17 Julai 2013

Jom Holiday : Pulau Pinang aku datang

Aku kan... Suker pegi penang. Aku suka mencari makanan penang. Tapi Mr. K kurang berkenan nak g sana sbb Penang agak busy dan jem.. Dier maleh nak mengharungi jem nak ke satu2 tempat. Setelah dipujuk2 akhirnya sampai jugak ke Penang...

Kitaorg bertolak lps zohor dari Tapah sabtu 6/7/13 tue. Singgah Kuala kurau dulu anto mak ayah dan kakak ipar aku balik dulu. Kebetulan kakak ipar aku ader balik coz ader kematian sebelum tue. Kalo ikutkan sebenarnyer kitaorg booking jumaat sampai Ahad. Tapi kiter delay 1 hari dek kerana kematian sepupu Mr. K yang sebaya dengan aku. Actually kawan sekolah aku jugak. Al-Fatihah utk arwah Alan.

Dalam perjalan 2 beradik nie takmo dok belakang. Dua2 nak menetek. Hamik ko, 2 jam jugak meriba 2 beradik nie. Dua2 tido dengan lena, Mesra gitu.. Adik siap silang kaki, amboi stylo kamu yek...


Dah drop depa kat Kuala Kurau sambung pulak ke Penang. Ikut jambatan jek sbb dh malam pun...


Perjalanan agak lancar. Sampai kat penang kitaprg guna Waze tuk mengelakkan kesesatan berganda. Waze bawak kitaorg ke tempat yg dituju dengan jayanya tp tak ikut jalan depan. Ikut jalan belakang, celah melah rumah orang... hahaha. Maybe sbb jalan depan jem kot. Tapi ok la.. sampai jugak.

Check in pun udah pukul 8 lebih. Masuk bilik, bagi adik makan dulu. Siap2 pastu kitaorg pulak kuar makan. Kedai makan dekat jek pun. Macam2 ader. Pilih jek. Selesai makan, balik bilik berehat2, berguling2 ngan anak. Tido.

Day 2
Percutian kitaorg ringkas jek. aku taruk 1 entry jek sonang...:)

Pagi tue anak2 bangun kul 9 lebih. Ingat nak bawak g mandi kolam, tp petang jela. Mandi dlm bath tub jek... :) Siap2 terus turun breakfast dan terus keluar. Destinasi kitaorang adalah bukit bendera. In fact itu je la tempat yg kitaorg bwk anak2 jalan kat penang. Tempat lain takde. Jimat tenaga, jimat duit... hahaha.

Sebenarnyer tujuan percutian memang untuk family jek... Untuk anak2 bergembira. Depa pun kalo bawak tempat2 yg byk tue bukan paham pun lagik. yang depa seronok kalo dapat main. Dapat pulak mandi kolam, lagi la sakan..... Untuk ibu, dapat makan laksa, pasembor tue dh cukup gembira. Niat ibu memang nak jalan-jalan cari makan. Abah dier fleksibel. Tapi kalo dapat tido sepanjang hari udah cukup bahagia bg abah. lagipun abah kena larik jauh sikit dr Tapah kalo nak berehat. Kalo kat Tapah memang kompom kena stand by. Anytime kena panggey keje. Dan, memang pun, Malam sebelum tue opis dh carik dier tuk g outstation...

Kat bukit bendera orang memang ramai. Hari minggu la pulak. Kena beratur jugak nak naik tue. Dalam 20minit kot. Takde la lama. Lagipun keretapi baru nie dh laju sikit, takde la jenuh termenung.
Kat atas jalan2. Lepak makan laksa. Pastu anak main kat dataran atas tue. Main bubble dier la. memula beli 1 jenis nie, rupenyer payah jgk dier nak main. Beli pulak yg jenis pakai bateri tue... Baru la seronok dier maian. Tapi melayang la RM16. Tak kisah la sbb purposely memang utk gembirakan hati anak2, jadi kitaorg tak byk ragam atas permintaan anak2... Adik lom pandai minta ape2 lagik...

Dalam kul 2 gitu, turun bawah balik. Aku lupa nak bawak bekal adik naik atas. Kang lapo pulak dier. Bukan jek bekal tak bawak, hp aku pun sama tinggal dalam keta... huhuhu. Sudahnyer takde gambo la dok atas nun. Dalam hp abah ader la, ntah zaman biler aku nak amik tue.

Tapi memang entry nie tak banyak gambo2 mcm entry2 bercuti lain. Mmg kurang giler bergambar... Sekeping dua jek. Maleh yg benonyer.

Petang tue terus balik ke hotel. Bagi anak tido dulu. Berehat dulu.

Petang kul 5, turun mandi kolam pulak. Permintaan aina. Dier dh mengelejat tgk swimming pool. Adik pun mandi jugak. Tapi kejap je la. Kecik lagik. Tapi seronoknyer satu macam.. hahah. Ibu melepak tepi kolam jek.




Naik kolam memasing lapo. Order room service then anak2 sambung tido balik.... kul 8 lebih baru bebudak bangun. Dalam kul 9 malam kuar pulak g Pasar Malam Batu Feringghi. Niat di ahti nak carik cd upin ipin untuk Aina. Tapi nan hado. Dapat kt Aina smurft & seefood, abah lak dpt fast & furious 6... Pastu carik t-shirt sedondong utk ibu dan abah. sedondong utk aina & adik. Then balik. Sebelum tue singgah minum sat.

Masuk bilik sembang2, lepak2. Sambung tido... bahagia tul hidup... hahaha.

Day 3
Aku bangun awai... Ingatkan nak packing barang. Tapi pegang hp, end up dgn kandi kerush... hihihi.

Bebudak bangun, terus siap g breakfast. Lepas breakfast terus sambung lg mandi kolam tuk Aina. Aku ngan adik kt tepi jek. Adik ngantuk balik, nak tido.

Dalam kul 11 pg gitu naik atas nak bersiap2, nak check out.

Naik atas pintu pulak tk boleh bukak. Turun balik nak activate card, cuba lagik. Tak boleh jugak. Pastu Mr. K turun sekali lg nak activate lg sekali. Naik atas pun tak boleh lg. Masuk bilik sebelah yg kosong tepon reception. Depa hantar technician, menunggu technician dtg pun jenuh.

Berkampung la kami depan pintu bilik......


Technician dtg bawak master key. Baru la boleh... Terus masuk, siap2 aper yg patut, packing. 12.30 terus check out.

Sebelum balik kena pastikan mission ibu terlaksana... aper lg PASEMBOQ la... hihihi. terus pegi padang kota lama, mencuba nasib kot2 kedai pasembur dh bukak. Alhamdulillah ada rezeki kitaorg. Selalu pegi kedai yg belah sana, hari tue pegi kedai yg belah sini. Kureng la sikit pasembur nye.



Dapat pasembur tak tunggu dah, terus balik. Hari pun gelap nak hujan. Balik kali nie naik feri pulak.
Gambo family takde. layan la gambo split nie...huhuhu.




itu jek perjalanan kitaorg yg sangat ringkas dan santai. takde mengejar ke mana2.... Semuanyer penuh ketenangan.




Tiada ulasan:

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin