Posts

Showing posts from December, 2024

MBA JOURNEY : CERITANYA...

Aku hampir terlupa yang aku dah 'activate' balik blog. hahaha. Tersadai sementara. dia bukan lupa terus, dia macam aku ada benda nak tulis, nantilah jap2 lagi. Tau-tau dah berlalu 2 minggu lebih. Jom la sambung journey MBA. Journey bermula asbab PKP. PKP telah mengubah 'daily life' KN. Yang biasa jam 8 pagi berada di pejabat.  Yang biasa otak ligat berfikir, tangan laju bergerak. Yang biasa hari-hari ada kertas perlu dihadap, ada dokumen perlu ditandatangan. Tapi berbeza sungguh di kala PKP. Masa PKP, KN masih bekerja, tetapi dengan jadual yang dipendekkan (masa dan hari). Duduk dipejabat, tetiba terima satu email promote course MBA. Buat pulak tu kat Ipoh jek.  Niat memang dah ada lama nak sambung Master, tapi takde course terdekat. Belum bersedia nak travel jauh-jauh secara mingguan. Tapi email tu berlalu sepi. Empat lima hari berikutnya, KN call PIC, Dr. Haliza. Sembang-sembang, tanya-tanya, Tau pulak kelas berjalan secara online. Tak pikir panjang kita wak, kita reg...

11 Dec 2024 - HAPPY 12

Image
Happy 12 anak solehah ibu. From this... To thiss... Doa ibu sentiasa mengiringi mu anak. Moga terus berjaya dalam hidup. Jadi anak yang baik. Jadi anak yang solehah, bertaqwa dan beramal. Terus menabur bakti kepada kedua orang tua, keluarga, masyarakat dan berbakti kepada agama. Jangan berhenti menuntut ilmu, jangan cepat mengalah dengan ujian, terus kuat tau. Dunia luar lagi mencabar. Jaga diri, jaga adab jaga agama, jaga takwa, inshaALLAH. Allah akan kita. Jadilah orang yang menyenangkan hati di mana-mana pun. Love you. Challow dulu.

MBA Journey : I DID IT

Image
Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdullilah. A long due story and its a long journey. Dengan izin Allah. I did it.  Perjalanan Executive Master Business Administration secara course work bermula Okt 2021 dan berakhir Feb 2023. Mengharungi 2 tahun yang 'menghiburkan' dan 'menyakitkan', pengalaman yang cukup bermakna. Siapa sangka pada usia 40++ tahun akhirnya impian tercapai. Lama pendam keinginan untuk further study, kita merancang dan Allah sebaik-baik perancang. 25/11/2024, harinya tiba. Setahun lebih tunggu untuk graduation day. Majlis Konvokesyen ke-100 UiTM telah menjadi saksi berakhirnya perjalanan Master KN.  Proud of myself, kejayaan ini datang dengan izinNYA, dengan sokongan suami dan anak-anak, Aina & Nani, keluarga sendiri & keluarga mertua, kawan-kawan dan geng-geng aku yang support sejak awal. Alhamdulillah. Inilah penguat semangat. Tak cukup korum, sorang ada di asrama. Kalau ada mesti ibu lagi seronok. Inilah geng sekelas. Batch kami tak ramai, 5 o...

Sambal Telur Hancur Hatiku Dirundung Duka

Image
Semalam dah merempan meluahkan perasaan. Tapi, life goes on. Rumahtangga tetap perlu diurus. Dapur tetap kena berasap. Takde masa nak sedih lama-lama. Kita jalan terus. Pagi-pagi bangun dengan semangat baru sambil pujuk hati.  KITA PEREMPUAN KUAT! Jom masak 😀💪 Nasi goreng dengan nugget.  Menu brunch, pagi + tengahari. Mr. K ada kelas lori hari ni, jadi masak cepat-cepat. Sambil tu kain dalam mesin tengah berpusing. Ada balance kari ayam, dapat cicah dengan lempeng atau cucur sedap gak ni. Maka terjadilah cucur udang. Memang betul-betul mencicah kome. Tengahari tak makan memang onz sangat la. Malam, memang dah plan nak ngadap laptop.  Kerja, kerja dan kerja. Jadi korang rasa KN ada masa nak sedih pilu lama-lama? Jadi, kita masak awal-awal. Sebelum maghrib dah siap menu malam. Tapi semata je la menunya, idak meriah. Sekarang, nak lunch dinner kat luar kena pikir dua tiga empat kali. Semua benda pun mahal, makan kat kedai apatah lagi. Not complaining, tapi ambik alternatif...

Aku Yang Gagal

Lillahhitaala  Saat ini aku rasa aku ibu yang gagal. Isteri yang mengecewakan. Bukan mudah ya untuk menjadi ibu, untuk memastikan aku tidak lalai dan sentiasa melayani setiap anak itu sama rata. Pedih. Aku dah cuba sehabis baik, tapi ternyata aku terlepas pandang simple thing that matter. Hati masih sebal mengenangkan kata-kata menikam jiwa 12 tahun lalu. Sampai sekarang aku simpan dan pendam luka itu. Aku mungkin memaafkan, tapi memori itu tidak pernah padam. Luka itu tiada, tapi parut masih ada disitu. Hari ini, kata-kata tersebut seperti diulang kembali. 'Tak guna jadi mak' 😭 Anak sulung sedang menangis nak susu. Anak kedua sedang menyusu badan. Bukan itu kata-kata yang aku mahukan. Tapi tindakan yang sekurang-kurang boleh membantu pada saat itu. Tapi ternyata semua kesalahan, kesilapan, tangisan adalah dari aku.  Pada ketika itu, jantung bagai direntap. Hati seperti ditoreh-toreh. Sumpah, aku sangat-sangat kecewa dan terkejut. Takpe, aku tanggung sendiri. Air mata sebagai...

Bah itu kembali

Image
Doa buat Pantai Timur. Doa untuk Utara Malaysia Doa untuk semua mangsa-mangsa banjir dan petugas-petugas yang diarah berkhidmat dan juga petugas sukarela. Hujan menyembah bumi di seluruh bumi Malaysia. Tapi yang paling terjejas adalah di Pantai Timur.  Monsun Timur Laut telah mula 'menyerang'. MET Malaysia sendiri dah buat ramalan monsun timur laut bermula 5 Nov 2024. Hujan lebat yang berterusan menyebabkan tempat-tempat rendah dinaiki air dan sungai-sungai mula 'melimpah' keluar. Yang mana terlibat mohon patuhi arahan-arahan yang dikeluarkan. Yang tidak terlibat jangan ditambah sedih dan perit dugaan mereka. Yang terlibat secara langsung, moga semuanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Jumaat hari tu Kak Nita ke Balik Pulau menjemput anak sulung dari asrama. Memang mendung sepanjang jalan. Kiri kanan jalan ada yang dah mula bertakung air. Balik dari sana, memang hujan lebat mencurah-curah. Hari ni, Kak Nita menghala ke utara lagi, menghantar anak balik asrama. Sua...