Ujian, Ikhlas & Redha


UJIAN...
Takde yang boleh lari. Semua pasti akan hadapi.
Bezanya besar atau kecil ujiannya.

Tapi yang susah nak buat, IKHLAS.
Ya.. Semua orang boleh cakap ikhlas.
Aku pun akan kata, "aku buat semua ni ikhlas".
Tapi adakah sekadar kata di mulut.
Adakah aku benar2 ikhlas, dan adakah ikhlas aku dikira paling solid oleh Allah.

Dan akhirnya, kita kena REDHA.
Ujian Allah untuk tengok sejauh mana iman kita.
Sejauh mana kita menerima ujian dan bertindak.
Redha juga tidak mudah ya.
Untuk aku redha susah sebab pandangan aku pada sekeliling sangat skeptikal.
Aku tewas yang ini.
Aku mahu redha, tapi aku tak mampu terima dengan insan2 yang juga terlibat disekeliling.

Satu hari nanti aku ceritakan untuk mu diari...
Tapi akal ku masih waras. Nak bercakap sesuatu kena dalam keadaan yang tenang.
Aku rasa, saat dan ketika ini, aku tidak berapa tenang.
Aku takut juga yang nanti keluar adalah fitnah.
jadi... simpan dalam2 dulu.

Aku manusia biasa.
Husnuzon aku juga ada batasnya.
Sabar juga ada hadnya.
takpe.. AKU KUAT.

đź’ŚChallow dulu 


Comments

Popular Posts