Jom Holiday - Sabah (Day 1)
Hari pertama bermula jam 8.30 pagi... Kul 6 pg kt sini dh terang benderang yek. Sila aware dgn waktu subuh korang coz kitaorg solat pun udah subuh gajah. Eh..! aku tak solat, laki aku la solat matahari dah tinggi. Bangun2 terkejut beruk tgk matahari dh naik.
Breakfast di hotel dan terus berangkat ke destinasi pertama dengan menaiki bas.
Lokasi pertama ialah Jesselton blablablabla... kihkihkih. Aku lupa namanyer. yg aku ingat tue jek. Tmt nie jeti jek, ader la kedai makan 2,3 biji. Sbb hari nie program kitaorg tuk ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi jd ke sini la kami tujui...
Berjalan ke jeti.....
Kat sini dier bagi life jacket dan alatan snorkeling. Ambik, tulis nama dan balik nanti pulangkan. Kalo hilang bayo la. Aku tak tau berapa hinggit, tapi udah ambik pepandai la jaga.
Yeeayy..!! Dah sampai kat Pulau Manukan. Gila laju bot tue, nama pun speed boat ye dok...
Adik sedap tido dalam pelukan masa dalam bot. Aina diam seribu bahasa, masih mamai lagi kot, selalu bangun kul 11 pg. Ari nie kena bangun kul 7 lebih. Mata kuyu. Tapi kejap jek, nampak laut terus berubah perwatakan. Tak sabar nak mandi...:)
Aktiviti kat sini mandi manda je la selain snorkeling. Ikan2 banyak jugak. Kalo ikutkan tak boleh bagi makan ikan kat sini sbb coral kat sini mati sbb byk bendasing yang ada. Tapi, mmg udah tak mandang pun coral nyer. Udah pupus. Kata deme, deme la kata, dulu2 byk la coral.
Ikan berebut makanan....
Aku tak jejak langsung kaki kat laut. Mak mithali biaser la, menjaga anak kecik. Lagipun, anak aku dua2 menyusu badan, kalo aku mandi baju basah lenjun, nak nyusu anak pun tak selesa. Baik dok diam kat pantai jek.
Sekejap jek kat Pulau Manukan. Kul 12 kitaorg pindah ke Pulau Sapi pulak. Sebab kat sana depa sediakan lunch. Makanya kul 12 terus challo sbb kalo lambat2 nanti berebut makanan....
Nak ke Pulau Sapi, naik bot jugak...
Kat Pulau Sapi, depa sediakan meja berpayung utk lunch. Anak2 terus landing atas meja berlapikkan kain batik yang aku bawak. Dedua tumbang. Lepas makan, sambung mandi balik.. mandi, mandi dan mandi lagi...
Sepatutnya kul 4.30 ptg baru bot ambik tuk balik ke seberang balik. Tapi, since udah penat, jemu mandi laut, maka kitaorg request nak balik awal. Seawal jam 2.30 ptg kitaorg dh siap2 nak balik bilik balik. Nasib baik buat keputusan cepat, sementara tunggu bot, hujan dah mula rintik2.
Sampai kat jeti jesselton tue, lepak dulu kat situ tunggu bas dan tunggu hujan reda sikit.
Aina dah jumpa 'teman tapi mesra' masa kat Pulau Manukan. Udah ler mamat kecik akil namanyer, asyik mengekor si Aina jek kejenyer. Dalam bas pun sikit2 datang nyengih2 panggey Aina... hahaha. Lawak la budak nie.,..
Balik bilik, berehat a.k.a TIDO....
Kul 6.30 ptg semua dh get ready nak pegi dinner. Dinner kitaorg di Restoran Kg. Nelayan. Tak tau kat maner... Tak jauh pun dr bandar KK tue. Dalam 20 minit.
Sambil makan, mata dan telinga turut dihidangkan dengan persembahan kebudayaan suku kaum Sabah. 5 jenis persembahan, persembahan penutup yg ada persembahan api tue. Dari suku kaum maner aku tak tau. lupa daaaa.
Aina kusyuk tgk persembahan. Adik meragam minta didukung....
Lepas makan semua, ader sesi bergambar. Ader gambo tp sebab aku dh susun baik2 entry nie, udah malas nak masuk gambo lg, nanti haru biru jadik nyer. Aku is sgt malasssss.
Selesai sesi photo memotho, ader sesi potong kek. Khas utk mereka2 yg sambut birhtday bulan April, termasuk la tuan tanah kedaung nie. Cam biaser, anak aku lbh excited. Kena la angkut dier sekali..
Selesai makan, takde singgah maner2 pun. Terus balik bilik. Dan zzzzzzzzz....
Penutup nyer gambar kitaorg maser kat Pulau Sapi, sedang menunggu bot. Dalam sejarah, g Sabah la paling banyak gambo family kitaorg. Sebelum2 nie gie memaner tak rajin nak amik gambo...
ok.
Sambung dilain episod. Harap2 mood baik utk selesaikan minggu nie jugak....
Comments