30 Jun 2010

Berita Itu, Berita Gembira

Ntah ler, tak tau camner nak mula... Memang sekarang kebluran aku sangat terserlah. Jap... Tarik napassssss........lepas... Tarik... lepas..... ok, lets mula...

Perkahwinan aku dan Mr. K, alhamdulillah telah menjangkau usia 7 tahun. Entry sebelum nie aku dah story mori bab nie. Tapi, sepanjang perkahwinan kami belum dikurniakan cahaya mata. Rezeki itu belum kami kecapi...

But, menjejaknya usia perkahwinan 7 tahun kami diberikan berita yang sangat gembira. Syukur alhamdulillah... Nikmat itu bakal kami kecapi. Sesungguhya Allah itu Maha berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Besar.... Kami redha dengan dugaanNya dan kami bersykur dengan nikmatNya. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Masih terlalu awal untuk cerita panjang berjela.... Tapi, kami sangat2 bersyukur dan berharap semuanya akan selamat, dan saya akan melalui kehamilan yang mudah dan lancar. Thanks a lot utk semua yang mendoakan kami sebelum nie, memberi kami kata semangat. Sukar nak digambar dengan kata2.

Itu ler sebab utama ngape aku memanjang takde mood skang... Da harapnyer semuanya akan pulih sikit masa lagik...

Asamgaram : Banyak jugak air mata yang gugur dgn berita ini. Semuanya air mata kegembiraan. Syukur sangat2 atas kebahagian yang Allah kurniakan.







23 Jun 2010

Mood Baru

Saya perlukan mood baru...
1 caranyer aku g gatal angan tukar template guna yg blogspot provide tue...
Mula-mula temgok cam ok.. lelamer tgk cam serabut... lagik lamer sikit dh naik menyampah lak....
Baru nak bagi mood segar sikit....

tgk ler aper jadi 2,3 ari lagik. Nak tuko balik tgh takde mood...hehehe



18 Jun 2010

Anniversary merapu meraban

Sunyi sepi di kampung rawa ni...hehehe. Aku malas nak merepek meraban dah, skang nak strait to the poin jek.. 2 entry aku sebelum nie merepek, meraban, tp end up idak gak ber'update'. Mood tgh mereng nie baik terus buat jek entry, takyah nak bagi entry2 cam menagih simpati lak...hahaha.



Ya, mood saya agak mereng dalam blogging nie skang. Tapi still buat blog hoping kt blog lain, cumer nyer idak ler setegar dulu.





6.6.2003 adalah tarikh nikah kitaorg. Jadi 7 tahun sudahhhh.......

Sebab mood mereng nie, anniversary kami yg ke-7 memang takde ape2 pun. Hanya ucapan jek, itupun dh tgh malam baru la teringat balik hari bersejarah tue... No hal, ader benda yang lebih bermakna sedang kami hadapi, hopefully semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan... Amin.


Melalui 7 tahun dalam perkahwinan bukan sesuatu yang mudah macam kita membawa diri sendiri. Banyak benda kita kena fikir sebelum buat sesuatu. Alhamdulillah, Mr. K sorang yang senang nak diuruskan Tak banyak songeh dan boleh bertolak ansur ngan aku. Bohong kalau aku kata takde gaduh2, masam2 muka dalam perkahwinan, tp semuanya asam garam hidup. Selagi kiter tahu duduknya kita sebagai isteri dan tanggungjawab memasing, insyaAllah.

Tq to Mr. K untuk 7 tahun yang telah dilalui.








09 Jun 2010

Aku Kembali ....(hopefully..)

Salammmm..............

Tetiba hari nie nak menaip cam skill semua dah hilang lak. Blur2 sikit....hehehe.

Terdampar sepi sungguh blog nie.. Kesian aku tengok... Nasib kau la blog, semua bergamtung pada mood tuan blog. Ari nie mood dh ok sikit. Banyak yang ergendala, byk cerita yang hampir2 basi, ader jugak utang yang masih belum berbayar.. Pemenang teka syiling aku ari tue pun lom dpt hadiah dier lagik. Tertangguh coz 1,2 perkara. Harap2 nya dlam minggu nie ke minggu depan settle la... Kang lama2 makin aku lupa.

Yantz-yeem, 10 jari disusun yek...

semoga ari nie dan hari seterusnya blog aku idop balik... hehehe.

adiosss...

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

Menarik...!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin