Posts

Showing posts from 2018

82 days in service dan kasut hitam.

Hallo! Hallo! Nasib baik tak bersawang balik. Oh! susahnya nak konsisten dan fokus. :P Morning! 82 hari dengan kerajaan baru. Kalau betul la kiraan ini. Ada berbaki 18 untuk menunaikan janji manifesto 100 hari. Tapi, berikan mereka peluang.  Rakyat memilih dan rakyat memantau. Rakyat is the boss. :D Kakak happy sebab tahun depan kasut hitam. No more kasut putih. Kakak tak lalu nak menyental. Anak-anak memang basuh sendiri kasut sekolah, tapi aduhaiiii Sakit mata kakak melihat hasil basuhan derang. Sudahnya kakak ambil balik dan basuh. Baju sekolah sedang dalam pertimbangan untuk ditukar juga. Harap kalau ada pertukaran pun berikan sedikit masa untuk parent menyediakan keperluan tahun depan. Bukan sikit belanja bila semua di tukar kepada yang baru. Fahami kesusahan rakyat. Eh! terbebel. Yeay. kasut hitam. Challow dulu, #kaknieta

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Taqobbalallohu Minna wa Minkum Selamat Hari Raya Aidilfitri Tu dia.... Menyepi sungguh diari akak hampir sebulan. Menulis ikut kelapangan, gini la. Alhamdulillah... selepas ramadhan, bertemu syawal sambutan kemenangan. Harapannya agar bertemu lagi Ramadhan yang akan datang. Raya akak cam biasa. 1st raya sekarang memang di rumah mertua. Raya kedua dan ketiga bersama keluarga sendiri. Beberapa tahun dah begini sambutannya. In shaa Allah, akak redha seredhah redha nya. :) Nanti sembang lagi pasal raya. Tujuan hari ni, nak datangkan balik mood yang hilang ditelan lemak yang menjunam dalam perut. hahaha. Challow dulu, #kaknieta

Ramadhan 5 - Iftar

Image
Assalamualaikum... Salam 6 Ramadhan. Kelemauan sikit pagi ni. Malam tadi ke attack dengan resdung, effect dia sampai hari ni. Letih, badan sakit-sakit. Entah macam mana, lepas sahur tidur tidur balik. Sendu sangat rasa badan. Tetiba terjaga dan terkejut kat luar dah cerah. Capai phone. Allahu. 7.30 pagi. Anak belum siap ke sekolah. Dah lah minggu periksa ni. Adoii..! Siap, terus jalan. 7.45 baru sampai sekolah. Nasib baik. Periksa mula jam 7.50 Harap hari ni takde lagi serangan resdung.huhuhu. Ni menu semalam Gulai lemak terung - Mak mertua masak. Ikan goreng Sup fish ball + suhun ikan masin gelama Bubur pulut hitam Bihun goreng, jiran bagi. Alhamdulillah. Sekarang, idea masih mencurah-curah nak masak. Sampai tak tau nak pilih yang mana... hahaha. Challow dulu, esok sembang lagi ya. #kaknieta

Ramadhan 2,3,4 1439H - Iftar

Image
Salam 5 Raamadhan. Kejap jek dah 5 ramadhan yek. Korang puasa full tak? Hehehe. Menu iftar Ramadhan ke-2 Sambal tumis petai ikan bilis - Mak mertua I masak. I kan kerja. Ayam goreng tepung Gulai lemak ayam - Baki hari sebelumnya Sup tulang - beli Kuih muih - semua beli Berjaya mengurangkan kesesakan atas meja makan.. hehehe. Iftar Ramadhan 3... Kari udang dengan kacang buncis Ikan goreng tepung Ayam goreng tepung Ikan masin gelama Sambal ikan bilis terung rembaang - beli Kerabu tauge - jiran bagi Kuih, hakak terajin buat Dangai. Lama dah hakak peram resepi. Alhamdulillah, senanag sangat nak buat. Tapi syahdu, takde bentuk dangai Kak Nieta. Sejenis manusia yang gelojoh, blum sejuk hakak gi terbalikkan loyang. Pecah jadinya... kikiki Ini bukti Kak Nieta terlebih rajin. Buat juga tauhu sumbat. Sap sap soi jek. kikiki Kuah kacang kering ready daalam peti es. Bancuh jek dengan air panas. Hari keempat iftar. Juadah semua atas kederat dan a...

Ramadhan 1, 1439H

Image
Alhamdulillah, selesai ramadhan pertama. Alhamdulillah. Berjaya juga untuk Aina danNani. #AinaAnakIbu Umur 7 tahun. Sebelum masuk ramadhan dah berazam nak puasa sebulan. "Ibu, Ramadhan nanti Aina nak puasa". Semangat. Alhamdulillah, hari pertama berjaya menghabiskan sehari tempoh berpuasa. Biasalah baru nak mula, mulut tu bising juga la. Dok meratap lapar, lapar. Tapi acceptable jumlah ratapannya. Pujuk juga la. Akhirnya, sampai penghujung. #NaniAnakIbu Umur belum pun genap 6 tahun. Sama juga, berazam nak puasa. Ibu cuma pesan, "Adik cuba dulu yek" Berjaya juga habiskan sehari puasa dengan bersusah payah semalam. Kikiki. Tapi... Banyak sungguh dramanya. Penuh air mata. Mengadu dengan ibu, lapar. Dok ulang ulang. Ibu dah suruh makan. Pergi dapur amik air kotak dalam fridge yang dia dapat dari sekolah pagi tu. Pegang. Belek belek. Pastu letak balik. 2 3 kali buat benda yang sama. "Adik, ngape tu? Kalau tak tahan makan la" "A...

AHLAN YA RAMADHAN

Image
Harapan Ramadhan Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada Di bulan Ramadhan semula Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintahnya Moga dapat ku lenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri Tiada henti-henti Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabar Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan Ku merayu pada Tuhan diterima amalan Selangkah demi selangkah... Dengan rahmatmu oh Tuhanku... Ku tempuh jua #kaknieta

Selamat Hari Guru

Image
Selamat Hari Guru! Happy Teachers Day! Sumber : Google Tahun ke-2 bagi Aina. Tahun pertama bagi Nani. Semalam, Kak Nieta dah tanya thru wasap dengan teacher Aina untuk event Hari Guru kat sekolah. Aina lupa nak bagitau la tu. Itu yang jadi semuanya last minute tu. Sebenar-benarnya, teacher Aina adalah BFF ibu masa sekolah rendah. Bila sekolah menengah masing-masing pindah sekolah. Maka bercantum baliklah silaturrahim yang lama terputus. Teacher dah kata pada Ibu, tak payah hadiah pun takpe. Cikgu-cikgu takde kisah pun pasal hadiah, ada ke, takde ke, murah ke, mahal ke, cuma nak budak-budak seronok dengan sambutan hari guru. Budak-budak pula memang akan rasa gembira dan seeronok bila dapat berikan hadiah pada cikgu-cikgu. So, kita buat seringkas dan semudah yang boleh. Harap cikgu-cikgu Aina dan adik menerima hadiah yang tak seberapa ini. Aina memang excited and looking forward for this event. Banyak kali pesan suh beli hadiah. Tapi last minute juga sudahnya. Bahanan...

Sejahtera Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim... Lets move on. Hidup perlu diteruskan. Kak Nieta dengar lagu Sejahtera Malaysia rasa sebak pulak. Lama gila lagu tu tak keluar dalam berita. Puji dan syukur pada Ilahi Anugerahnya tiada terhingga Kedamaian kemakmuran Malaysiaku bahagia Dengan tekad untuk berjaya Berbakti pada nusa dan bangsa Kami junjung cita-cita luhur Perpaduan seluruh negeri ( korus ) Seia sekata sehati sejiwa Menghadapi cabaran Kami sedia kami setia Berkorban untuk negara Bersemarak Malaysia tercinta Kibarkan panji kebesarannya Kami rela menjaga namamu Sejahtera Malaysia @@@@@@@@ This new Malaysia. Jom semua move on. Move on PH Move on BN Move on PAS Move on semua parti-parti yang terlibat samaada menang atau kalah. Bagi yang menang, perjuangan memartabatkan segala aspek Malaysia perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Bagi yang kalah, this is not the end. Andai masih setia, darah perjuangan masih membara, teruskan perjuangan. Perjuangan memartabatkan Mala...

28 April ....

Alhamdulillah. Masih aku di sini. Diberi peluang menghirup udara pagi. Diberi peluang menikmati panasnya sang suria. Diberi peluang merasai titis-titis hujan yang menyembah bumi. Umur hanya angka. Angka akan jadi sia-sia jika tidak dimanfaatkan sebaiknya. Allah tunjukkan aku jalan menuju redhaMU Allah kurniakan aku hidayahMU yang berpanjangan. Allah berikan aku rezeki yang luar biasa, rezeki yang tidak aku sangka-sangka. Allah kau peliharalah kami seisi keluarga. Berikan kesihatan yang baik untuk ibu bapa ku, asbab mereka aku disini. Takde yang istimewa, cukup ingatan dari mereka yang dekat. Aku kini yang berusia 39 tahun, #kaknieta

Weekend wrapping

Image
Weekend yang sepi. Membasuh baju sebeban, masak, mengemas. Semua rutin lazim. Sabtu, pepagi kami somibini dah berdating mentara anak masih tidur. Bukan senang wei nak lepas dari anak-anak sekarang. deme tidur baru la kami leh dating. Ahad, masa berbelanja barang dapur. Sambil membeli belah nampak udang galah. kata mak mertua Kak Nieta teringin nak makan udang besar-besar. "Ok, juga tu. Buat shellout nak" Hakak meng'offer' kan diri. "Pandai ke?" Kamonnn mommy. See my hand la. Hahahahaha. Settle beli belah udah tengahari. Idak ler sio teman nak masak lagi. Baik makan dulu. Malam la buat projek shellout. Alhamdulillah. Menjadi shellout kami belah malam. Gigih hakak tau. Dengan tiba-tiba black out sekejap. Dah tu, tengah syok masak, gas pulak habis. Cabaran betul. Nasib masak awal, ada la ruaang dan peluang dapat gas lain. Nanti hakak update resepi shellout. Tak tau la apa yang dimarahnya masa ni. Dia yang last, peminat seafood ...
Salam Jumaat... Minggu ni, masih minggu 'regangan' blog. Mencari kebiasaan. Belek list blog, kebanyakannya semua dah tak ber blogging lagi. List tu banyak yang dah senyap dan sunyi. Blogger zaman Kak Nieta dulu dah ramai yang sepi. Kena belek blog-blog baru pulak lepas ni. Dunia media sosial sangat mempengaruhi era blogging. Ramai yang memilih FB, Insta dan Twitter untuk bersosial dan luahan cerita dan perasaan. Kak Nieta dulu bermula dari photo... photo... nampak lupa dah namanya. Pastu beralih pada blogspot. Aku masih di sini... ewah. Challow dulu, #kaknieta
Selepas 5 tahun... (Fuhh! Lama aku tinggalkan dunia penulisan blog). Kak Nieta ibu kepada 2 orang puteri. Aina Umaira 7 tahun usianya sekarang Hannani Ayuni, bakal mencecah 6 tahun tahun ini. Tapi hujung tahun baru cecah 6. Ibu bekerja untuk membantu sara hidup dalam zaman sebegini. Berniaga atas talian juga. semua Kak Nieta lakukan demi kelangsungan hidup sekarang. Sungguh! 'Pincang' rasanya penulisan sekarang. Kena polish balik la ni... Challow dulu, #kaknieta
Dengan lafaz Bismillah, Kak Nieta buka kembali blog usang ini. Dengan izin Allah jua. With love, #kaknieta