30 Mac 2009

The Journey Begun - Part 1


Sampai jek kat Airport & selesai urusan imigresen, kami terus memulakan langkah kami. Bukan g hotel, jangan harap ler dapat berehat dengan selesanyer di atas katil empuk....;-(. Terus naik bas & memulakan perjalanan kami di sana. Group kami memerlukan 2 biji bas. Actually, penerbangan kami adalah penerbangan ke-5, sebelum & selepas itu masih ader penerbangan lagi. Kalo aku tak silap, semua sekali seramai lebih kurang 700 orang dapat insentif nie.

Bondi beach


Destinasi kami yang pertama adalah Bondi Beach. Xtvt kat situ tak lain dan tak bukan, bergambo. Ape lagi nak buat, kalo nak mandi kat situ boleh jek, tapi jangan marah ler kalo kena tinggal. Maser nie dah panas terik tau, tapi aku kagum sebab sepanjang masa dari pagi sampai ke petang ader ajer orang berjogging. Tak kire tempat. Kalo Malam aku kurang periksa la pulak...huhuhu. Kalo yang jenis ader anak kecik, sambi jongging depa akan tolak stroller. Bagus tul.......



Berlatar belakangkan Opera House & Harbour Bridge
Ini ler Mrs. Macquire chair...Besokannnn...


Kendian tue, kami gi ke tempat sejarah Mrs. Macquire Chair (betul ke eja aku nie..). Sesi bergambo beramai2 bersama2 photographer bertauliah yang telah dilantik oleh syarikat diadakan di sini ler. Photographer nyer lawak ler, dah tue garang beb, terkejut jap kitaorang nie. Alkisahnyer, kerusi2 panjang dah tersusun cantik la kat situ, & mamat nie tengah cari angle yang paling baik la konon2nyer. Kami pun ambik le kesempatan yang terbaik untuk bergambar kat situ. Sekali tue dier leh sound, katanyer syarikat dah bayo kat dier untuk tangkap gambo kami2 nie, jd jangan kaco keje dier. Kerek tak mamat nie..? huhuhu......

Perkarangan Opera House


Habis sesi bergambar kat situ, kami gi ke port lain untuk sesi bergambar seterus...;-)...Opera House lak. Tapi tak masuk pun, kat luar jek. Perut dah berkeroncong. Last mkn breakfast dalam flight. Sudah tentu ler perut2 kami dah berkeroncong.


Jadi, xtvt seterusnya adalah makan. Destinasinyer di area China town. Tapi aku hilang ingatan lak aper name kedainyer. Janji aku kenyang.....burrrppp.....(sungguh tidak sopan....:-)).

Pemandangan dari luar QVB

gambar dr sini


Suasana dalam QVB

gambar dr sini

Apa yang menarik perhatian aku pada jam nie.....
Cuba korang perati kan betul2....Bangga jap jd anak Perak.

Lebih kurang kul 1.30 ptg, kami gerak ke Queen Victoria Building (QVB), sebuah bangunan bersejarah yang dah jadi sebuah shopping kompleks bertaraf 5 bintang. Harga2 nyer pun semuanyer leh tahannnn....Sepatutnyer kami ke masjid tuk solat, tapi memandangkan keadaan kami yang dari berlepas semalam lom dapat membersihan diri, jadi kami request tak payah g masjid, sebab nak g sana pun jauh gak. Memandang kami leh check in kat hotel kul 3 ptg jadi, kami abih kan maser kat QVB nie jek. Tapi bas yang 1 lagi nak ke sana gak. Jadi kami berpecah.



Holiday Inn Darling Harbour

kul 3.15 ptg, kami dah ader depan Holiday Inn Darling Harbour untuk urusan check in. Aku dok sorang jek 1 bilik. Boring ler jugak takde kawan nak sembang. Masuk bilik, tengok bantal & tilam, leganyer rase. Mandi manda dan sempat gak melelapkan mater. Hotel nie strategi gak. Betul2 kat Bandar Sydney. Kedai souvenir keliling, yang paling famous Paddy Market sebelah jek. Tapi bukan leh shoppingbiler2 maser yang kiter suker. Bukak cuma dari kul 9.00 pg sampai 5.00 ptg. Memang kami tak dan nak shopping pun, kecuali 1 sesi yang dah dikhaskan. Itupun sejam jek. Maner cukuppppp.....huhuhu.....



Indigo On Capitol Restaurant

Kul 7 mlm, berkumpul kat lobi nak g makan. Jalan kaki jek. Jauh gak ler, tapi kat saner memang depa banyak berjalan kaki. Motor pun susah nak jumpa kat Sydney tue. Makan kat Indigo On Capitol Restaurant di Hotel Metro. Makanan boleh tahan. Menunyer nasi dan lauk pauk.

Selesai makan, tour guide kami bawak g kedai souvenir, shopping time...! Kena cepat2 sebab keai nie dah nak tutup. Tapi aku tak beli ape2, survey harga jek. Aku cumer beli international adapter memandang aku request kat hotel, tapi tk jugak dapat2. Kena ler beli. Lepas tue, balik bilik & zzZZzzZZzzzzzzZzzz.......

Asamgaram : Bersambung next episode......
Nampaknyer angan2 aku untuk menghapdet cerita ceriti aku melancong ke 'sana' tue tidak kesampaian hari nie....Sabo je la.... Camno ler nak abih cepat 'tugasan' aku tue.

Tengok ler camner lak kegigihan aku sok pagi. Cerita2 tue dah Q lamer dah nie. Cerita barupun dah ambik nombor nak publish...huhuhu. Doakan kesenangan & kelapangan aku esok pagi....


Asamgaram : Hidup mesti diteruskannn......

Pagi Yang Damai

Disebabkan pagi yang damai nie, aku nak cuba menyelesaikan 'tunggakan' cerita cuti2 aku di Australia.....Harap2 dapat ler disudahkan ari nie.......Gigihkah aku hari nie...?

Asamgaram : Hari Isnin adalah hari yang malasnyer nak mula keje.....

25 Mac 2009

Rombongan Cik Kiah ke Sydney....;-B

Day 1
The Long Way....

Date : 11.3.2009 - Rabu

1st Flight from KLIA to Singapore : 7.05 pm
Flying Time : 55 min

2nd Flight from Singapore to Sydney : 9.00 pm
Flying Time : 7hr 55min

Arrival Time at Sydney : 7.35 am
Costing : All sponsored....;-))


Jauh betul perjalanan aku kali nie. Tambah2, ini kali pertama aku 'terbang' di udara. Kami pergi berkumpulan seramai 86 orang. Untuk sentiasa berasa selamat, aku make sure aku berada dalam kumpulan yang ke depan gak ler. Kalo lambat2 takut tertinggal kat belakang.

Tapi, pengalaman aku kali pertama ini sangat la menarik. Aku tak tau ler camner keadaan berlepas & mendarat kapal terbang, tp kalo aku tengok kat tv tue kadang2 leh menggerunkan aku jugak. Lucky, aku xdapat lak keadaan yg sangat tidak baik itu dalam dua2 flight aku yang ini. Aku sangat la bersyukur... Sebab aku nie kategori gayat gak. Penerbangan Singapore Airlines (SIA) dari KLIA transit di Singapore. Sampai jek kat Changi Airport, terus g kat Departure Door untuk ke Sydney lak. Kejap jek kami kat situ. Tak sempat pun nak menikmati keindahan airport kat situ. In fact, kami kena cepat (baca : berlari2 anak.....) kalo x nanti tak sempat lak.

Perjalanan yang jauh ini sangat meletihkan aku. Aku nie memang susah sikit nak tido dalam perjalanan. Tak kira perjalanan aku dengan apa kaedah sekali pun. Kalo aku terlelap pun, selalunyer tak sampai pun 1 jam. Dan perjalanan aku malam tue, aku cumer terlelap dalam 15 - 30 minit je kot.

Sempat layan 3 movie dalam tue...2 kali makan....layan sudoku game...Dan akhirnyer flight mendarat kat airport ngan selamat. Alhamdulillahhhhhhh..... Lega.... Proses 'melepaskan diri' dari imigresen kat airport berjalan lancar, cumernyer, sesaper yg bawak makanan tue kena geledah la beg depa. Australia strict sikit bab bawak barg makanan. Tapi maggi lepas la jugak, cuma makanan berasaskan susu semua sangkut.



Perjalanan kami bermula apabila kaki kami jejak jek pintu keluar airport. Dan cerita aku akan bersambung dalam episod seterusnyer.....:-).



Asamgaram : Mau 7 ari 7 malam baru habis cerita kat siniii.........

Kemarahan Yang Dapat Dikawal........





Hari nie ntah kali keberapa aku hangin kat sorang mat manusia nie... Kadang2 terpikir gak, sepatutnyer aku xleh marah cam gitu. Lebih pada mendidik adalah jalan yang terbaik. Maklum ler, dier baru keje, x sampai setahun pun. Tapi, memandangkan dier bos no. 2 aku, selepas Manager Cawangan & kedengaran gahnyer bunyi jawatan dier, expectation aku terhadap dier juga tinggi. Aku mengharapkan dier boleh 'grab'....;-), persekitaran, pengalaman & ilmu org2 lamer disini dengan lebih cepat dan efisyen. Adakah harapan aku terlalu tinggi sampai aku gagal mengawal emosi aku biler keadaan jd sebaliknyer?


Aku rasa mungkin jugak ader staffmate aku yang sedikit hangin, tapi depa nie semua dah berumur, jadi aku raser depa leh control marah depa nie....Aku lak sebab muda lagi...;-P, kadang2 ilang kawalan...hehehe...terukkan.


Tapi hari nie aku berjaya control emosiku. Aku xnak terbawa2 oleh kejadian sebelum nie yang membuatkan aku terover emosi lak. Dan, aku ucap tahniah pada diri aku sebab berjaya meng'control' diri aku. Dan aku berharap aku leh maintain emosi aku begini walaupun agak hangin sedikit. Walaupun dier freshy & muda kat sini, my respect still goes to him coz dier masih bos aku gak....


Kadang2 masalah2 camnie ler yang membuatkan aku rasa cam nak berehat jek kat rumah. Nak ambik cuti panjang @ berenti terus. Doakan ler kejayaan aku dalam aper yang sedang aku jalankan yek kengkawan.........


aminnnn.............


Asamgaram : Untuk orang yg dmaksudkan, kalo terbaca @ terjumpa lak blog nie, sepuluh jari aku susun. Harap2 xde ler insiden lain yang boleh melunturkan respect ku lagi.....

Semangat Yang Pudar.....

Jangan silap yek....Semangat aku untuk membersihkan sawang2 kat blog yang dah lamer aku tinggalkan nie memang sangat ler berkobar2..... Tapi tetiba ia dipudarkan oleh masalah2 luaran yang memang diluar bidang kuasa aku. Sabo je la.....

Alhamdulillah aku telah selamat kembali ke Malaysia pada 15/3/2009 setelah 5 hari menghabiskan masa di negara orang. Kemana kaki aku melangkah.......? Aku telah menghabiskan masa dan duit......:-( ke Sydney, Australia. Penceritaan aku tentang bab nie aku akan cerita biler aku dah free. Skang aku nak settlekan keje2 aku sikit sbb aku baru naik opis ari nie memandangkan aku dah mc 2 hari.

Adiooosss......


Asamgaram : Perasaan untuk berenti keje sangat la meluap2nyer.............

10 Mac 2009

I'm Off For A Week...............





Blog nie akan ditinggalkan bersawang hingga aku terbang kembali ke Malaysia. Nanti balik baru cerita yek... Skang tak dan nak cerita banyak2. Sebelum cuti keje ler siapkan semua keje2ku.


06 Mac 2009

SENGAL.....!!!!!

huwaaa......

Internet kat opis nie dah seminggu sengal..........mencikkkk..........
Nie baru aku dpt tau aper masalah sebenarnyer.....Router mungkin dh rosak...skang pakai direct modem.......ngape ler time2 aku sgt2 memerlukan dier sengal...sengal ler minggu depan ke time aku cuti....

Banyaknyer keje aku terbengkalai......Cerita aku pun terbengkalai gak....hahahahaha...
Sabo je la.......


Asamgaram : hatiku masih panas membara...

03 Mac 2009

Kisah Sang Ular


Korang nampak tak ular tue...Itulah dier hasil pemburuan kitaorang ari sabtu ari tue. Ular tue ular tedung, dan telah menjadi 'arwah' hasil dari 'pembunuhan kejam' yang telah dilakukan oleh abang bomba yang kitorang panggey.

Mula-mulanyer, mak aku dengo ada bunyi tikus kat luar. Biler dengo bunyi tikus tue, mula la rasa nak marah. Nak menghalau la konon-kononnyer. Mak pun ambik kayu jolok-jolok bawah lemari, sekali tue lain macam lak bunyi yang kuar. Jolok lagi sekali, bunyi mcm kucing mendengus pun ada. Kuat lak tue. Mak aku tak syak lain dah, Ular agaknyer. Tp lom nampak bayang lagi.

Apelagi, adik aku, Iwan & adik iparku, Erol telah diarah memulakan pemburuan. Adik aku, Ija masak air kat dapur, nak jirus pada benda tue. Jirus-jirus pun xde gak kuar. Masak lagi air, 1 cerek & 1 periuk atas dapo. Sambil tue depa jolok-jolok gak ler pada binatang tue pakai buluh. Tetiba, binatang tue cuba nak memanjat almari tue, tp sebabkan dah lemah kena buluh tue dier tak mampu kot. Kompom la ular, warna itam. Dah cuak le memasing, td berani sangat.

Ambik air panas jirus lagi. Tue pun tak jalan. Kami dah tak tau nak usaha aper lagi. Biler ular tue nampak jek ader kaki2 yang bergerak depan dier, dier kuarkan lagi bunyi yang menyeramkan kami. Bertambah2 takut ler lagi. Jalan terakhir panggey bomba je la. Tunggu bomba sampai, depa buat sikit punya kejap. Kalo aku tau camnie punyer senang nk tangkap ular tue, aku xyah panggey depa...;-P. Tapi ye la deme ader alat nyer. Senang ler, keja tak sampai 5 minit pun, dah dapat ular tue. Terima kasih yek abang2 bomba.

Ini bukan kali pertama ular masuk umah. Kali pertama dulu, dah lamer dah. Aku baru sekolah rendah. Mak nk masuk bilik air, pastu tengok cam ader tali pinggang jek, tapi rupenyer ular. Maser nie panggey bomba gak.

Kali kedua lak rasenyer maser nak raya dua tahun sudah. Ular tue masuk
dapur. Sib baik mak nampak. Tapi yang nie takde ler beso sangat. Maser nie Iwan
ader, & adik aku yang kecik sekali pun ader, Padil. Aku suh depa berdua
buat, korang tau aper jawapan nyer....

Aku : Dil, ko ngan Iwan g bunuh ular tue.
Padil : Ko g buat ngan Iwan ler, aku jaga budak2.

Sabo je la aku. Umor dah 20 ++ pun penakut lagi. Aku jerang air, terus simbah kat dier. Jegang terus. Takleh nak bengkok2 dah. hehehe...Kejam sungguh. Ular yang samer. Ular tedung gak.
Nie yang raser tak sabo jek nak pindah umah lain, nak buat umah baru. Doakan kami sekeluarga.

Asamgaram : Semua makhluk tuan kena respek, tapi kalo dah takut & membahayakan, aper lagi leh dibuat.

Hilang Idea.....

Sebenarnyer pagi nie dah set nak cerita pasal benda lain kat blog nie. Tengah2 nak sign in masuk blog dapat ler pulak panggilan....Adoiiii. Minggu depan aku akan terbang jauh dr Malaysia (takde ler jauh maner pun). Ingatkan sebelum pegi leh la rilek2, lepak2,tenangkan fikiran. Tup2, lain lak ceritanyer....

Actually, panggilan yang aku dapat tue dari BIAD Risda... Depa nak buat audit kat cawangan aku mulai 17/3. Aku lak 10/3 ader kursus, pastu 11/3 - 16/3 aku cuti. Masalahnyer depa dah senaraikan semua laporan yang depa nak. Senarainyer boleh buat mataku berpinar....

Kelam kabut la aku dibuatnyer. Barang ader sikit2 lagi nak beli. Ingatkan sok nak cuti. Tapi dalam keadaan mcm nie, camner aku nak cuti. 2 minggu sudah baru jek abih audit dalaman syarikat masuk. Nie dah audit RISDA lak. Nasib baik laporannyer boleh la dikatakan updated. Cumanyer kena cek balik la ngan kerani kewangan aku, samer ke tak laporan kami......

Memandangkan masa yg semakin cemburu ngan aku yg nak gi bercuti nie...;-P, aku kena gigihkan semangat aku untuk sediakan semua benda yg depa nak. Kang kata cawangan tak bagi kerjasama lak.........hehehe...


Asamgaram : camnie ler keje makan gaji....kuli sepenuh maser...;-)

02 Mac 2009

Kegigihan di Utara.....




Blur lak gambo nie. Tp, jangan silap gambo nie bukan diambik dengan camera baruku itu, pakai hp jek.

Anyway, sebenarnyer aku baru balik dari kursus kat aloq setaq. Kami berkampung selama 3 hari kat Holiday Villa Alor Setar. Check in ari rabu pastu check out ari jumaat.

Yang aku nak cerita bukan pasal mesyuarat tue, tapi lokasi hotel nie sangat ler strategik nyer........ Kat belakang ader shopping kompleks untuk cuci2 mata. Kedai makan pun berlambak-lambak kat area tue. Dannnnn....yang paling penting tersangat ler dekatnyer ngan Pekan Rabu yang terkenal kat Alor Setar tue. Tak payah nak 'drive' kalo nak g saner. Jalan kaki jek.

Sampai jek ari Rabu tue lebih kurang 4 petang, terus check in dan solat dulu. Pastu terus turun cari laksa. Kami bernasib baik sebab dapat makan laksa yang boleh tahan gak. Tak rugi makan kat situ. Lepas makan terus g Pekan Rabu. Ari nie survey jek dulu. Kedai pun dah banyak yang nak tutup.

Ari Khamis, lepas jek abih program kul 5.30 ptg, kami dengan gigih sekali lagi menapak ke Pekan Rabu. Ari nie baru ler shopping sikit2. Tak banyak pun. Cuci mata sikit2 lagi.

Ari Jumaat tue, program abih kul 11 pg. Hotel dh bagi permission untuk check out kul 2 ptg. Lagi sekali, dengan penuh semangat kesukanan ;-), sekali lagi kami berusaha dengan gigih sekali menapak ke Pekan Rabu tue. Tapi hari nie bukan takat cuci mata jek, cuci dompet sekali......;-). Tak banyak maner pun, yang banyaknyer barang makan jek. Pekasam, kuah rojak, kopok2 sikit. Biaser ler. Kul 1.30 ptg kuar dr Pekan Rabu balik hotel dan check out. Simpan barang dlm keta. sekali lagi kami ngan gigihnyer menapak. Tapi bukan g Pekan Rabu lagi..... g mencari laksa lagi sekali. Nanti kang teringat2 susah lak...

Kul 2.30 ptg bertolak dari Alor Setaq. Singgah R&R Gunung Semanggol, solat & rehat. Sampai Tapah kul 7 mlm. Perjalanan yang sangat memenatkan.......

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

Menarik...!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin