31 Oktober 2011

Labaikallah

Alhamdulillah... Rezeki mak kali nie menyahut seruan haji...



Yang benornyer dah 22 hari pun mak kat sana, lebih 3 minggu pun. Tapi, aku yang tak sempat nak story mori kat sini. Masing2 (anak-beranak... ) dah 2,3 kali call mak. Alhamdulillah, sihat seadanya, cuma batuk jek, maklum la cuaca kat sana kan panas.

Mak pegi 9/10 ari tue, pendaftaran jam 9.30 malam. Bertolak dari rumah lepas zohor, lebih kurang jam 3 coz 2 jam sebelum masanya dinasihatkan berada kat Kelana Jaya..... Kami adik beradik ngan abah sekali pegi la nganto ke Kelana Jaya. 2 biji MPV jek dari sini, coz taknak menyesakkan jalan + kalo sesat larat lagik siksa.

Sebelum bertolak, ader la kengkawan mak yang datang ziarah... Nyembang2, ucap selamat. Tepat jam 3 ptg kami gerak la.






Singgah solat asar kat Sg. Buloh. Pastu terus sambung perjalanan... Jam 6 lebih kurang kami sampai ke Kelana Jaya. 



Ingatkan kitaorang nie dah kira awal la, rupenyer dah penuh pun manusia2 yang sesama mengiringi jemaah haji. Kami port tempat paling ujung, walaupun jauh tapi sebenarnya lagi baik sebab dekat2 ngan pintu tue dah penuh sesak orang ramai. Kami memasing dah la beranak kecik.

Siap bawak bekal jugak. Yang penting untuk mak dan cucu2 yang kecik kot2 meragam lapar.

Ramai sedara mara yang datang mengiringi mak kat Kelana Jaya. Tq semua.




Sementara tunggu masa tue, ader benda lain kena daftar gak. Bilik kot, aku pun lupa coz bukan aku yg g, bukan mak jugak. Adik aku yang pegi buat semua. Amik sekali kelengkapan yang diberi Tabung Haji. Sekali adik aku belikan nombor phone sana tuk mak. Jadi kami dah siap2 amk nombor, senang nak call pasnie.

Tepat jam 9.30 malam, announcement suh masuk pun bergema la seantero Kelana Jaya. Maka bermula la episod air mata..... huhuhu. Aku nie memang la susah nak berenti kalo udah menangis, tapi kutabahkan hati. Esok2nyer, time memandu biler ingat kat mak, mengalir lagik airmata. Emosi terlampau kan.... huhuhu.

Aku anto sampai hilang kelibat mak dari pandangan mata aku....


Lambaian terakhir dari mak.... huhuhu.



Rasa nak nagis lak tulis entry nie... Adik2 aku yang membaca jangan nangis yek...;p...

Mak balik 24/11/11 nanti. InsyaAllah akan kami sambut mak kat KLIA. Maknanyer 46 hari mak kat sana. Doa aku kat sini, semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik dan mampu melaksanakan ibadah haji dengan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Semoga mak mendapat haji yang mabrur.

AMIN....





Tiada ulasan:

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

Menarik...!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin