31 Oktober 2011

Moh Bereksperimen - Pusat Sains Negara

Pas anto mak kat Kelana Jaya, kami tak terus balik. Tido semalam kat Shah Alam... Mula2 jenuh jugak nak decide balik terus ke @ tido jek kat Shah Alam. Tapi memandangkan beranak kecik memasing, jadi rehatkan diri membawa anak2 kecil...

Ari senin mula la merancang nak membawa anak2 berjalan2... Gugle sana, gugel sini akhirnya pemilihan sebulat suara adalah ke Pusat Sains Negara. Mula2 nak g Petrosains, ari senin tutup. Nak g Planetarium, pun tutup ari senin. Nak g Zoo Negara, cam malas la pulak. Letih bebudak nanti. Lain kali la... Akhirnya kami membuat pemilihan yang tepat... hehehe

Nie dier bakal2 agkasawan negara yang menyertai rombongan En. Mokhtar...



 Nie ketua rombongan kami, Dr. Mokhtar...:)


Memula masuk, nie la yang kami jumpa dulu..... Hidupan laut & air... Leh bagi tangan tuk ikan gigit kulit2 mati tue. Betul kot, ikam makan kulit mati coz kalo letak tangan bebudak nie, ikan tak heran pun. Kami letak tangan kami yang tua2 nie, laju jek ikan tue datang.


Akuarium terowong....(ke terowong akuarium...??)


Pastue banyak ler bahagian2 nyer.... Macam2 leh diteroka... Kami pegi pagi senin tue lepas sarapan. Sampai lebih kurang jam 12 (pagi...????).. Isi perut dulu, baru la berjalan2. Time kami pegi tue, orang tak ramai lagik, jadi kami senang hati boleh mencuba semua benda alah yang ada kat sini. Takyah berebut2 dengan orang lain.

Nie bahagian bunyi kot.... Aina masuk sini cam takde perasaan jek. Tercengang2 jek. Cam jakun pun ader. hhahaha...


Bahagian tenaga kot....


Eksperimen oleh bakal Dr. Aqilah..InsyaALLAH...


Professor Syahmi, camner ngan ujian nie, betul ke tak...?


Lawak lak tengok Aina....hehehe. Bapak nyer jelingan mata jek, anaknyer dengan kepala2 sekali pusing. Agaknyer ape la yang Professor Amin cuba nak buktikan tue....


Hahahaha... Aku pun dah lupa benda alah nie untuk aper sebenarnyer... Aku ingat pas kitaorg test pun, tak tau aper bezanyer.... Tapi dah macam orang bercinta jek kan...? Oh! cinta hati saya....;p


Kerjasama menyelesaikan puzzle.....


Cermin2 nie bahagian aper yek..? Imej kot. Ntah ler...


Bahagian nie paling syok. Bergelak sakan kami, berpuluh gambo amik. Tapi skit je la letak kat sini. Korang kalo nak tengok badan tue ader cutting ke tak, kurus ke gemuk ke, bunt** besar ke kecik ke, lebar ke leper ke.... Buat la benda alah nie. hahaahaha.

Nie Aina ngan abah kot... Yang sebelah tue shahir agaknyer.


Nie bebudak kecik tue, tak tau ler saper.




Ader gak bahagian dinasour.... Aqilah menjerit menangis-nangis sampai menggigil2 badan coz takut tengok binatang2 nie... Benda alah nie siap bunyi2 dan gerak jugak. Besar pulak tue maner la tak menggigil budak tue. Aina jugak yang steady...


Nie bahagian playground. Tuk budak2 melasak.


Diam tak diam, 3 jam kami kat dalam tue. Lamerrrr jugak. Perut memasing dah berkeroncong... Tapi semangat nak menghabiskan journey...

Kalo ikut jadual kat kaunter, kul 12 ader sains show, tapi kitaorang tak sempat pun nak catch up show tue. Next show kul 3 ptg, ingatkan tak sempat la nak menonton sains show, tapi meleset tekaan kitaorang. Pusing sana, pusing sini, akhirnya dah nak mula pula show petan tue. Terus la dok melepak, bawak bebudak tengok show....

Syahmi on the stage... Berani dier jadi volunteer... Good boy dear.



Nie pulak pak sedara syahmi. Juga menyahut cabaran... good uncle..hehehe. Tapi, muka family kitaorang jek yang naik. Gila kuasa kan. Orang lain pun ader gak.

Berani nak membakar tangan sendiri.????




Sian mamat nie... Aku tengok gambo dier semua sama jek pesen. Menangkap gambo sendiri. Sian, takde saper nak amikkan gambo ko kan....hehehe


Tengah menunggu show bermula.... Nie leh jadi bukti nie, saper yang bertanggungjawab membawa beg sandang kecik tue....


Kisahnyer, pas show tue, kami terus balik. Singgah kat RnR Sg. Buluh mengisi perut yang berkeroncong dan solat.... Time solat, terus mandikan anak kecik, maser tue baru la perasan beg hitam tue dah takde. Jenuh cari sana, carik sini, rasanyer tinggal la kot kat Pusat Sains Negara tue. Terus call, tak angkat la pulak. Dah kul  lebih maser tue. Pejabat tutup kul 5 petang. Dalam tue, barang si shahir dan yang penting kunci keta Ija pun dalam tue. Dier tak bawak keta, tinggal kat umah jek.

Jadi ndak tak ndak kena la jugak patah balik. 1 keta g Bukit Kiara, 1 keta balik Tapah. Tapi, alhamdulillah, beg tue dapat balik. depa tinggalkan kat kaunter depan. Fuhhhh....!!!

Walaupun letih tapi best... Tak rugi pun bayo 8 hinggit masuk sini.. Bebudak aku tak tau brape, sebab bebudak nie semua free jek. Kami yang tua2 je la yang kena bayo. Masuk situ bayo RM 3, yang lagik RM 5 tue tuk masuk bahagian dinasour. Agaknyer ler, aku pas duit kat adik aku jek. Lupa sudaaa.....

Pasnie kiter g tempat lain lak yer anak2.....

Panjang berjela entry nie, lamer dah tak bercerita panjang camnie.... nie tanda mood dah kembali.

Tiada ulasan:

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

Menarik...!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin