Aku Yang Gagal

Lillahhitaala 
Saat ini aku rasa aku ibu yang gagal.
Isteri yang mengecewakan.

Bukan mudah ya untuk menjadi ibu, untuk memastikan aku tidak lalai dan sentiasa melayani setiap anak itu sama rata. Pedih. Aku dah cuba sehabis baik, tapi ternyata aku terlepas pandang simple thing that matter.

Hati masih sebal mengenangkan kata-kata menikam jiwa 12 tahun lalu. Sampai sekarang aku simpan dan pendam luka itu. Aku mungkin memaafkan, tapi memori itu tidak pernah padam. Luka itu tiada, tapi parut masih ada disitu. Hari ini, kata-kata tersebut seperti diulang kembali.

'Tak guna jadi mak' šŸ˜­
Anak sulung sedang menangis nak susu.
Anak kedua sedang menyusu badan.
Bukan itu kata-kata yang aku mahukan. Tapi tindakan yang sekurang-kurang boleh membantu pada saat itu.
Tapi ternyata semua kesalahan, kesilapan, tangisan adalah dari aku. 
Pada ketika itu, jantung bagai direntap. Hati seperti ditoreh-toreh.
Sumpah, aku sangat-sangat kecewa dan terkejut.
Takpe, aku tanggung sendiri. Air mata sebagai peneman dan saksi kepada kekecewaan aku.

Isteri.
Ibu.
Bekerja.
Surirumah.
Hidup ini tidak mudah, cuma mengharap dipermudahkan.

Aku pujuk hati sendiri.
Takpe. Aku kuat.

Challow dulu.


Comments

Anonymous said…
as'salamualaikum dear sister! i hear you and saya sangat simpati dengan keadaan sis. semuga sis kuat dan tabah! jangan salah kan diri sendiri kerana tak semesti nya sis yang salah. sepatut nya mesti ada sesorang yang bantu sis dalam saat2 begini, mentally and physically!! semuga sis kuat dari segi tenaga dan yang penting IMAN. ingat, seorang ibu yang sehat (mentally) akan menpengaruhi pertumbuhan anak2 sis yang masih kecil.. cuba dapat kan pertolongan adik beradik, handai taulan dan tak perlu rasa malu!
Kak Nieta said…
Allahuakbar, never expect to got message like this. Terima kasih sis. InshaaAllah segalanya baik-baik saja.

Popular Posts