Bah itu kembali
Doa buat Pantai Timur.
Doa untuk Utara Malaysia
Doa untuk semua mangsa-mangsa banjir dan petugas-petugas yang diarah berkhidmat dan juga petugas sukarela.
Hujan menyembah bumi di seluruh bumi Malaysia.
Tapi yang paling terjejas adalah di Pantai Timur.
Monsun Timur Laut telah mula 'menyerang'.
MET Malaysia sendiri dah buat ramalan monsun timur laut bermula 5 Nov 2024.
Hujan lebat yang berterusan menyebabkan tempat-tempat rendah dinaiki air dan sungai-sungai mula 'melimpah' keluar.
Yang mana terlibat mohon patuhi arahan-arahan yang dikeluarkan. Yang tidak terlibat jangan ditambah sedih dan perit dugaan mereka. Yang terlibat secara langsung, moga semuanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Jumaat hari tu Kak Nita ke Balik Pulau menjemput anak sulung dari asrama. Memang mendung sepanjang jalan. Kiri kanan jalan ada yang dah mula bertakung air. Balik dari sana, memang hujan lebat mencurah-curah.
Hari ni, Kak Nita menghala ke utara lagi, menghantar anak balik asrama. Suasana masih sama, mendung sepanjang jalan. Tempat-tempat yang sebelum ni sudah bertakung air, masih bertakung airnya tapi dah semakin surut.
Sedih dan kesian dengan mangsa-mangsa banjir. Mana lagi anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan besar, SPM. Mana pula guru-guru yang terpaksa bertugas untuk peperiksaan, tetapi sebenarnya rumah mereka sendiri tenggelam dek air bah. Moga-moga semuanya tabah menghadapi dugaan ini.
Harapnya tempoh monsun yang kritikal ini cepat berakhir.
"Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu"
(Surah Hud-44)
(Surah Hud-44)
Amin ya Rabb, Amin ya Mujib.
Challow dulu.
#kaknieta
Comments