Dia datang dengan 3.80



Alhamdulillah...
Dikala aku tengah sedikit gundah gulana dengan hal dunia, Allah bagi kegembiraan sikit.

Tahniah anak...
Alhamdulillah Along...
MasyaAllah, Tabarakallah.

Bersabar betul aku menunggu result Sem 4 ni.
Dari sebelum cuti sekolah, sampai la dah masuk sem baru, berpuluh kali dh masuk website.
Akhirnya, penantian mak berakhir.



Actually, dia dh bagitau GPA last week. Tapi mak tetap la curious selagi tk keluar official result.
Dan Along ini selalu buat surprise. Tak surprise baik, surprise sedikit kecewa.
Masa Sem 3, result dia agak menjunam berbanding sem 2. Sampai cikgu2 dia pun terkejut.
Dia tau apa punca, mak dah bebel panjang lebar. Akhirnya, result sem 4 mendadak naik balik.

Sem1 3.29
Sem2 3.64
Sem3 3.49
Sem4 3.80

Apa pun usaha yang dia lakukan mak doakan yang terbaik.
Moga sem-sem mendatang akan terus membuahkan hasil yang lebih cemerlang.

ok.
💌 Challow dulu

Comments

Popular Posts