30 Mac 2013

Kopi Purple

 *STICKY POST YEK, CERITA BARU BAWAH SIKIT*

 Purple itu romantik... Betul ke???

Kopi purple nie sedap... Itu kompom!!!!

Nama kopi nie Haida Kamaruzzaman Collagen Cappucino atau lebih mesra dipanggil HKCC...;-p



Kopi nie kopi kesihatan. Kopi yang ader herba, collagen dan juga vitamin C. Cukup dalam 1 sachet. Bancuhan nya 1 sachet untuk 1 cawan. Kalo korang nak pekat guna cawan biasa tue, tp kalo nak banyak guna mug... :). Saya suka guna mug, sebab dapat minum banyak sekali tapi rasanya tak terjejas sangat pun. Sedap... (sambil tulis terasa kat tekak, telan air liur...hihihi.). Parah.


Antara Bahan-bahan dalam HKCC

  • KANDUNGAN HKCC :Biji Kopi Terpilih,Krimer Bukan Tenusu,Gula,Vitamin C,Ekstrak Guarana,Ekstrak Kaip Fatimah,Ekstrak Manjakani,Ekstrak Serapat.Ekstrak Mas Cotek 
  • COLLAGEN:Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus pada wajah serta mencantikkan tisu kulit.
  • VITAMIN C : Sebagai anti biotik bagi mempertahankan sistem immunisasi
  • GUARANA : Memperbaiki sistem penghadaman dan awet muda.
  • KAYU MANIS : Melancarkan pengaliran darah serta mengurangkan glukos dalam darah dan kolestrol.
  • KACIP FATIMAH : Meningkatkan aura wajah,melewatkan penuaan serta mengembalikan kecerdasan tubuh.
  • MANJAKANI : Melicin dan memelihara kulit,mengecut dan mengetatkan rahim serta peranakkan wanita
  • SERAPAT : Memperbaiki dan menegangkan tisu badan,menegang dan mencantikkan kulit serta menguatkan otot dan sendi
  • PERHATIAN:COLLAGEN ADALAH DARI SUMBER MARINE IAITU RUMPAI LAUT BUKAN DARI BINATANG.
KELEBIHAN PENGAMBILAN HKCC:
  • MENGURANGKAN GARIS2 HALUS DI WAJAH SERTA MENCANTIKKAN KULIT
  • MENGIMBANGI BERAT BADAN YANG LEBIH IDEAL
  • MENSTABILKAN HORMON WANITA DAN MENINGKATKAN KECERDASAN TENAGA SEPANJANG HARI
  • MELANCARKAN PERJALANAN HAID WANITA
  • MERAPATKAN HUBUNGAN INTIM SUAMI ISTERI
  • MELAWASKAN PERKUMUHAN/PEMBUANGAN AIR BESAR/NAJIS
  • MENGURANGKAN SAKIT SENDI DAN KEBAS 

Siapa yang boleh consume HKCC nie..?
Siapa saja boleh minum, lelaki atau perempuan.

Tapi, ader jugak yang tak boleh amik yek. Antaranya :
1. Mereka yang ALERGIK KAFEIN dan MARINE SOURCE
2. Kidney problem..TAK BLEY!sbb?Sbb as we know KIDNEY PROBLEM musuhnya adalah HERBA.
3. Hyper tyroid..ini based on symtom..but for precaution better advise jangan amik HKCC yer sahabat2 sekalian.
4. Yang lain? orang yang RAGU2 nak amik.so korang takyah take a risk PAKSA amik jika tidak tahu medical history si polan


Testimoni diri sendiri :
1. Badan rasa ringan. Kurang letih.
2. Susu badan alhamdulillah... Maintain banyak sama cam baru melahirkan.
3. Makan dgn behave.,.. hihihi. Coz saya makan banyakkk. Sekali makan pinggan mesti menggunung, tapi biler amik hkcc, cemerlang la sikit perangai dalam bab makan nie.
4. kulit muka saya rasa cam lbh tegang dan licin walaupun parut jerawat lama masih ada. tidak rasa cam kering jek...

Nanti ader masa kiter buh testimoni dr orang lain yang mcm2 ada....
1. Darah tinggi boleh maintain
2. Ader yg consume, mengandung. Dengan izi Allah
3. Ader yang kurus
4. Ada yang boleh hilangkan migrain
5. Ader yg jadikan kulit lebih cantik...

Harga HKCC nie cuma RM39.90 sahaja.
Ada 20 sachet dalam 1 kotak.

*Kebanyakan fakta adalah dr page HKKC sendiri.

NAk order boleh add aku kat facebook :
personel : Nieta Nozie - https://www.facebook.com/nieta.nozie
Page : Nuramnizz shoppe - https://www.facebook.com/pages/Nuramnizz-shoppe/269913383093290

Boleh jugak email saya di nietapah@gmail.com



29 Mac 2013

Aina dan baby comel ep. 2


Kisah baby bear dier ari tue adalah episod 1. Skang kiter sambung episod 2 pulak. Tengok la nanti ader ke tak episod 3.

Kali nie cubaan nak menidurkan baby comel dier... Dengan penuh gaya mak2 yek. Siap pujuk2, siap sayang2... hihihi. Camner orang buat kat dier, camtu la jugak dier buat kat baby.

Baby sejuk nak tidur. Kiter kasi selimut dan tepuk2 montot dier.








Alamak dier nangis pulak..... Alalololo. Meh dukung, meh timang. Nak susu yek. Kalo nak susu memang dier selak baju kengkonon nak bg susu. eksennn...


Ok, dah tido. Ibu, jangan bising. Baby aina nak tido...






28 Mac 2013

Masjid Dirobohkan..!

Takde cerita panas pun yek... Jangan speku lebih2 pulak...

Masjid yang dirobohkan ialah Masjid Jamek Tapah. Dirobohkan untuk tujuan pembinaan masjid baru yang lebih selesa, besar, moden dan tersergam indah.


Lama dah perancangannya, tapi macam masalah dan isu yang timbul maka asyik tertangguh jek. Akhirnya bermula 8/3/2013 kerja-kerja perobohgan dan seterusnya pembinaan telah bermula. Sebelum tue, peralatan2 masjid yang masih boleh digunakan tak kira la apa pun baik brgan elektrik, awning, sejadah, karpet yang masih boleh digunakan dah di bahagi-bahagikan kepada masjid2 dan surau berdekatan untuk memanjangkan wakaf yg telah diamanahkan.

Semoga permbinaan berjalan lancar tanpa ada masalah2 lain pulak nanti.

In Shaa ALLAH.











Rindu abah ke?




Ini budak, malam td mengamuk sakan.... Kul 12 lbh sampai kul 2 pg mengamuk... Urut perut, tukar panmpers, dukung, layan gelak2 pun dier tak sio nak pedulikan ibunyer. Aku nak nangis jugakkkkk

Penyudahnya, kul 2 pg ibu teringat maybe dier teringat kat abah. Rindu abah kot.

Ibu amik kain pelikat abah, balut anak. dukung, dodoikan. Tak sampai 10 minit tertidur dalam dakapan. Letak atas tilam, bagi susu. terus tidur sampai pagiii....

Oh abah.. balik la cepat... :)












27 Mac 2013

Pandai bawa diri....






Pepagi tadi Aina terjaga jam 4 pagi. Pastu tak tido dah. Dier pegang phone layan game pastu minta ibu carikan upin dan ipin. Takde merengek takde meragam. Dah boring dier minta nenen. Sampai la ibu nak g keje tadi, elok main. Dok luar ngan uci, ibu jalan g keje pun takde nangis. Siap lambai lagi. Dier dah bijak, dah tahu ibu nak g keje... Alhamdulillah.

Nie malam tadi, ntah camner kul 8 mlm dier boleh tertido sendiri depan tv tanpa ibu dodoi atau bagi nenen. Tapi kesian la pulak, cam kurang kasih sayang jek sejak abah takde g kursus nie. Yang lebih kesian, sebelum tido tue dier minta nak makan nasik, tp nasik tengah menggelegak atas dapur. Tak dan tunggu nasik masak, dier dah tertido. Lapar anak ibu yek.



Tapi, kul 9.30 mlm dier terjaga. Nak susu, bagi susu pastu terus suapkan makan. banyak dier makan, lapar la tue. Lepas makan, terus baring balik dan tertido. Kul 10.30, angkut dier masuk dalam bilik pun dier tak sedo aper dah, Cuma mulutnya sekali sebut abah. Rindu ngan abah kot....

Tue yang terjaga jam 4 pg tue. Puas dah tido.

Adik pun sama, jam 8.30 mlm tido dalam buai. Kul 10 mlm ibu angkut letak dalam bilik. Tido sohh.. takde bangun dah. Merengek nak nenen, pastu tido balik. Pagi tadi bangun nyengih2, dalam keta gelak2 sambil nyembang ngan ibu on the way nak g umah pengasuh.


*gambar gegor tangkap sambil drive.. Jgn ikut tau, perilaku tidak bagus tue...

Anak2 behave sangat baik time abah takde nie. mungkin paham kot, abah takde g keje, jadi anak2 kena pandai bawak diri. Alhamdulillah, dikurniakan anak2 yang bijak.





26 Mac 2013

Baby Bear Nak Kencing...!





Cubaan untuk memakaikan baby bear nyer pampers. Kengkonon baby bearnyer nak berak... Mak2 la sangat kamu aina oi...

Dok pusing sana, pusing sini. Adjust sana adjust sini. Sudah nyer, "Ibu, canner nie...???"

Tue baru baby bear, baby kecik dier yg 1 lg pun cam gitu jugak dibuatnyer. Malam tadi baby minnie pulak dier suh ibu pakaikan pampers... hehehe. Ibu layankan aje la. Sementelah bapaknyer takde, ibu kena layan molek2. Jangan sampai dier merajuk panjanggg.. payah lak ibu nanti..

Ish...!! banyak sungguh baby kamu yek Aina.... Belum adik kamu lagik nie... 









Aku Yang Kesepian....


Muahahahaha...... Tajuk tak agak2. Cam haper jek....

Actually, bukan la kesepian, tapi Mr. K memang tengah takde nie. Attend Induksi untuk seminggu. Aku tak kisah pun kalo setakat 1 minggu kursus, tapi kalo lebih tue mungkin i kesah jugak kot. Kesah sebab aku ada anak2 kecik yang perlu diasuh, dijaga. Anak2 yang memerlukan kasih sayang abah kat sebelah depa....

Mr. K mmg susah hati jgk nak tinggalkan anak2 dier nie. yang no. 2 ok la, belum pandai aper2, belum pandai melasak. Cumernyer nani suker meragam malam, terutama time tido. Kena dukung dodoi dier. Masuk buai pun boleh jgk tp kalo mood 1 mcm buai pun dier taknak. Tapi Aina sudah sangat bijak. Dier dalam mood nak explore mcm2 benda. Tido malam mmg lambat. Dok mengadap tv sama2 ngan abah. Kul 2,3 baru la nak tido. Sonok dok main2 ngan abah, coz ibu sibuk dok layan adik.... Cian anak ibu.

Tapi alhamdulillah sangat2... 2 hari nie dua beradik tue takde la 'mengganas sangat'. Tido pun awal. Takde mencecah kul 1 pagi pun. Masing2 behave sangat baik dan cemerlang. Mungkin depa paham bapaknyer takde. Ibu takleh jaga depa yang melasak nanti....

Ada lagi 5 hari untuk dilalui. Harap2 nya anak terus berperangai baik sepanjang abah takde... Jangan nanti ibu terpaksa mc pulak...;)








25 Mac 2013

Sayang Adik






Salam Monday Blues...!!!! Kihkihkih.
Ari senin adalah hari lemau aku. Mmg produktiviti di bwh paras par.... sgt la malas. Pemaksaan terhadap diri sendiri perlu dibuat dengan jaya sekali. Kalo tak harus kecundang dengan benda-benda yang lain.

Maser memula dapat tahu aku mengandung, perkara pertama yang terlintas di fikiran kami suami isteri ialah reaksi kakaknyer. Camner dier nak menerima adik kecik dan camner pulak dier layan adik kecik dier.

Memula dier jumpa adik, sekali ramai2 ngan sepupu dan mak sedara dier. Maser tue dier marah sungguh orang lain tgk atau pegang adik dier. Pastu biler 1st time ibu bagi adik susu badan, ayat pertama yang keluar dari mulut dier...

"Habis la susu ibu....." hihihi.

Maknanyer ibu kena deal dgn kecemburuan dier la lepas nie sebab kena kongsi susu.

Memula tue mmg nampak dier tak heran ngan adik. Tapi skang dah mula sayangkan adik. Kalo orang nak amik adik, mmg tak bagi. Pandai pujuk adik kalo adik nangis. Yang adik  pun kalo nampak kak long dier, ngekek gelak. Ajak kak long main sekali....

Tapi, bab nyusu memang kekadang berperang jugak la. Ader masa aina senang nak pujuk suh beralah ngan adik. Ada masernyer, menangis tak hingat. Tapi, idak la dier smack down adiknyer, cuma kalo time adik nyusu, dier nak nyusu jgk, mcm2 la dier suh ibu buat. Suh letak adik atas tilam la, suh bagi kat uci la, suh masuk buai la..... Kalo takleh handle sangat memang sorang kiri sorang kanan.

Tengok la gambo aina dan adik....



Memang aina takleh tinggal berdua ngan adik. Kena adik org tengok2 kan... Kalo tak mcm2 dier buat ngan adik. Especially dier suker korek mater adik. Geram kot. Ader sekali dulu, tak perasan ape aina buat. Tgk2 mata adik sebelah dah merah dan asyik berair jek, mungkin keje kakak dier, kitaorg tak sedo.


Ada masa minta ibu, dier nak dukung, nak timang2 adik dier... Banyak cantik muka ko.... badan beso batang penyapu jek ader hati nak timang2 adik. Tak dpt timang letak atas peha dier pun dier dh tersenyum lebo... Adik redho dan rela je la diperlakukan sebegitu...



Aku suka gambo yang nie.... Nampak sweet jek... Sambil peluk tue mulutnyer mmg tak renti cakap 'sayangg adikkk'.... Dier selalu minta nak baring sebelah adik, sambil peluk gitu. Tapi, kena peratikan jugak. Kang dtg geram dier, semua benda dier cucuk.


cubaan untuk menidurkan adik. Sambil tepuk2 adik, dier akan zikirkan tuk adik. Ikut mood la, kekadang subhanallah, ader maser dier selawat. Kalo maser tue dier nak selawat tp kiter zikirkan benda lain, dier marah. suh ikut dier jgk.... hihihi. Tepukan tuk adik dier tue, kekuatannyer makin lama makin meningkat. Kalo dh lama adik tak jgk tido, mula la dier tunjukkan taring kakak. Jadi, adik kalo kakak suh tido, jgn degil yek...hihihi.

Moga2 depa membesar dengan sihat dan saling sayang menyayangi... Takde gaduh2, smack down yg ganas2... gaduh2 manja tue adat la....











22 Mac 2013

Kisah SR


Alhamdulillah.... Rezeki untuk tengahari Jumaat.



Menu favourite kalo gi secret recipe. Most of the time, ini la yg aku order. Ader sekali 2 jek ngoder lain sikit, kengkonon nak test. Tapi lepas tue nyesal...kihkihkih

Actually sebenarnyer sangat teringin nak makan nasik kat 1 warung nie. Lauk pauk kampung. Lepas sekali makan kat sana ari tue terus terjatuh cinta dan teringat2. Masalahnyer kedai tue kat Tg. Malim, memang jauh la kalo nk g hari biaser. Hari jumaat lunch hour lamer sikit boleh la lajak jauh sikit. Lauk pauk yang super sedap. Kedai tue selalu penuh, hari jumaat awal lagik dah penuh. Memang sesak ngan orang lelaki yang mengejar sembahyang jumaat dan kebetulan aku sorang pulak memang takdo la aku nk g. End up aku larik g Secret Recipe.

Korang ader sindrom macam aku tak... Sindrom kalau sengsorang nak makan aku akan carik tempat yg agak2 privasi, beraircond, selesa dan takde gangguan. Kalo aku g warung2 tue rasa cam semua mata memandang aku. Semua dok tgk apesal minah nie sengsorang... Tapi kalo aku g kedai cam kfc, mcD, SR Atau cafe2 yang agak 'standard', takde saper nak nyibuk. nak pedulikan kedatangan aku kecuali waiter depa la.... Jadi aku leh makan dengan selesa... hahaha.

Boleh gitu.....

Sampai kt SR lak kengkonon nak amik kid meal jek + tiramisu. Malang sungguh tiramisu xde la pulak. Maka kid meal terus tukar jadi regular meal... Aje yang tamakkk....:p

Dah kenyang balik la....

notakaki : korang ader sindrom tak reti nak tutup 1 entry tak... aku cam 'blur' tak tau nak buat camner. Selalu rasa cam cerita tergantung





21 Mac 2013

Pahala dengan Lemak Manis



Semoga diberi kesabaran yang besar oleh Allah untuk ku dalam menjaga, mendidik dan membesarkan anak-anak.

*kat maner lemak manis nyer....??? Lemak manisnyer ader pada susu ibu, kata Aina la. Biler kiter tanyer aper rasa susu ibu, dier akan jawap "sedapppp, lemak manisshhh..". Pengaruh dr lagu tepuk amai2....









20 Mac 2013

Hantu bedak....


"Assalamualaikum...." Masuk umah, bagi salam.
Takde jawapan. Selalunyer kalo dengar pintu terbuka dier yg excited bagi salam dulu. Yang masuk rumah kena jawap salam...:-p. Tapi ari tue senyap jek.

Turun bawah, rupanya ini la yang terjadi. Patut diam membisu. Uci tengah sembahyang. Ranap sebotol bedak.



Seronok yek anak main bedak... hihihi. Sebelah botol bedak tue, botol minyak telon, nasib baik dier tak curah lak ngan minyak telon tue.

Biler marah, dier sengih2 sambil cakap "aper la Aina nie..."... Sendiri buat, sendiri cakap...

Biler suh tangkap gambo, dier kata "ibu, cis...". Cis tue adelah peace ye kawan2...
 

Mengekek ibu gelak sambil dukung adik. Sib baik tak terlururt adik dr dukungan ibu.

ANAK OH ANAK...!!!!




19 Mac 2013

Omela


Nama penuh kak long ialah Nur Aina Umaira yang bermaksud cahaya mata si pipi merah.

masa baru2 belajar bercakap dulu, biler diajar sebut nama penuh bunyik nya 'ena omela'.

Tapi, sekarang dh pandai sebut nama sendiri.

 ibu :  mana ena omela..?
aina : bukan la ibu. o aina umaira.
ibu : betul la ibu sebut ena omela.
aina : hishhh... umaira. o aina umaira la.

hahaha... memang kalo dia marah dia akan guna perkataan hish tue... mcm org beso2.
tapi instead of nur aina umaira, dier akan sebut o aina umaira. yg nur tue memang tinggal o jek..

*comel.... (sapa lg nk puji anak srndiru kalo tak emaknya... :)

18 Mac 2013

Sesi perkenalan


*drumroll*

hihihi.... hari nie udah berusia 3bln 7hari. Baru nak buat sesi suai kenal....

Fresh from oven.
NURHANNANI AYUNI BT. MOHD KHIROL

Lahirnya kecik jek, 2.7kg. Lbh kurang kakaknya jugak.

Hari kedua. Nani nie nampaknya ebih putih dr kakaknya.... Kulit dier cantik dan kurang sensitif dr kakaknya. Kena gigit nyamuk, merah, sapu minyak ok dah. Kalo Aina dulu, kena tgk takut jd kudis. Sbb sensitif sikit.


Masih dalam hari.... Tak ingat dah brape hari umurnya. Masa nie nampak dier kecik sikit. Tengah jaundis maser nie. Jaundis adik nani lama sungguh, 15 hari baru betul clear. Senak perut mak dengo dier menangis amik darah hari-hari.



Latest.....
3 bulan sudah. Sangat bulat dan hantap. Lenguh tangan mendukung. Fully breastfeed. Kuat menyusu siang dan malam. Mak berusaha membanyakkan stok untuk anak. Siang dier nyusu botol tanpa banyak masalah kecuali hari senin la. Monday blues sangat anak aku nie. Meragam merengek ngan babysitter dier. Almost 20oz kena siapkan stok dier tuk sehari. Kekadang habis, kekadang tak habis.


Nie drama maser warded due to jaundis. 2 malam ibu dan anak berkampung di hospital.


Masalahnya, anak memalam bukan nak tido dalam tue. Nak tido berpeluk ngan mak atas katil sambil mulut 'bersumbat'. Daripada dier teriak meraung maka ibu angkut tido sekatil. Masa admit, bacaan kuning 16.5, nak menurunkan kepada 15 tue sgt seksa. Udah takmo tido bawah lampu. Sudahnya mak tarik lampu ke katil, sesama la anak beranak tido bawah lampu. Udah macam sauna ibu rasa... hihihi.

Disebabkan duk bawah lampu yang boleh tahan panas nie, pusat nani tercabut maser umur 7 hari. Tapi tali pusat jek yang cabut, pusatnyer belum cukup kering pun. Kena cuci dan tengok jugak takut bernanah lak.








07 Mac 2013

Pengalaman kedua yang berbeza


Entry nie telah dirangka sebahagian nya maser dlm pantang ari tue.. dok peram dlm draft aku malas nk oter dah. aku sambung je la terus......



Alhamdulillah, dengan izin Allah maka lahirlah puteri kami yang kedua pada 11.12.2012 jam 6.49 petang dengan berat 2.70 kg. Sama berat dengan kakaknyer sewaktu lahir. Tapi kalo tgk perut aku, ramai yg assume anak yg lahir pun besar. Takde maknenyer coz yg sulung pun sama gak. Perut besar membuncit tp anak kuar kocik jek... dasar lomak tobal... hahaha.

Pengalaman 1 & 2 sgt2 berbeza. Caranya, kaedahnyer, masanyer, sakitnyer semua nya berbeza. Memang betul kata orang, lain anak lain ragamnyer mula dr mengandung sampai la bersalin...

Mari aku nak bukak cerita bersalin sebelum aku lupa. nie dah masuk sebulan baru nk bukak cerita.... dasarrrrrr sungguh. hihihi

10.12.2012
Hari nir aku ader 2 check up. Belah pagi check up kat klinik pakar hospital tapah & belah petang kt klinik komuniti tapah. Cam biasa, aku minta doc pakar mc. Sapsapsoi jek dier sain mc aku... hehehe.

Takde byk mslh pegi kt dua klinik nie. aku cumer ngadu pasal sakit kt kelangkang yg dh berbulan aku tanggung. Takde aper yg doc leh bantu pun. Sekadar bgtau baby dh turun... huhuhu.

Petang tue lepas balik dr KK tapah perut mcm memulas nk membuang. Tapi kali nie ceri beri la pulak. sib baik xde mengulang ke toilet jek. Tapi aku cam pelik lak apesal teriba lak jd gini, takde mkn yg ganjil2 pun. Masa tue aku teringat la masa bersalin 1st dulu sebelum masuk labour room bidan bg ubat berak suh berak sebelum bersalin. Perasaan aku sama la camtue masa petang tue. Aku rasa cam perut aku cuci jek pas membuang... perasaaaannnnn... hihihi.

Malam tue aku mula rasa sakit kat pinggang ngan ari2. Tapi aku dok pikir la yg sakit tue kencing kotor kot sbb simptom2 nyer sama jek. Tapi xpenah pun kena kencing kotor time ngandung. Speku jek lebih. Malam tue aku tido awal coz esoknyer ader check up pulak kt Ar- Ridzuan.

11.12.2012
Bangun pagi msh dlm keadaan sakit ari2 ngan pinggang. Cakap kt mak aku sakit pinggang, tapi mak diam jek. Kul 10pg kuar sarapan ngan Mr. K & Aina. Makan roti canai jek pun. Tapi masa makan tue la aku notis yg sakit yg aku rasa tue sebenarnyer adalah sakit contraction sbb sakit dier tak lama pastu hilang. Terus mkn cepat2 dan balik umah amik mak, amik brg-brg anak ngan bapaknyer yg maner penting. Terus pecut ke Ar- Ridzuan.

Sampai sana dh pukul 1 lbh. Appointment sebenar tuk ari tue until kul 1 pm jek coz dr. Raoofah akan g klinik dier sendiri lak kt luar. kelam kabut punya pasal td dh lambat tp sbb dh sakit kena sorong terus ke bilik check up kt level 4. Memang kena sorong ngan wheel chair coz depa dengo ckp aku dh sakit. Tp memula aku tolak konon macho la sgt tak sakit sangat lg. taktah la nak tolak2 ngan wheelchair, tp Mr. K buat muka tensen sbb aku berlagak mcm takde aper. Tapi kena paksa jugak. duduk la aku ngan muka malu2 alah. Aina pelik jek tgk ibunyer kena sorong ngan kerusi roda tue.

Sampai sana bidan check bukaan dan surprisingly rupanya dh bukak 3 cm. Then depa psg mesin ctg nk check gerakan dan jantung baby. dok la dlm bilik tue 1/2 jam sampai selesai dan maser tue doc suh admit. Cakap thru bidan la coz gynae aku maser nie dh balik. Bidan tepon jek dier. Jarak masa contraction msh sama. Sakitnyer pun rasa sama jek mcm td. xde byk beza.

Dah masuk bilik wad, aku memang request bilik single. Senang Mr. K nak temankan aku nanti. Memandang dah pukul 2pm, perut mula keroncong. Adik nak dtg amik mak dan aina, pesan kat dier nasi goreng jek. Perut kenyang hati senang.... Tipu...!!! takde senang hati sbb sakit kontraktion makin kuat. Pagi td boleh tahan lg, dah petang nie terkemut2 aku menahan sakit.

Mr. K nak settlekan pasal kwsp dier dan operation dier yg dulu. Tak penah cerita kat sini lagi. Biler aku free nanti aku story panjang lebar bab ini pulak.... Mungkin sebab kehulu kehilir aku ngurus en suami maser dier sakit dulu, senang jek jalan nak bukak kali nie.

Makanya, tinggal la aku sorang2 kat bilik. Kengkonon nak lelapkan mata, tp tak boleh. Kejap2 sakit.

Lebih kurang kul 6 ptg, Mr. K dah sampai bilik, mak, aina dan adik aku pun dah datang ngan anak beranak dier sekali. Maser nie la sakitnyer memang tak boleh tahan2 lagi dah. Dengan perasaan tidak malu, air mata menitik menahan sakit. Tue memang udah tak tahan lagi dah tue. Sebelum tue Mr. K tanyer ok jek lagik.

Mak panggil misi. Misi tarik dok kerusi roda, tolak ke labour room terus. Doc belum ader pun tp bidan dah get ready. Masuk labour room, bidan cek bukaan. Dalam sakit2 tue aku tanya dh brape cm bukak. Terkejut beruk aku bilik dier kata dah 8cm.... Haaaa!!!! 8... cepatnyer. Berbeza ngan Aina dulu 24 jam tunggu nak bukak sampai 8 tue.

Mereka uruskan aper yang patut. Aku dah merengek cam budak kecik menahan sakit. Mulut aku tak lepas minta ubat tahan sakit. Aku pun lupa dah depa ader bagi ke takde. Yang aku ingat depa suh sedut gas tue jela. Tujuannya untuk tahan sakit la. Tapi, kalo terlebih sedut leh lalok..... Maser nie la dahaga melampo, sib baik mak der bagi air yasin yang dier bacakan.

Tak lama pas tue, doc sampai. Sakit nak meneran dah ader. Benda pertama doc tanyer aku, 'Suami taknak masuk ke...?' Aku suh depa tanyer sendir kat dier kat luar LR tue. Jawapannyer taknak. Amboi laki cek, tak sanggup nk tengok yek...

Actually, dier takut dier tak mampu nak tanggung. Lepas dier operation 2 bln sebelum tue dier ader masalah xleh terkejut melampau. Nanti badan berpeluh2, kepala pening. Ok, reason yang boleh diterima akal la.... Maka sengsorang la ku kat dalam.

Berbalik pada cerita diatas, mulut aku still minta ubat tahan sakit jugak. Kengkonon tak mampu nak tahan. Misi tue pujuk sikit punya best ayat... ' takpe sakit sikit jek. Kalo tak sakit camner nak meneran. Memang la kita nak bagi sakit tue ader...' Ok. Mak redho je la.

Proses teranan pertama fail coz aku tak pandai camner nak buat. bidan bagi arahan. Dier suh curi napas, camner nak curi napas pun aku tak tau. Tapi lepas, 3,4 kali cubaan, baru la aku paham camner nak curi napas tue. Aku sendiri tak ingat brape kali teran ntah....

Tapi, adik baby keluar bukan atas usaha teranan aku aje, doc guna vakum jugak coz nampak tak banyak perubahan dr usaha yang aku lakukan. Bukan senang yek nak beranak normal. Masa 1st, aku tak berjaya nak buat secara normal walaupun resaan dan sakit meneran tue dah ader. Kali nie aku berjaya buat normal, tp dengan bantuan doc guna vakum. Semuanya dengan izin Allah jugak.

Keluar2 doc kata baby dah nak berak..... aku perati jek deme angkat baby tue. Sakit...???? serta merta hilang, yang tinggal adalah sengal2 dan lenguh2 badan.... Depa bersihkan baby, tunjuk kat aku dan terus bawak tunjuk kat Mr. K kat luar. Mr. K. Dier azankan dan tahnikkan sekali kot... Lupa dah. Rasanyer ye kot sbb dier kata hospital ader bg air zamzam dan kurma.

Keluar jek baby, bidan cucuk kt peha. tak tau amender nyer tue. dh tak larat nak tanyer. Tahan sakit kot. Aku larat beristigfar jek... Itu pun semput.

Aku yang kat dalam masih belum selesai. Doc bgtau kat Mr. k, pendarahan aku ader teruk sakit. Dah keluar dr LR baru aku tahu. doc tak ckp kat aku pun. maybe dier tgk aku sgt penat kot. Jadi mmg dier amik maser nk clearkan 'perut' aku.... Dah agak clear, jahit...... huhuhu. Dan aku direstkan kat LR sampai doc puas hati ngan keadaan aku. Patut la lama aku dlm tue. lama tak lama la, dlm 15minit jgk kot walaupun dh selesai.

Dah tue depa hanto aku balik kt wad.... maka bermula title sebagai ibu beranak 2...;p









Bismillah pembuka bicara







Moga permulaan hari ini akan berterusan selamanya....
Meninggalkan blog sgt lama membuatkan hati rasa tak keruan, seperti tidak lengkap.
Setiap hari otak mereka-reka entry.. begini lenggoknya, ini gambarnya, ini ayat yang osem tapi malangnya gambaran hanya dalam imaginasi tidak tercoret di tempat yang sepatutnya....

Hasil gambar di atas adalah dr google...
Menggugel kaligrafi bismillah nie sgt menarik sebab macam bentuk, gaya, tulisan, gambar yg boleh dijumpai. Tapi aku pilih yang paling simple dan mudah dibaca....




Nota tapak kaki : ngape kurasakan keskimaan ku jelas terserlah....;-p




Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

Menarik...!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin