18 Mei 2018

Ramadhan 1, 1439H

Alhamdulillah, selesai ramadhan pertama.

Alhamdulillah.
Berjaya juga untuk Aina danNani.

#AinaAnakIbu
Umur 7 tahun. Sebelum masuk ramadhan dah berazam nak puasa sebulan.

"Ibu, Ramadhan nanti Aina nak puasa". Semangat.

Alhamdulillah, hari pertama berjaya menghabiskan sehari tempoh berpuasa. Biasalah baru nak mula, mulut tu bising juga la. Dok meratap lapar, lapar. Tapi acceptable jumlah ratapannya. Pujuk juga la.
Akhirnya, sampai penghujung.

#NaniAnakIbu
Umur belum pun genap 6 tahun. Sama juga, berazam nak puasa.
Ibu cuma pesan, "Adik cuba dulu yek"

Berjaya juga habiskan sehari puasa dengan bersusah payah semalam. Kikiki.

Tapi...
Banyak sungguh dramanya. Penuh air mata.
Mengadu dengan ibu, lapar. Dok ulang ulang.
Ibu dah suruh makan.

Pergi dapur amik air kotak dalam fridge yang dia dapat dari sekolah pagi tu.
Pegang. Belek belek. Pastu letak balik.
2 3 kali buat benda yang sama.

"Adik, ngape tu? Kalau tak tahan makan la"
"Adik lapar"
"Boleh tahan tak ni?"
"Boleh. Tapi adik lapar" hahaha.
"Takpe. Adik kecik lagi. Hari ni adik belajar separuh, esok boleh puasa penuh"
"Adik memng lapar."
"Pergi la makan dulu"
"Taknakkk... Adik nak makan DENGAN KELUARGA" Sambil menangis.

Hahahaha.

Kelakar la adik ni. Tapi sweet juga.
Motivasi dia menghabiskan puasa sebab nak makan dengan keluarga.
Tabah sungguh mu anak.

@@@@

Menu semalam
> gulai lemak ayam request by Aina
> Nugget & hotdog goreng request by Nani
> Kacang buncis tumis
> Sambal ikan bilis kentang (sahur punya)

Ingatkan dah cantik letak atas meja. Takde penuh sangat.
Petang rupanya mak mertua dah janji dengan sepupu nak gi pasar ramadhan. Maka penuh lah meja semalam... kikiki.



Kak Nieta berazam kurangkan membeli di pasar ramadhan. Masak simple dan sedap sudah.
Selalu beli kat bazar ada jek yang tak kena. Dah tu tak habis. Membazir.
Kecuali memang tempat kita dah tau sedap.

Kalau boleh tak yah masuk pasar ramadhan, sebab walaupun kata nak jalan-jalan jek, takde apa nak beli, end up ada juga plastik sangkut kat tangan bawak balik. Siap 2 tangan lagi mengangkut. hehehe.

In shaa Allah, moga ramadhan tahun ini hakak lebih bersederhana dan muhasabah diri sendiri yang semakin membulat (ngata diri sendiri). Masa ni la nak jalan sekali diet, selain menjalani amal ibadah.

Panjang pulak bebel hari ni.

Challow dulu,
#kaknieta


Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin