22 Mei 2018

Ramadhan 5 - Iftar

Assalamualaikum...
Salam 6 Ramadhan.

Kelemauan sikit pagi ni.
Malam tadi ke attack dengan resdung, effect dia sampai hari ni.
Letih, badan sakit-sakit.

Entah macam mana, lepas sahur tidur tidur balik. Sendu sangat rasa badan.
Tetiba terjaga dan terkejut kat luar dah cerah.

Capai phone.
Allahu.
7.30 pagi. Anak belum siap ke sekolah.
Dah lah minggu periksa ni.
Adoii..!

Siap, terus jalan. 7.45 baru sampai sekolah.
Nasib baik. Periksa mula jam 7.50

Harap hari ni takde lagi serangan resdung.huhuhu.

Ni menu semalam


Gulai lemak terung - Mak mertua masak.
Ikan goreng
Sup fish ball + suhun
ikan masin gelama
Bubur pulut hitam
Bihun goreng, jiran bagi.

Alhamdulillah.

Sekarang, idea masih mencurah-curah nak masak. Sampai tak tau nak pilih yang mana... hahaha.

Challow dulu, esok sembang lagi ya.

#kaknieta

21 Mei 2018

Ramadhan 2,3,4 1439H - Iftar

Salam 5 Raamadhan.

Kejap jek dah 5 ramadhan yek.
Korang puasa full tak? Hehehe.

Menu iftar Ramadhan ke-2


Sambal tumis petai ikan bilis - Mak mertua I masak. I kan kerja.
Ayam goreng tepung
Gulai lemak ayam - Baki hari sebelumnya
Sup tulang - beli
Kuih muih - semua beli

Berjaya mengurangkan kesesakan atas meja makan.. hehehe.

Iftar Ramadhan 3...
Kari udang dengan kacang buncis
Ikan goreng tepung
Ayam goreng tepung
Ikan masin gelama
Sambal ikan bilis terung rembaang - beli
Kerabu tauge - jiran bagi




Kuih, hakak terajin buat Dangai.
Lama dah hakak peram resepi.
Alhamdulillah, senanag sangat nak buat.

Tapi syahdu, takde bentuk dangai Kak Nieta.
Sejenis manusia yang gelojoh, blum sejuk hakak gi terbalikkan loyang.
Pecah jadinya... kikiki


Ini bukti Kak Nieta terlebih rajin.
Buat juga tauhu sumbat. Sap sap soi jek. kikiki
Kuah kacang kering ready daalam peti es. Bancuh jek dengan air panas.


Hari keempat iftar. Juadah semua atas kederat dan air tangan sendiri.
Lemak putih tauge & tauhu
Ikan masak sambal
Ikan goreng & Nugget goreng
Buah melaka



Haaa.... Kak Nieta love meja macam ni.
Nak basuh pinggan pun tak banyak sangat. hahaha

Itulah rezeki kami setakat ramadhan ni.

Masa sahur ini juga la lauk kami. Panaskan jek.
Setakat ni belum pernah masak masa sahur, just panas-panaskan je.
Lauk banyak. Takmo membazir.

Hari ini belum tau apa lagi jadinya.
Balik dari opis jam 5 kang, terus bersilat kat rumah.

Challow dulu,
#Kaknieta




18 Mei 2018

Ramadhan 1, 1439H

Alhamdulillah, selesai ramadhan pertama.

Alhamdulillah.
Berjaya juga untuk Aina danNani.

#AinaAnakIbu
Umur 7 tahun. Sebelum masuk ramadhan dah berazam nak puasa sebulan.

"Ibu, Ramadhan nanti Aina nak puasa". Semangat.

Alhamdulillah, hari pertama berjaya menghabiskan sehari tempoh berpuasa. Biasalah baru nak mula, mulut tu bising juga la. Dok meratap lapar, lapar. Tapi acceptable jumlah ratapannya. Pujuk juga la.
Akhirnya, sampai penghujung.

#NaniAnakIbu
Umur belum pun genap 6 tahun. Sama juga, berazam nak puasa.
Ibu cuma pesan, "Adik cuba dulu yek"

Berjaya juga habiskan sehari puasa dengan bersusah payah semalam. Kikiki.

Tapi...
Banyak sungguh dramanya. Penuh air mata.
Mengadu dengan ibu, lapar. Dok ulang ulang.
Ibu dah suruh makan.

Pergi dapur amik air kotak dalam fridge yang dia dapat dari sekolah pagi tu.
Pegang. Belek belek. Pastu letak balik.
2 3 kali buat benda yang sama.

"Adik, ngape tu? Kalau tak tahan makan la"
"Adik lapar"
"Boleh tahan tak ni?"
"Boleh. Tapi adik lapar" hahaha.
"Takpe. Adik kecik lagi. Hari ni adik belajar separuh, esok boleh puasa penuh"
"Adik memng lapar."
"Pergi la makan dulu"
"Taknakkk... Adik nak makan DENGAN KELUARGA" Sambil menangis.

Hahahaha.

Kelakar la adik ni. Tapi sweet juga.
Motivasi dia menghabiskan puasa sebab nak makan dengan keluarga.
Tabah sungguh mu anak.

@@@@

Menu semalam
> gulai lemak ayam request by Aina
> Nugget & hotdog goreng request by Nani
> Kacang buncis tumis
> Sambal ikan bilis kentang (sahur punya)

Ingatkan dah cantik letak atas meja. Takde penuh sangat.
Petang rupanya mak mertua dah janji dengan sepupu nak gi pasar ramadhan. Maka penuh lah meja semalam... kikiki.



Kak Nieta berazam kurangkan membeli di pasar ramadhan. Masak simple dan sedap sudah.
Selalu beli kat bazar ada jek yang tak kena. Dah tu tak habis. Membazir.
Kecuali memang tempat kita dah tau sedap.

Kalau boleh tak yah masuk pasar ramadhan, sebab walaupun kata nak jalan-jalan jek, takde apa nak beli, end up ada juga plastik sangkut kat tangan bawak balik. Siap 2 tangan lagi mengangkut. hehehe.

In shaa Allah, moga ramadhan tahun ini hakak lebih bersederhana dan muhasabah diri sendiri yang semakin membulat (ngata diri sendiri). Masa ni la nak jalan sekali diet, selain menjalani amal ibadah.

Panjang pulak bebel hari ni.

Challow dulu,
#kaknieta


16 Mei 2018

AHLAN YA RAMADHAN

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahnya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatmu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

#kaknieta




Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru!
Happy Teachers Day!

Sumber : Google
Tahun ke-2 bagi Aina.
Tahun pertama bagi Nani.

Semalam, Kak Nieta dah tanya thru wasap dengan teacher Aina untuk event Hari Guru kat sekolah. Aina lupa nak bagitau la tu. Itu yang jadi semuanya last minute tu.

Sebenar-benarnya, teacher Aina adalah BFF ibu masa sekolah rendah. Bila sekolah menengah masing-masing pindah sekolah. Maka bercantum baliklah silaturrahim yang lama terputus.

Teacher dah kata pada Ibu, tak payah hadiah pun takpe. Cikgu-cikgu takde kisah pun pasal hadiah, ada ke, takde ke, murah ke, mahal ke, cuma nak budak-budak seronok dengan sambutan hari guru. Budak-budak pula memang akan rasa gembira dan seeronok bila dapat berikan hadiah pada cikgu-cikgu. So, kita buat seringkas dan semudah yang boleh.

Harap cikgu-cikgu Aina dan adik menerima hadiah yang tak seberapa ini.

Aina memang excited and looking forward for this event.
Banyak kali pesan suh beli hadiah. Tapi last minute juga sudahnya.
Bahananya, ibu berjaga sampai jam 3.30 pagi, malam tadi. Hahaha.

Adik pula, mahu tapi malu. Kikiki.

"Adik malu la nak bagi hadiah kat cikgu. Kalau adik sorang jek yang bawak hadiah, kawan-kawan adik tak bawak, camner?" 😆😆

Hantar pagi tadi, ada nampak kawan lain jinjing beg plastik dengan hadiah, baru la dia senyum.
Happy jek nak masuk sekolah.

Ini lah kejadian akhir semalam. 5 untuk Aina, 2 untuk adik.





Close up.
Pen bouquets. Tengok hasil keras tangan ibu. Memang keras wei..
Hahahaha.

Pen bouquet
Malam tadi baru sibuk cari barang bagai. Sampai umah nyesal, bunga tak beli, cekelat tak beli. Gam takde, itu takde. Sudahnya Kak Nieta ambik bunga yang ada kat rumah. Bunga dalam pasu mak mertua Kak Nieta letak.

Mak, nanti nak raya, kita beli bunga baru ye. kuang kuang kuang.

Aina sendiri yang pilih nak bagi pen. Kalau ikut dia sebatang jek. Ibu dah suh amik benda lain. Dia kata pen pun ok dah.

Ok lah, kalau pen kena la beli lebih dan buat bouquet. Kalau benda lain, ibu masuk paper bag jek. Senang.

Yang ni pulak untuk cikgu Nani.
Hakak selongkar almari, jumpa pasmina yang banyak tapi tak pernah pakai.
Maka rezeki cikgu Nani.


Settle la untuk tahun ni.

Tahun depan mungkin boleh buat perancangan awal lagi. Ini semua kerja last minute.
Memang haru biru.

Tak sabar nak tunggu cerita balik sekolah.

Challow dulu,
#kaknieta




14 Mei 2018

Sejahtera Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim...

Lets move on.
Hidup perlu diteruskan.

Kak Nieta dengar lagu Sejahtera Malaysia rasa sebak pulak.
Lama gila lagu tu tak keluar dalam berita.

Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia
Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri

( korus )
Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara
Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia

@@@@@@@@

This new Malaysia.

Jom semua move on.

Move on PH
Move on BN
Move on PAS
Move on semua parti-parti yang terlibat samaada menang atau kalah.

Bagi yang menang, perjuangan memartabatkan segala aspek Malaysia perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.
Bagi yang kalah, this is not the end. Andai masih setia, darah perjuangan masih membara, teruskan perjuangan. Perjuangan memartabatkan Malaysia dan parti.

Kerajaan pemerintah dan pembangkang sangat-sangat diperlukan untuk pembangunan dan memastikan setiap inci pengurusan Malaysia berjalan dengan integriti.

Kalau kerajaan pemerintah je ada dalam parlimen, tak meriah nanti bila parlimen bersidang..
Kikiki.

Ok. see again bila full cabinet line up dah ada. hahaha

Challow dulu,
#KakNieta




30 April 2018

28 April ....

Alhamdulillah. Masih aku di sini.
Diberi peluang menghirup udara pagi.
Diberi peluang menikmati panasnya sang suria.
Diberi peluang merasai titis-titis hujan yang menyembah bumi.

Umur hanya angka.
Angka akan jadi sia-sia jika tidak dimanfaatkan sebaiknya.

Allah tunjukkan aku jalan menuju redhaMU
Allah kurniakan aku hidayahMU yang berpanjangan.
Allah berikan aku rezeki yang luar biasa, rezeki yang tidak aku sangka-sangka.
Allah kau peliharalah kami seisi keluarga.

Berikan kesihatan yang baik untuk ibu bapa ku, asbab mereka aku disini.

Takde yang istimewa, cukup ingatan dari mereka yang dekat.

Aku kini yang berusia 39 tahun,
#kaknieta

23 April 2018

Weekend wrapping

Weekend yang sepi.

Membasuh baju sebeban, masak, mengemas. Semua rutin lazim.

Sabtu, pepagi kami somibini dah berdating mentara anak masih tidur. Bukan senang wei nak lepas dari anak-anak sekarang. deme tidur baru la kami leh dating.

Ahad, masa berbelanja barang dapur. Sambil membeli belah nampak udang galah. kata mak mertua Kak Nieta teringin nak makan udang besar-besar.

"Ok, juga tu. Buat shellout nak" Hakak meng'offer' kan diri.

"Pandai ke?"

Kamonnn mommy. See my hand la.
Hahahahaha.

Settle beli belah udah tengahari.
Idak ler sio teman nak masak lagi. Baik makan dulu.
Malam la buat projek shellout.

Alhamdulillah.
Menjadi shellout kami belah malam.
Gigih hakak tau.

Dengan tiba-tiba black out sekejap. Dah tu, tengah syok masak, gas pulak habis.
Cabaran betul. Nasib masak awal, ada la ruaang dan peluang dapat gas lain.

Nanti hakak update resepi shellout.




Tak tau la apa yang dimarahnya masa ni.
Dia yang last, peminat seafood terhebat kat rumah ni.
Tapi itulah, lepas tu telan ubat gatal.

Alhamdulillah. simple simple jek hidup kami.

Love
#kaknieta



Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin