1/365 @ 2025
Salam Rejab.
Rejab tiba makanya semakin hampir kita dengan Ramadhan.
Counting.
Happy New Year.
Selamat datang 2025.
Moga yang baik-baik untuk aku dan semua.
2024 ditinggalkan dengan 1000 kenangan.
Pahit manis, suka duka.
Hidup kalau tkde ujian tak meriah katanya... hahaha.
Mac 2024 bermulalah kehidupan anak sulung ke asrama. Bukan dia sahaja kena adapt dengan suasana baru, makpak juga. Bulan puasa lak masa tu, memang mencabar. Minggu pertama (minggu orientasi) berada di asrama minggu yang mendebarkan mak. Tiap-tiap malam call menangis nak balik. Susah hati mak jangan cakap la. Tapi lepas seminggu tu alhamdulillah, dia dah boleh terima suasana baru tu. Tapi, tiap minggu ya berulang Tapah-Balik Pulau. Demi anak.
Begitulah hidupkan... Nak mencapai kejayaan bukan mudah.
Boleh kata 2024 aku hadap dengan 'follow the flow'. Tak banyak yang aku harapkan cuma kekal berada dalam keadaan yang sihat dan kuat mental dan fizikal. Yang paling ketara adalah berperang dengan kewangan. Sungguh stress aku paling besar adalah disini.
2025...
Yang paling aku harapkan menstabilkan kewangan. Hidup ini keras.
Sejak 2024 aku try nak start segala jenis simpanan especially emergency fund. Tapi semua berakhir separuh jalan. Moga impian kewangan aku menjadi kenyataan.
Terus berdoa semoga yang mendatang adalah yang baik-baik saja.
Keluarga, kerja, kehidupan, kewangan... semua benda aku doakan yang terbaik.
Dan juga disini, 'Bicara Suri kak Nieta'. Moga terus menjadi platform aku mencurah idea. mencurah rasa.
Salam 2025 korang.
Challow.
Comments