akak gunakan EPF utk bayar fee belajar. EPF direct to UiTM. Nak apply pun tk susah, cuma 1st time (sem 1) nak bayar tu kena pi EPF untuk verified and beberapa proses. Semester lain semua apply jek online. Bila dah keluar bill dah boleh apply di EPF.

Akhirnya, selepas penat lelah. Gelak tawa dan air mata, tamatlah sudah drama journey yang tak dirancang. Jom lah bertenang dulu. benda-benda lain pikir kendian.

Challow dulu.









Comments

Popular Posts