28 Julai 2009

Ada Yang Tak Kena..........

Ada banyak stori2 nak cerita...
ader banyak gambo nak upload...'
Tapiii........................


MY CAMERA....................
Aiyoookkkk..........:(









24 Julai 2009

Jalan-jalan cari makan....


Alahamdulillah. Burrrrppppppp....!!!!
Nie ler sarapan aku pagi tadi.
Dedulu aku tak gemo makan tosei nie. Tapi, sejak 2 menjak nie dah pandai belajo makan tosei nie. Ye la kan, kena la pandai2 sendiri adapt ngan suasana & situasi barukan.
Tapi idak ler tak sedap pun, sedap jekkk.......

Masuk perut, mata ngantuk....hihihihi....







23 Julai 2009


Selepas 7 bulan, 'pendapatan' blog aku akhirnyer mencecah 4 angka.....;-).
hahahaha....









Terperasan

pic credit to ms gugel....



Setelah aku amati dan teliti dalam keadaan aman dan tenang...



Tiba-tiba.......



Wakakakakakakak.....

kikikiki....




.....

.....

.....

.....

.....

....


Tajuk N3 aku sebelm nie lain macam jek bunyik nyer...

camner aku le tak perasan typing error yang aku buat...




hahahaha.....




Asamgaram : aku hanyalah manusia biaserrrr.....

Fecebook



Sejak semalam aku dah terjebak dengan ini Facebook... Sebab aku dah jumpa kegkawan aku balik...Thank God! Aminn.......


Sebelum nie aku telah under estimate kemampuan Facebook nie. Aku ingat FB nie tak mampu tuk mencari kengkawan aku yang lamer aku rinduuuuuuu...... Tapi aku silap ropenyer.... Sebelum nie aku penah la masuk kat 1 laman web nie, tujuan yang samer la. Tapi hampa... Jadi sebabkan kehampaan tue jugak ler maka aku tak berminat tuk menggunakan khidmat FB dan laman web sosial yang lain(sosial katanyerr......:-)).


Setelah di'xplore' sikit2, maka sekarang aku mula untuk mengenali FB nie & mula jatuh cinta lagiiiii.....hehehehe. Hopefuly friendship yang dedulu tak kira ler maser SK Jeram Mengkuang, SM Hamid Khan & UTM, Skudai, akan bersambung balik........




Asamgaram : Kawan2ku moh ler kiter berjemaah makan tghari ke, malam ke...Tapi korang meh sini ler.....

Di suatu petang yang hening.......

Dalam keboringan, jari-jemariku terus menari-nari di atas papan keyboard. Menari tanpa arah tujuan. Terjah blog2, web2, portal2 dan mata terus meneliti tiap isi yang terbentang depan mata. Tapi, dalam fikiran teringat kengkawan lamer. Terkenang waktu2 di hostel. Tersenyum mengenangkan perantauan yang jauh ke selatan demi mencari ilmu. Kerinduan pada sahabat2 lamer sekali lagi menerjah masuk kotak fikiran. Wajah2 ceria dulu, satu2 terpapar di bayanganku.

Lantas tangan laju mencari ruang dan peluang utk kembali bersama. Tanpa arah tujuan, aku menaip. Tangan laju memasukkan 1 add yang sangat popular, tapi aku tak pernah ambik peduli pun kewujudannyer. Usaha diteruskan, nama2 yang teringat semua aku masukkan.....

Tiba2...................
.............
.............

Wahhhh......Mood aku tetiba berubah. Kejap gembira, kemudian sedih, tiba2 pula rindu.....Aku teruja. Ngape ler aku tak bukak web nie dari dulu lagi..... Aku dah jumpa kengkawan aku yang dah lamer aku tinggalkan (bkn tinggalkan ler...lost contact). Bagussssnyerrrr... Kengkawan ku i'm backkkkkkk......;-)


Asamgaram : Perut dah lapoooo.....



22 Julai 2009

Lelaki & Wanita

Nak bertazkirah sikit pepagi nie. Tazkirah pasei lelaki & wanita serta tanggungjawab memasing... menarik gak, pada aku ler. Pada orang lain aku tak tahu. Sebelum nie penah baca dah, tp biler lemamer luper le dah. Hopefully, biler aku letak kat sini senang aku access untuk mengingatkan tanggungjawab aku sebagai wanita & isteri di sisi ALLAH dan suami juga keluarga.
Dapat artikel nie thru e-mail. TQ adikku for the info.
*******
LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :

1. ibunya ,

2. isterinya ,

3.anak perempuannya , dan

4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :

1. suaminya,

2. ayahnya,

3. anak lelakinya dan

4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

1. sembahyang 5 waktu

2. puasa di bulan Ramadhan

3. taat suaminya dan

4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...

kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...

maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...

supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

20 Julai 2009

Happy Birthday.....lagi...

ALLAH SELAMATKAN KAMU,
ALLAH SELAMATKAN KAMU,
ALLAH SELAMATKAN ALONG SYAHMI,
ALLAH SELAMATKAN KAMU;


HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BiRTHDAY TO IZZ SYAHMI,
HAPPY BIRTHDAY TO YOUU.....




Budak nie sambut hari lahirnyer ari nie. Dah beso yek anak sedara Mak Long nie. Jangan nakal2 yek. Dengo cakap ibu & ayah tau. Takde ke nak ngajak Mak Long potong2 kek....;-)





Seminar Melayu Rao Malaysia " Jiwa Raga Menyuntik Penyatuan Ummah Melayu"

SEMINAR MELAYU RAO MALAYSIA"Jiwa Raga Menyuntik Penyatuan Ummah Melayu"PERHATIAN KEPADA SEMUA
Adalah dimaklumkan Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) dengan kerjasama Institut Peradaban Melatu (IPM), dan Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan Seminar Melayu Rao Malaysia. Maklumat lanjut adalah seperti butiran berikut :-

Tarikh:25 Julai 2009 (Sabtu)
Masa:9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi:Auditorium Utama, UPSI

Yuran:
Kategori Yuran (Ringgit Malaysia)
Ahli: Percuma
Bukan Ahli: RM 20.00
Pelajar: RM 10.00


Maklumat lanjut sila hubungi :-
Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO)No. 6C, Ruang Niaga, DEwan Bandaraya Ipoh (DBI)Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh,Perak Darul RidzuanTel : +605-5480462 / +6016-5200550

~~~~~~$~~~~~~$~~~~~~$~~~~~~$~~~~~~

Hajat di hati tue memang ler teringin nak g. Tapi tengok ler camner. Program nie memang bagus ler bagi mereka2 yang merasakan diri mereka tue rawa. Penceramah jemputan memang didatangkan khas dari Indonesia. Topiknyer mcm2, tapi dah luper. Lupa nak bawak flyer yang depa dok bagi tue. Antara yang aku ingat, asal usul rawa. Wajib tau nie.

Bagi sesiapa yang berkesempatan especially rawa2 sekalian, (yang bukan rawa pun leh jek join kalo nak tau susur galur nie), leh la datang beramai2 kat UPSI, Tanjung Malim. Sebarang pertanyaan leh la tepon nombor kat atas tue.


Asamgaram : aku bukan commitee, cumer memanjang2kan silaturrahim.


27 Rejab kembali lagi....

Salam Israk Mikraj...

~Sama-samalah kiter menghayati perjalanan Rasullullah S.A.W~



16 Julai 2009

Gambo yang dah lamerrrrrrrrr giler aku nak publish.. sangattttt lamerrrr... Tapi kemalasan tahap gaban, maka aku lupakan je cita2 murni aku tue. Ari nie ubat 'R' aku datang ngan tetiba....


Untuk Wazir & Farhana, selamat pengantin baru. Walau pun dah lebih sebulan berlalu...... Tak yah cerita banyak2. layan ler gambo2 yang ada. Semua gambo adalah aku 'cilok' dr Abang Yang... Sorry yek Cik Jah, teman pnjam gambo letak dalam blog (mcm ler dier baca blog aku....;-))... TQ in advance...




# pengantin dengan aksi tak sesuai ataih pelamin......;-) #



# Pengantin & pemili #



# pengantin lamer #


# nie pun pengantin lamer gak #


# jugak pengantin lamer merangkap fotographer of the day #


# Yang nie idak ler brape lamer lagi...;-) #




Wajah-wajah ceria............






# pemiliku tumpang sekaki bergambo..free saper taknak..;-) #



15 Julai 2009

Pagi Yang Mendung

credit to miss gugel


Sojuknyer.....

Pepagi subuh td, hujan turun selebat-lebatnyer. Lepas solat, sementara tunggu kul 7 sambung tarik selimut. Syokkkkkkkknyerrrrrr dapat sambung tido. Tapi aku dah sesiap kunci jam kul 7.15pg, takut kang terlajak. Aku siap nak g opis kejap jo, den tak make up g opis. Baju dah siap iron awai2 lagi... (sib baik terajin sikit minggu lepas).

Kuar umah kul 7.45 pg, tengok2 jem sampai simpang dpn taman tue. Tensennn.... Jauh tue nak menyampaikan ke traffic light pekan tue. Sudahnyer setengah jam baru sampai ke opis mak, terus pecut ke slim lak.

Sepanjang jalan kenangan tue ujan. Tapi bukan ler lebat sgt. Kalo lebat bebeno, aku surrender ler nak drive. Baik aku dok kedai makan ngisi perut dulu. Mood pagi nie pun samer gak cam suasana kat luar tue. Mendung2 gitu, malas2 gitu....... Nasib ler aper jadi ari nie.... Aku nak melompat2 blog je cadangnyer. Cadangnyer........ Tapi jangan harap.....:-(.





Asamgaram : syukur nikmat Tuhan...




10 Julai 2009

Senja di Marina Cove.....














Cuti-cuti Malaysia - Part 3

Cerita yang sangat lamer terengkalai....... takyah bebel bayak2, kiter layan gambo je la.... Not in a good mood to comment...boleh gitu....! hehehe

Lepas check out hotel terus melepak di Teluk Batik. Layan perasaan....huhuhu.


Melepak-lepak sambil mengadap laut.....




Ombak memukul pantai... tak amai yang mandi sebab ombak sedang 'mengganas'...
'Baywatch' asyik dk membunyik kan siren depa jek mintak semua orang berhata-hati.
.
.
Lepas boring dok ngadap laut + perut yang berbunyik2 mintak diisi maka kami pun beransur la pulang. Tapi on the way balik teringat lak kat Taman Paya Bakau nie, singgah2 ler menjenk kat sini.


Entrance..... Tempat nie tepi jalan jek. Senang nak carik.


Penghuni yang banyak di sini. Hati2, kadang main rampas jek makanan kiter.

Budak2 yang ceria berjalan-jalan di platform yang disediakan...

Dihujung platform...Muara sungai.....





Asamgaram : selesai sudah akhirnyer......



09 Julai 2009

*@#$%#^&.......!!!!!

Saya berada di bawah tekanan.
Hidup saya serba tak kena.
Emosi saya tidak stabil, bak roller coaster. Puntang-Panting. Bercelaru.
Saya rasa sungguh depress.
Ader kala rasa nak marah, tetiba berubah sedih, kadang2 mcm nak nangis. Tapi taknak lak kuar air mata. Biar hati rase lega.
Jangan tanya kenapa saya jadi cam nie....Saya sendiri takde jawapan yang pasti.
Problemm.....
Biaser ler, hidup maner xde masalah.

Yang terbaru, saya rase seperti ditikam dari belakang. Tapi masalah sudah settle. Adakah rentetan dari situ maka keadaan saya jadi begini? Saya memang kecewa dgn keadaan itu, walaupun ia telah kembali seperti biasa tapi masih sakit jika diingatkan.

Adakah kerana kerja saya yang banyak, yang masih terbengkalai. Saya seperti takde komitmen langsung untuk bekerja sekarang ini. Keadaan begini membuatkan saya rasa serba salah. Patutkah saya mengambil cuti yang panjang. Rehat yang cukup. Bercuti bersama suami ke tempat yang jauh mendamaikan hati. Patutkah saya...? Ataupun sebaiknyer saya menyendiri tanpa ditemani sesiapa.....hhmmmmmm.

Fikiran saya macam berserabut. Tapi saya tak tau aper sebenarnyer yang saya fikirkan. Akal saya ligat berfikir, tapi tiada jawapan pada soalan yang saya sendiri tak tahu. Otak saya sentiasa berputar, tp tiada persoalan yang harus saya selesaikan.

Saya nak berkongsi dgn orang lain. Tapi saya tak tahu aper sebenarnyer yang perlu saya kongsikan. Motivasi saya sedang jatuh merundum. Keyakinan saya seperti hilang dibawa arus. Tembok kekuatan & ketabahan saya sepertinya telah runtuh.

Kini, saya rasa seperti mahu menangis. saya sedang memujuk hati. Tapi, memujuk hati sendiri lebih payah dari memujuk orang lain. Bagaimana harus saya menghadapinya......? Ada suggestion...?


Asamgaram : sesak napas.........


02 Julai 2009

Apa Nak Jadi...

Setelah dekat 2 minggu blog nie 'terhibernate' (istilah ape nie daaa...), aku kembali. Sebenarnyer ari 2,3 ari sudah memang ader hati nak mencoret kat sini. Tapi tiba2 skill nak merepek kat sini hilang. Kepala otak jadi blank, tak tau aper nak cerita. Agaknyer terlebih maan doyan kot..hehehe.

Ari nie nak cuber selesaikan beberapa cerita yang masih tergantung....Harap2 bukan la angan2 kosong. kena kuatkan semangat nie....



Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin