09 Mei 2011

Mengingau ke?

Kejadian nie berlaku kat sebuah rumah ketika seorang ibu dan anaknya yang baru berusia 3 bulan sedang nyenyak tidur di ruang tamu...

Si suami merangkap bapa baru pulang dari bermain badminton. Dengan hati yang sayu dan penuh tanggungjawab mengejut si isteri untuk bangun dan tidur di dalam bilik untuk lebih selesa.

Maka dikejutkan si isteri " yang, bangun. Masuk bilik tido".

Isteri yang terkejut, terkebil2 lalu bangun dan terus menuju ke dapur. Di capainya telur, bawang & cabai burung. Dilaksanakan seperti kebiasaannya juga dengan penuh tanggungjawab menyediakan telur dadar (read : telo dado) untuk si suami.... Sehinggalah kerja tue selesai.

Sementara di depan, si bapa bersiap2 mengangkat anaknya msuk bilik. Menyelesakan keadaan si anak dalam bilik. Hinggakan si anak cukup selesa sampaikan sedikit pun tidak terkejut dengan tindakan si bapa. Selesai sudah kerja di depan, maka dicari pula di mana pula isterinya tadi.

Sampai di dapur...

Suami : Awak buat per?
Isteri : Telo dado.
Suami : Orang sudah masuk tido. Bukan masak telo dado.
Isteri : #%&^*&???. Abang dah makan ke?
Suami : Belum.

Sekurang2 nya tidak ler membazir si isteri menyediakan hidangan lazat tersebut. Terus si isteri melangkah ke bilik dan sambung tido...ZzzZZZzzzzZZzzzzzz



Asamgaram : Begitulah betapa isteri terlalu memikirkan perut suami yang masih kosong.


Tiada ulasan:

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

Menarik...!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin