Posts

Showing posts from 2026

Dia datang dengan 3.80

Image
Alhamdulillah... Dikala aku tengah sedikit gundah gulana dengan hal dunia, Allah bagi kegembiraan sikit. Tahniah anak... Alhamdulillah Along... MasyaAllah, Tabarakallah. Bersabar betul aku menunggu result Sem 4 ni. Dari sebelum cuti sekolah, sampai la dah masuk sem baru, berpuluh kali dh masuk website. Akhirnya, penantian mak berakhir. Actually, dia dh bagitau GPA last week. Tapi mak tetap la curious selagi tk keluar official result. Dan Along ini selalu buat surprise. Tak surprise baik, surprise sedikit kecewa. Masa Sem 3, result dia agak menjunam berbanding sem 2. Sampai cikgu2 dia pun terkejut. Dia tau apa punca, mak dah bebel panjang lebar. Akhirnya, result sem 4 mendadak naik balik. Sem1 3.29 Sem2 3.64 Sem3 3.49 Sem4 3.80 Apa pun usaha yang dia lakukan mak doakan yang terbaik. Moga sem-sem mendatang akan terus membuahkan hasil yang lebih cemerlang. ok. 💌 Challow dulu

Ujian, Ikhlas & Redha

Image
UJIAN... Takde yang boleh lari. Semua pasti akan hadapi. Bezanya besar atau kecil ujiannya. Tapi yang susah nak buat, IKHLAS. Ya.. Semua orang boleh cakap ikhlas. Aku pun akan kata, "aku buat semua ni ikhlas". Tapi adakah sekadar kata di mulut. Adakah aku benar2 ikhlas, dan adakah ikhlas aku dikira paling solid oleh Allah. Dan akhirnya, kita kena REDHA. Ujian Allah untuk tengok sejauh mana iman kita. Sejauh mana kita menerima ujian dan bertindak. Redha juga tidak mudah ya. Untuk aku redha susah sebab pandangan aku pada sekeliling sangat skeptikal. Aku tewas yang ini. Aku mahu redha, tapi aku tak mampu terima dengan insan2 yang juga terlibat disekeliling. Satu hari nanti aku ceritakan untuk mu diari... Tapi akal ku masih waras. Nak bercakap sesuatu kena dalam keadaan yang tenang. Aku rasa, saat dan ketika ini, aku tidak berapa tenang. Aku takut juga yang nanti keluar adalah fitnah. jadi... simpan dalam2 dulu. Aku manusia biasa. Husnuzon aku juga ada batasnya. Sabar juga ada ha...

Susah yek...!

Again... kembali terbiar sepi, sunyi dan bersawang. Susah yek nak cari momentum itu. Hari-hari rasa nak menulis, tapiii... itulah tu.. selalu tinggal rasa jek, jadinya tidak. Banyak nak tulis, banyak nak didiarikan. I love writing. Satu masa dulu, saya belajar copywriting. Untuk cerita, untuk business. Saya pernah join kelas copywriting berbayar. Dengan local teacher dan dgn international teacher. Besttt... Aku menulis tentang aku. Dulu, mungkin aku menulis untuk orang baca. Tapi kini, Aku menulis bukan untuk orang lain. Aku menulis untuk diri sendiri.  Menulis membuat aku melepaskan. Menulis membuatkan yang sarat jadi ringan. Yang sebal jadi senang. Yang sedih, hilang perlahan-lahan. Allah... bilalah masa itu akan kembali. Kita cuba. InsyaAllah.