27 Mac 2013

Pandai bawa diri....






Pepagi tadi Aina terjaga jam 4 pagi. Pastu tak tido dah. Dier pegang phone layan game pastu minta ibu carikan upin dan ipin. Takde merengek takde meragam. Dah boring dier minta nenen. Sampai la ibu nak g keje tadi, elok main. Dok luar ngan uci, ibu jalan g keje pun takde nangis. Siap lambai lagi. Dier dah bijak, dah tahu ibu nak g keje... Alhamdulillah.

Nie malam tadi, ntah camner kul 8 mlm dier boleh tertido sendiri depan tv tanpa ibu dodoi atau bagi nenen. Tapi kesian la pulak, cam kurang kasih sayang jek sejak abah takde g kursus nie. Yang lebih kesian, sebelum tido tue dier minta nak makan nasik, tp nasik tengah menggelegak atas dapur. Tak dan tunggu nasik masak, dier dah tertido. Lapar anak ibu yek.



Tapi, kul 9.30 mlm dier terjaga. Nak susu, bagi susu pastu terus suapkan makan. banyak dier makan, lapar la tue. Lepas makan, terus baring balik dan tertido. Kul 10.30, angkut dier masuk dalam bilik pun dier tak sedo aper dah, Cuma mulutnya sekali sebut abah. Rindu ngan abah kot....

Tue yang terjaga jam 4 pg tue. Puas dah tido.

Adik pun sama, jam 8.30 mlm tido dalam buai. Kul 10 mlm ibu angkut letak dalam bilik. Tido sohh.. takde bangun dah. Merengek nak nenen, pastu tido balik. Pagi tadi bangun nyengih2, dalam keta gelak2 sambil nyembang ngan ibu on the way nak g umah pengasuh.


*gambar gegor tangkap sambil drive.. Jgn ikut tau, perilaku tidak bagus tue...

Anak2 behave sangat baik time abah takde nie. mungkin paham kot, abah takde g keje, jadi anak2 kena pandai bawak diri. Alhamdulillah, dikurniakan anak2 yang bijak.





Tiada ulasan:

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

Menarik...!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin