31 Julai 2011

Salam Ramadhan






Kelebihan Solat Terawih


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.



* Semua info dan gambar adalah hasil dari gugelan ku....






29 Julai 2011

Ajaibnya Tangan Ibu

AJAIBNYA TANGAN IBU...

Ketika kita lapar...
tangan ibu yang menyuap,

Ketika kita haus...
tangan ibu yang memberi minuman,

Ketika kita menangis...
tangan ibu yang mengesat air mata,

Ketika kita gembira...
tangan ibu yang menadah Syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia

Ketika kita mengantuk...
tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,

Ketika kita mandi...
tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kekotoran,

Ketika kita dilanda masalah...
tangan ibu yang membelai duka sambil berkata: Sabar nak, Sabar ye sayang.

Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar,
ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,

Ketika ibu sakit...
di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.

Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...

Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...


Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9





* Saya dapat dr email... sharing is caring.




TQ Mak untuk segalanya....

Jagalah auratmu ibu....

Meh bertazkirah sikit dari ustazah celup nie.....hihihi.

Cerita suatu petang di sebuah klinik....

Aku masuk klinik, terus terpandang seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya.... Ibu itu nampak seperti sebaya ngan aku (read : muda ;p), dan cantik orangnya... Tapi bukan itu yang menarik perhatian ku.

Apa yang membuatkan mata aku terbuntang bila melihat ibu itu ialah cara dia menyusukan anaknya. Dier membiarkan apa yg tak sepatutnya didedahkan, tapi dibiarkan terdedah. Keadaan dalam klinik sangat ramai, lelaki dan perempuan keluar masuk. Nak ditegur tak terbuka mulut aku nak mengeluarkan kata2....

Bukan tujuan aku nak mengaibkan ibu itu, tapi untuk peringatan semua terutama diri sendiri juga. Walaupun menyusukan anak dengan susu ibu adalah tuntutan dan harus hukumnya tp menutup aurat adalah perkara yang wajib.... Aku lak yang malu menengok ibu tue.

Jagalah air muka suami kiter dalam aurat sambil menyusukan anak. Skang nie banyak 'nursing cover' jual kat pasaran... Kalo tidak mampu, apa yang ada, yang melekat dibadan kita boleh dijadikan cover. Selalunya kalo dengan suami @ sesiapa pun, aku akan tanya ok ke tak cara penyusuan aku....

Penah satu ketika aku menyusukan aina di hospital, memang di hospital disediakan ruang untuk menyusukan anak. Jadi, dengan konpiden aku menyusukan anak seperti biasa, seperti dirumah yang keadaannya sunyi sepi. Sambil menyusukan anak, mata saya melilau memandang sekeliling. Sekali leh lak saya terbaca satu 'sign' yang tertulis "ANDA DIAWASI OLEH CCTV"...erk.... Terkejut beb.

Sib baik la, sambil menyusukan anak aku dah cover aper yang patut cumer dipermulaan penyusuan saja aku man selak jek... Tapi, ape ke hei nyer pulak, pi letak cctv kat situ. Ceh, baik takyah letak tirai penyusuan tue. Lagi aku aware.... hampeh tul.

Tapi, back to the point, walaupun menyusukan anak itu bukan alasan kiter peru dedahkan aper yg tidak patut. Semoga kiter semua diperingatkan mengenai benda begini dan apa yang kita lakukan diredhai NYA....


28 Julai 2011

Berdebar-debar teman.... GO TIGER..!



▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩ஜ۩ஜ۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

KAMI SOKONG HARIMAU MALAYA!!! KAMI AKAN JADIKAN STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL SEBAGAI NERAKA BUAT PASUKAN SINGAPORE! KHAMIS INI. COPY & PASTE STATUS INI DI WALL ANDA. SEBARKAN!!! - PEMAIN KE-12 MALAYSIA

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩ஜ۩ஜ۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Bukan aku yang berjuang malam nie..... Tapi aku yang lebih debar... Semangat sungguh.

Aku adalah penyokong setia HARIMAU MALAYA....... Penyokong tegar, penyokong kuat, penyokong paling bersemangat............ Semangat kooo...

Malam nie aku ngan aina kompom pakai baju rasmi nie... Anak beranak aku make sure berbaju biru, berselendang hitam kuning... hehehe....

Ya...! Saya memang bersemangat ari nie.... Terlebih bersemangat. Biler teringat pasal bola malam nie, naik bulu roma. Berderau darah.... Lain sungguh rasanya...

Go Harimau Malaya... Berjuang berhabis-habisan... Berjuang dengan penuh keberanian. Biar aper pun yang terjadi, biar ler semuanya terjadi dengan bermaruah... Kami akan sentiasa menyokong kome semua......













Drive-Thru...!

Pandangan dari jauh.......



Pandangan dari dekat.....




Hebat betul bot nie........ Takyah mati enjin nak beli KFC....hehehe.








27 Julai 2011

Rendang udang + kacang buncis

Gambar nie kelabu asap la... Tapi, bukan sebab blur tau, sebab kepanasan nie di luar jangkaan. Tengah panas2 tue, tengah berasap2 tue aku ambik gambo.. Baru feel masak sendiri... hehehe



Bunyiknyer menunyer cam, haishhh susahnyer nak masak.... Takk... Nie kira menu simple la nie. Masak main campak masuk blender, pastu campak masuk kuali... Kacau2 sikit, siap....

Buh kacang buncis coz malas nak masak sayur lain.. hehehe. Boleh...???






Johnny's oh Johnny's...!

Pas balik dari taklimat audit 2/7 ari tue... (ya, ini cerita hampir sebulan lalu....), terus ajak member mamam kat sini....



Kebetulan aku baru bali dari Sg. Petani dan badan adalah suam-suam kuku.... Tekak sakit, selsema, tulang temulang rasa sengal jek, jadi sup adalah pilihan terbaik untuk menjamu selera.

Bukan takde depa sediakan makan, tapi tekak mengada2 nak pi perabih duit kat tempat lain.... Maka ini la saje jawapanyer...

Layan steambot ngan sup biasa. Tomyam pun ader, tapi aku tak brape suka lak tomyam kat sni, prefer sup biasa.... Makan 2 orang jek.....


Order tambahan... Kalo g Johnny's, memang ini menu wajib order. terbaikk... Bagi aku la, orang lain ntah ler.


Selain tue kitaorg amik gak nasik, tapi amik sepinggan jek... Kongsi berdua. Tak lalu nak abihkan sengsorang... Tetiba terasa cam tengah berdiet lak, padahalnyer... nan ado pun.


Pas makan terus balik jek... Namanyer tak sihat kan + aku teringat anak kat umah..... Rindu sudah..huhuhu.







26 Julai 2011

Birthday 'party'....

'Party' la sangattttt.....

Aku tak ingat dah tarikh bebenonyer biler yek... 2,3 minggu sudah. Baru la nie ader mood nak meng'publish'... gambo dok dalam draft dah lamerrrrrr....

Persiapan... Semuanya secara gotong royong.....



Yang dirai ~ Atok, We, Safia, Shasha & Atila



The Food...
Menu utama ~ Mee Kari



Sampingan ~ agar2, nugget, hotdog, kacang, tembikai, keropok, jelly



Penghilang dahaga ~ soya & oren



Deretan kek.....


The Cake
Shasha - 9 tahun .....kot.



Safia ~ 3 tahun



Atok ~ 91 tahun



We ~ ????? & Athilah ~ ????? (Aku tak tau brape umo depa)



Cupcakes ~ suke2



Mulakan dengan bacaan doa.....



Pastu boleh la nyanyi2, tiup lilin & potong kek...



Asalnyer mak safia nak buat kecil-kecilan jek, tapi rupenyer ramai la pulak yang nak dirai secara kebetulan...... Benda yang jadi kecil-kecilan boleh jadi meriahhhh... i mean it, meriahhhhh.

Meja makanan pun penuh... Ingatkan cukup 1 meja, tapi tak cukup, kuar lagik meja lain.... Orang tue sedekah, orang nie tambah.... Macam2 ada...

Budak2 la paling seronok.....

Pas selesai makan2, kitaorang sambung sikit ngan sukaneka... Saja nak bagi makin meriah.... Bebudak lagik la seronok... Hadiah nyer idak ler beso @ mahal maner pun... Tapi puas hati...

Rebut kerusi.....



Rebut gula2 ~ bebudak bawah 7 tahun... Comei jek..


Rebut gula2 ~ bebudak atas 7 tahun..... Macam2 aksi.




Dapat la kumpul2 dan makan sebelum raya.... Alhamdulillah, moga ikatan ukhuwah ini berkekalan.









Membowling kiter...!


Lamer giler tak main boling... Beg boling dah naik bersawang, bola boling dah naik berkarat... hehehe. Biler jarang main nie, rasa nak jual jek bola boling tue, tapi.... sayang la pulak.

Last main masa 2,3 minggu sebelum aku tau aku pregnen... Dan maser main tue, sebeno2 nyer ada nyawa lain yg kubawa dalam perut ku. Alhamdulillah tak jadi aper2... Syukur.

Skill tue masih ader la skit2. Tapi main tak konsisten la. Tangan pun sakit lagik... Sib baik tak menjadi2 sakitnyer...

25 Julai 2011

Kudaku Cacat sudah...

Minggu lepas, tengah syok drive, tetiba... TUK!....

Retak cermin keta aku... huhuhu. Kena anto ke Doktor Cermin nie, Kalo tak esok tak sedo makin beso....

Cacat dah kudaku....















Jom Play ~ Aina & Playgym

Aku pusing2 dalam draft, rupenyer ader lagik 2,3 draft yang sebulan lepas tak di publish.... Meh la layan aper yg ader....
_________________________

Rezeki Aina, playgym nie dier dapat 2. 1 letak kat umah, 1 letak umah opah. Kalo dapat main benda alah nie, menjerit2. Laju jek kaki ngan tangan bergerak...

Meh layan foto Aina dan Playgym...

Memula posing dulu.......


Alah ibu nie, orang nak main asyik la panggil2... Kena la pandang...


Yeay... Dah sampai nak capai....



Letak kipas lak atas tue, lagik la mengelejat dier...




Playgym yang kat atas nie dok umah opah... Jarang sgt dier main. Kalo balik kampung baru main. Yang nie kurang bunyik2, warna jek terang2.

Playgym yang bawah nie ader kat umah... banyak bunyik, banyak gak beda2 yang leh bawak masuk mulut...huhuhu.

First step, kita ushar2 dulu... Jeling2 dulu... Pandang jek dulu....




Dah explore ngan mata, skang explore ngan kaki tangan lak.. tengok la laju jek kaki tangan tue mengelejat...... Main tolak ngan kaki jek....




Eh..! Ader buku la... Meh kita baca buku la pulak.....






Boring la buku nie ibu.... Masuk mulut je la...;p



Skang nie taknak main sambil baring, kalo leh nak main sambil duduk... Penyudahnyer dier angkat benda alah nie letak atas peha... Macam la pehanyer beso cam peha ibu...huhuhu.








22 Julai 2011

Hari Sangkut Sedunia...

Sehari sebelum BERSIH.....

Sangkut coz road block......



Sangkut coz cow block.....


Pastu aku sangkut lagi on the way g Ipoh, tue coz accident lak.... Habiskan masa atas jalan raya jek....












Ganasnya lori itu...!

Cerita lama... dah lepas 3 jumaat dah kot... hehehe. Lama sungguh gambo nie dok terperuk dalam draft....

Korang nampak tak lori nie...... ganas siot. Mentang2 la dier beso, sukati dier jek nak bawak camner..... Sungguh kurang sopan.


'Jodoh' aku ngan lori nie bermula kat Sungkai. Dier kuar 1 simpang... Ok la, memula behave jugak ler dier bawak. Aku kat depan, dan aku dah tinggalkan dier jauhhhh....

Ntah camner, biler sampai bidor, aku tgk lori nie 1 macam laju belakang aku. Jalan tak leh potong pun dier nak potong, nasib jalan nyer luas. Laju jek dier datang dari belakang, dan baikkkk punyer hon aku.

Sebab dier beso, kompom la aku beralah kan. Ke tepi la sikit. Bagi dier lalu..

Dah masuk pekan pun, aku tengok laju semacam, main hon jek. Maser dier motong aku tue, aku nampak cam ader benda terjuntai kat belakang lori tue. Aku ingatkan getah aper2 dier buat ikat kayu kat bawah tue. Aku buat bodoh je la. Maser nie aku biokan dier laju ke depan.

Sampai 1 tempat, aku dengo lak bunyi cam besi berlaga2... Keta aku ke yang bunyik..? Aku slow kan radio. Tetiba ntah camner, 1 benda panjang jatuh dari lori tue.... Dan benda yang jatuh tue adalah besi paip yang panjang jugak ler....

Ketung..! Ketung...! jatuh ke belakang. Terkejut beruk aku, sempat la aku ngelak coz besi tue jatuh ke tepi. Kalo jatuh straight ke belakang, ntah ler. kompom keta aku jd mangsa. Tue pasal la aku tak suker ikut lori dekat2... sib baik la.....


Alhamdulillah...























Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin