Posts

Showing posts from January, 2025

Happy 14th Dearest Eldest Daughter (8/365)

Allah selamatkan kamu Allah pelihara kamu Allah jaga kamu Selamat hari lahir anak. Love you to the moon and back. Jadi anak yang baik dan beradap. Jadi anak yang solehah, bertakwa dan beriman. Jadi anak yang berilmu dan beramal. Kamu mengajar ibu menjadi 'seorang ibu'. Kamu mengajar ibu memujuk anak. Kamu mengajar ibu menyusukan, menukar lampin dan menidurkan. Yang paling penting kamu mengajar ibu menjaga amanah, bertanggungjawab dan berusaha mendidik anak2. Semuanya bermula dari kamu atas izin Allah. Doa ibu mengiringi kamu. Challow dulu.

1/365 @ 2025

Salam Rejab. Rejab tiba makanya semakin hampir kita dengan Ramadhan. Counting. Happy New Year. Selamat datang 2025. Moga yang baik-baik untuk aku dan semua. 2024 ditinggalkan dengan 1000 kenangan. Pahit manis, suka duka. Hidup kalau tkde ujian tak meriah katanya... hahaha. Mac 2024 bermulalah kehidupan anak sulung ke asrama. Bukan dia sahaja kena adapt dengan suasana baru, makpak juga. Bulan puasa lak masa tu, memang mencabar. Minggu pertama (minggu orientasi) berada di asrama minggu yang mendebarkan mak. Tiap-tiap malam call menangis nak balik. Susah hati mak jangan cakap la. Tapi lepas seminggu tu alhamdulillah, dia dah boleh terima suasana baru tu. Tapi, tiap minggu ya berulang Tapah-Balik Pulau. Demi anak.  Begitulah hidupkan... Nak mencapai kejayaan bukan mudah.  Boleh kata 2024 aku hadap dengan 'follow the flow'. Tak banyak yang aku harapkan cuma kekal berada dalam keadaan yang sihat dan kuat mental dan fizikal. Yang paling ketara adalah berperang dengan kewangan. Sunggu...