Posts

Showing posts with the label tazkirah

Top 10 - Kesalahan di bulan Ramadhan

Image
Kutip dr FB.... Sharing is Caring... ****************************************** 10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan. 1. Tidak sahur. - puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.  - aku memang suka bersahur sbb dh tahu kemampuan diri kalo tak bersahur. Jangan skip sahur, penting nie bukan sahaja untuk kesihatan dan tenaga tp dapat pahala jugak. 2. Sahur terlalu awal - Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper.  -  Nie bukan stail aku... Maser memuda dulu buat la, tp tak buat dh sekarang. Lagi2 dh berkeluarga nie.  3. Terlebih tidur - lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah. - Bulan ramadhan nie mata memang dugaan beso. Memang ngantuk memanjang. Kalo boleh agaknya dr pagi sampai petang nak tido... Tp, no no no.... 4. Be...

Pahala dengan Lemak Manis

Image
Semoga diberi kesabaran yang besar oleh Allah untuk ku dalam menjaga, mendidik dan membesarkan anak-anak. *kat maner lemak manis nyer....??? Lemak manisnyer ader pada susu ibu, kata Aina la. Biler kiter tanyer aper rasa susu ibu, dier akan jawap "sedapppp, lemak manisshhh..". Pengaruh dr lagu tepuk amai2....

Hari-hari Kiter

Image

Ajaibnya Tangan Ibu

Image
AJAIBNYA TANGAN IBU... Ketika kita lapar... tangan ibu yang menyuap, Ketika kita haus... tangan ibu yang memberi minuman, Ketika kita menangis... tangan ibu yang mengesat air mata, Ketika kita gembira... tangan ibu yang menadah Syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia Ketika kita mengantuk... tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang, Ketika kita mandi... tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kekotoran, Ketika kita dilanda masalah... tangan ibu yang membelai duka sambil berkata: Sabar nak, Sabar ye sayang. Namun, Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap, Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata, Ketika ibu sakit... di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu? Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad... Ketika jenazah ibu nak dimandikan... di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir. Ta...

Jagalah auratmu ibu....

Image
Meh bertazkirah sikit dari ustazah celup nie.....hihihi. Cerita suatu petang di sebuah klinik.... Aku masuk klinik, terus terpandang seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya.... Ibu itu nampak seperti sebaya ngan aku (read : muda ;p), dan cantik orangnya... Tapi bukan itu yang menarik perhatian ku. Apa yang membuatkan mata aku terbuntang bila melihat ibu itu ialah cara dia menyusukan anaknya. Dier membiarkan apa yg tak sepatutnya didedahkan, tapi dibiarkan terdedah. Keadaan dalam klinik sangat ramai, lelaki dan perempuan keluar masuk. Nak ditegur tak terbuka mulut aku nak mengeluarkan kata2.... Bukan tujuan aku nak mengaibkan ibu itu, tapi untuk peringatan semua terutama diri sendiri juga. Walaupun menyusukan anak dengan susu ibu adalah tuntutan dan harus hukumnya tp menutup aurat adalah perkara yang wajib.... Aku lak yang malu menengok ibu tue. Jagalah air muka suami kiter dalam aurat sambil menyusukan anak. Skang nie banyak 'nursing cover' jual kat pasaran... Kalo tidak mam...

Teka-teki Imam Ghazali

Image
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? Murid 1 = " Orang tua " Murid 2 = " Guru " Murid 3 = " Teman " Murid 4 = " Kaum kerabat " Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?" Murid 1 = " Negeri Cina " Murid 2 = " Bulan " Murid 3 = " Matahari " Murid 4 = " Bintang-bintang " Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama". Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?...
Image
Cerita xcident tak abih kat situ... Tak jadi g tgk adik aku, tanggungjawab lain perlu dilaksanakan... My FIL dah 2,3 hari asyik mengadu pening kepala. Jadi kul 6 lebih tue bawak dier g klinik... Bukan kisah dier yang nak aku ceritakan, but kisah lain. Tapi, sebelum tue aku harus sedar diri bhw aku bukan orang yg baik yang layak memberi nasihat kepada pompuan itu. Aku belum punya anak yang aku sendiri tidak tahu mcm mana hasil didikan yg aku berikan nanti & Mr. K juga adalah seorang perokok yang kekadang lupa perlakuannyer. Dan aku disisi selalu membetulkan aper yang salah pd pandangan mata aku la.. Maksud aku dlm bab merokok especially tidak merokok depan ibu mengandung, depan mereka2 yang aku tahu ader penyakit lelah & asma atau sama sekali tidak merokok depan anak kecil.... Panjang leret bebel aku.... Sambil menunggu FIL kat klinik aku dok berdiri kat luar klinik.. Sebab berdiri..? klinik tue penuh dh tu kecik lak, harus la tak muat. Kalo ader kerusi kat dlam tue, korang inga...

Wanita

Image
Salam Hari Wanita untuk semua wanita2 di Malaysia...juga untuk wanita di seluruh dunia... Ape yang wanita sarapan pagi nie... ? Ini ler sarapan saya pada Hari Wanita. Nasi Kerabu.....yummyyy.... Saya bukan nak cerita pasal nasik kerabu tue, tapi nak cerita pasal wanita la... sambil jenjalan saya jumpa artikel nie... Jd, saya cut & paste. Terlupa sumber maner ambik... Tp, yang pasti bukan hasil nukilan saya, sebalik kerja2 yg dbuat oleh miss gugel..;-p 41 Kelebihan wanita Islam... 1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.” 2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh. 3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. ...
Image
credit to google Wanita berasal dari tulang rusuk lelaki Dia tidak diciptakan dari kepala untuk melebihi lelaki Dan tidak juga dari kaki untuk direndahkan daripada lelaki Dia di cipta di antara keduanya untuk menjadi sama dengan lelaki Dari bawah lengan untuk dilindungi oleh lelaki Dekat dari hati untuk di sayangi oleh lelaki Asamgaram : lupa lak, saya amik dari blog Pija

Qurban

Image
hasil gugel... Meh kiter sesamer mengingati diri...InsyaALLAH Pengertian Qurban Dari segi bahasa, qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala. Dari sudut syara‘, qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala. PENSYARI‘ATAN DAN HIKMAHNYA Qurban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya. Firman Allah subhanahu wata‘ala: { فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ } Maksudnya: “Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)” (Surah Al-Kauthar 108:2) Hikmah disyari‘atkan qurban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allah subhanahu wata‘ala di atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun. Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun ...

Gigiiiilllll..grrrrr

Image
Hahahaha.... Apa kes letak gambo kaki nie... Musim tengkujuh dah lamer tiba kat sini. Hari2 berulang Tapah - Slim kompem ujan. Tak pagi, ujan waktu petang... Cuaca sangat ler sejukkkkkkk.... Sampai leh gigil2 dok kat opis. Badan pun ber 'mood' ikut cuaca. Mendung ari, 'mendung' jugak ler badan... Tolonggg... Adakah saya kekurangan vitamin...???? Malam tadi aku belasah tido lepas maghrib sampai ler Mr. K balik dari main badmintion kul 1 pagi... Gara-gara aku telan ubat demam & selsema.. Biler la badan nak elok nie. Datang gak ler opis, mc aku dah penuh taun nie. No more mc dah... Kena la kuatkan semangatkan. Lawan perasaan malassss dalam kemendungan yang berpanjangan nie... Tapi itu ler nikmat Allah yang sebenarnyer. Tanpa kiter sedar itu lah jugak rezeki dicurahkan untuk kita... Kadang kita nie sebagai manusia nie banyak songeh.. Panas terik tak boleh, hujan tak boleh, mendung tak nak... Apa yang kita nak...? Bersyukur ler dengan aper yang diberikan... Bersyukur den...

TIDUR.....

Image
Saper kata tidur tue membuang masa. Sebenarnyer, aku dah tau benda nie maser belajo dulu dah. Tapi, biler dah lamer, luper ler dah. Kebetulan jumpa kat dlm blog SKPZ . Thank u for the info yek.... Dulu pun tau dari mulut ke mulut jek. Yang ini cukup lengkap untuk dibaca. Lagi bagusss... Letak kat sini untuk ingatan aku. Nanti luper lagik. Dan untuk ingatan & pengetahan orang lain gak..... ~~~~~~~ Sesetengah daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas . Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh umat Islam sejak dahulu sebagaimana dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap. Menyedari pentingnya isu itu telah menyebabkan kerajaan Amerika Syari...

Lelaki & Wanita

Image
Nak bertazkirah sikit pepagi nie. Tazkirah pasei lelaki & wanita serta tanggungjawab memasing... menarik gak, pada aku ler. Pada orang lain aku tak tahu. Sebelum nie penah baca dah, tp biler lemamer luper le dah. Hopefully, biler aku letak kat sini senang aku access untuk mengingatkan tanggungjawab aku sebagai wanita & isteri di sisi ALLAH dan suami juga keluarga. Dapat artikel nie thru e-mail. TQ adikku for the info. ******* LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN? Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau b...