Sampai jek kat Airport & selesai urusan imigresen, kami terus memulakan langkah kami. Bukan g hotel, jangan harap ler dapat berehat dengan selesanyer di atas katil empuk....;-(. Terus naik bas & memulakan perjalanan kami di sana. Group kami memerlukan 2 biji bas. Actually, penerbangan kami adalah penerbangan ke-5, sebelum & selepas itu masih ader penerbangan lagi. Kalo aku tak silap, semua sekali seramai lebih kurang 700 orang dapat insentif nie.
Bondi beach
Destinasi kami yang pertama adalah Bondi Beach. Xtvt kat situ tak lain dan tak bukan, bergambo. Ape lagi nak buat, kalo nak mandi kat situ boleh jek, tapi jangan marah ler kalo kena tinggal. Maser nie dah panas terik tau, tapi aku kagum sebab sepanjang masa dari pagi sampai ke petang ader ajer orang berjogging. Tak kire tempat. Kalo Malam aku kurang periksa la pulak...huhuhu. Kalo yang jenis ader anak kecik, sambi jongging depa akan tolak stroller. Bagus tul.......
Berlatar belakangkan Opera House & Harbour Bridge
Ini ler Mrs. Macquire chair...Besokannnn...
Kendian tue, kami gi ke tempat sejarah Mrs. Macquire Chair (betul ke eja aku nie..). Sesi bergambo beramai2 bersama2 photographer bertauliah yang telah dilantik oleh syarikat diadakan di sini ler. Photographer nyer lawak ler, dah tue garang beb, terkejut jap kitaorang nie. Alkisahnyer, kerusi2 panjang dah tersusun cantik la kat situ, & mamat nie tengah cari angle yang paling baik la konon2nyer. Kami pun ambik le kesempatan yang terbaik untuk bergambar kat situ. Sekali tue dier leh sound, katanyer syarikat dah bayo kat dier untuk tangkap gambo kami2 nie, jd jangan kaco keje dier. Kerek tak mamat nie..? huhuhu......
Perkarangan Opera House
Habis sesi bergambar kat situ, kami gi ke port lain untuk sesi bergambar seterus...;-)...Opera House lak. Tapi tak masuk pun, kat luar jek. Perut dah berkeroncong. Last mkn breakfast dalam flight. Sudah tentu ler perut2 kami dah berkeroncong.
Jadi, xtvt seterusnya adalah makan. Destinasinyer di area China town. Tapi aku hilang ingatan lak aper name kedainyer. Janji aku kenyang.....burrrppp.....(sungguh tidak sopan....:-)).
Pemandangan dari luar QVB
Suasana dalam QVB
gambar dr sini
Apa yang menarik perhatian aku pada jam nie..... Cuba korang perati kan betul2....Bangga jap jd anak Perak.
Lebih kurang kul 1.30 ptg, kami gerak ke Queen Victoria Building (QVB), sebuah bangunan bersejarah yang dah jadi sebuah shopping kompleks bertaraf 5 bintang. Harga2 nyer pun semuanyer leh tahannnn....Sepatutnyer kami ke masjid tuk solat, tapi memandangkan keadaan kami yang dari berlepas semalam lom dapat membersihan diri, jadi kami request tak payah g masjid, sebab nak g sana pun jauh gak. Memandang kami leh check in kat hotel kul 3 ptg jadi, kami abih kan maser kat QVB nie jek. Tapi bas yang 1 lagi nak ke sana gak. Jadi kami berpecah.
Holiday Inn Darling Harbour
kul 3.15 ptg, kami dah ader depan Holiday Inn Darling Harbour untuk urusan check in. Aku dok sorang jek 1 bilik. Boring ler jugak takde kawan nak sembang. Masuk bilik, tengok bantal & tilam, leganyer rase. Mandi manda dan sempat gak melelapkan mater. Hotel nie strategi gak. Betul2 kat Bandar Sydney. Kedai souvenir keliling, yang paling famous Paddy Market sebelah jek. Tapi bukan leh shoppingbiler2 maser yang kiter suker. Bukak cuma dari kul 9.00 pg sampai 5.00 ptg. Memang kami tak dan nak shopping pun, kecuali 1 sesi yang dah dikhaskan. Itupun sejam jek. Maner cukuppppp.....huhuhu.....
Indigo On Capitol Restaurant
Kul 7 mlm, berkumpul kat lobi nak g makan. Jalan kaki jek. Jauh gak ler, tapi kat saner memang depa banyak berjalan kaki. Motor pun susah nak jumpa kat Sydney tue. Makan kat Indigo On Capitol Restaurant di Hotel Metro. Makanan boleh tahan. Menunyer nasi dan lauk pauk.
Selesai makan, tour guide kami bawak g kedai souvenir, shopping time...! Kena cepat2 sebab keai nie dah nak tutup. Tapi aku tak beli ape2, survey harga jek. Aku cumer beli international adapter memandang aku request kat hotel, tapi tk jugak dapat2. Kena ler beli. Lepas tue, balik bilik & zzZZzzZZzzzzzzZzzz.......
Asamgaram : Bersambung next episode......
Comments