30 April 2018

28 April ....

Alhamdulillah. Masih aku di sini.
Diberi peluang menghirup udara pagi.
Diberi peluang menikmati panasnya sang suria.
Diberi peluang merasai titis-titis hujan yang menyembah bumi.

Umur hanya angka.
Angka akan jadi sia-sia jika tidak dimanfaatkan sebaiknya.

Allah tunjukkan aku jalan menuju redhaMU
Allah kurniakan aku hidayahMU yang berpanjangan.
Allah berikan aku rezeki yang luar biasa, rezeki yang tidak aku sangka-sangka.
Allah kau peliharalah kami seisi keluarga.

Berikan kesihatan yang baik untuk ibu bapa ku, asbab mereka aku disini.

Takde yang istimewa, cukup ingatan dari mereka yang dekat.

Aku kini yang berusia 39 tahun,
#kaknieta

23 April 2018

Weekend wrapping

Weekend yang sepi.

Membasuh baju sebeban, masak, mengemas. Semua rutin lazim.

Sabtu, pepagi kami somibini dah berdating mentara anak masih tidur. Bukan senang wei nak lepas dari anak-anak sekarang. deme tidur baru la kami leh dating.

Ahad, masa berbelanja barang dapur. Sambil membeli belah nampak udang galah. kata mak mertua Kak Nieta teringin nak makan udang besar-besar.

"Ok, juga tu. Buat shellout nak" Hakak meng'offer' kan diri.

"Pandai ke?"

Kamonnn mommy. See my hand la.
Hahahahaha.

Settle beli belah udah tengahari.
Idak ler sio teman nak masak lagi. Baik makan dulu.
Malam la buat projek shellout.

Alhamdulillah.
Menjadi shellout kami belah malam.
Gigih hakak tau.

Dengan tiba-tiba black out sekejap. Dah tu, tengah syok masak, gas pulak habis.
Cabaran betul. Nasib masak awal, ada la ruaang dan peluang dapat gas lain.

Nanti hakak update resepi shellout.




Tak tau la apa yang dimarahnya masa ni.
Dia yang last, peminat seafood terhebat kat rumah ni.
Tapi itulah, lepas tu telan ubat gatal.

Alhamdulillah. simple simple jek hidup kami.

Love
#kaknieta



20 April 2018

Salam Jumaat...

Minggu ni, masih minggu 'regangan' blog.
Mencari kebiasaan.

Belek list blog, kebanyakannya semua dah tak ber blogging lagi.
List tu banyak yang dah senyap dan sunyi.
Blogger zaman Kak Nieta dulu dah ramai yang sepi.

Kena belek blog-blog baru pulak lepas ni.

Dunia media sosial sangat mempengaruhi era blogging.
Ramai yang memilih FB, Insta dan Twitter untuk bersosial dan luahan cerita dan perasaan.

Kak Nieta dulu bermula dari photo... photo... nampak lupa dah namanya.
Pastu beralih pada blogspot.

Aku masih di sini... ewah.

Challow dulu,
#kaknieta

18 April 2018

Selepas 5 tahun...
(Fuhh! Lama aku tinggalkan dunia penulisan blog).

Kak Nieta ibu kepada 2 orang puteri.
Aina Umaira 7 tahun usianya sekarang
Hannani Ayuni, bakal mencecah 6 tahun tahun ini. Tapi hujung tahun baru cecah 6.


Ibu bekerja untuk membantu sara hidup dalam zaman sebegini.
Berniaga atas talian juga.
semua Kak Nieta lakukan demi kelangsungan hidup sekarang.

Sungguh!
'Pincang' rasanya penulisan sekarang.
Kena polish balik la ni...

Challow dulu,
#kaknieta


17 April 2018

Dengan lafaz Bismillah, Kak Nieta buka kembali blog usang ini.

Dengan izin Allah jua.

With love,
#kaknieta

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin