MBA Journey : I DID IT
Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdullilah.
A long due story and its a long journey.
A long due story and its a long journey.
Dengan izin Allah.
I did it.
Perjalanan Executive Master Business Administration secara course work bermula Okt 2021 dan berakhir Feb 2023.
Mengharungi 2 tahun yang 'menghiburkan' dan 'menyakitkan', pengalaman yang cukup bermakna. Siapa sangka pada usia 40++ tahun akhirnya impian tercapai. Lama pendam keinginan untuk further study, kita merancang dan Allah sebaik-baik perancang.
25/11/2024, harinya tiba. Setahun lebih tunggu untuk graduation day.
Majlis Konvokesyen ke-100 UiTM telah menjadi saksi berakhirnya perjalanan Master KN.
Proud of myself, kejayaan ini datang dengan izinNYA, dengan sokongan suami dan anak-anak, Aina & Nani, keluarga sendiri & keluarga mertua, kawan-kawan dan geng-geng aku yang support sejak awal. Alhamdulillah.
Inilah penguat semangat. Tak cukup korum, sorang ada di asrama. Kalau ada mesti ibu lagi seronok.
Inilah geng sekelas. Batch kami tak ramai, 5 orang sahaja. Asal mula taklimat lebih kurang 15 orang. Final briefing tinggal 9 orang. Kelas pertama pula bermula dengan 6 orang, tetapi hanya 5 yang bertahan hingga ke akhir course. Dan dalam 5 orang tu, KN paling tua😁. Nasib ada juga sorang lagi geng 4 series, yang lain semua muda-muda lagi.
Sebelum majlis konvo 25/11 tu kami dah pakat untuk buat photoshot pre-convo. Tak ramai senang nak arrange. Layan gambar sikit :)
Kejayaan ini membakar semangat KN, dan berharap kejayaan ini juga membakar semangat anak-anak terus belajar dan mencari ilmu. KN puas. Puas dengan pencapaian ini. Puas dengan perjalanan ini.
Tetapi...
I want more. Perasaan tu melonjak-lonjak sekarang. Should I go to another level?
Nani kata, "Ibu sambung la lagi, Adik teringin nak tengok topi bulat pulak".
Aiyoo adik, dia bukan semudah itu. Perjalanan 'topi bulat' tu jauhhhhh sangat. Nak berangan ke situ pun takut.
Takmo tamak haloba, terburu-buru buat keputusan.
Kita bagi ruang, bagi tempoh bertenang. Semangat macam ni kadang-kadang cepat pudar.
Selain tu, semua risiko dan kekangan yang mendatang kena dipikirkan, masa, tenaga dan paling penting kewangannya.
KN just follow the flow.
Cukup untuk hari ni. Perjalanan study yang panjang, sembang lenkali.
Challow dulu.
Comments