29 Julai 2011

Jagalah auratmu ibu....

Meh bertazkirah sikit dari ustazah celup nie.....hihihi.

Cerita suatu petang di sebuah klinik....

Aku masuk klinik, terus terpandang seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya.... Ibu itu nampak seperti sebaya ngan aku (read : muda ;p), dan cantik orangnya... Tapi bukan itu yang menarik perhatian ku.

Apa yang membuatkan mata aku terbuntang bila melihat ibu itu ialah cara dia menyusukan anaknya. Dier membiarkan apa yg tak sepatutnya didedahkan, tapi dibiarkan terdedah. Keadaan dalam klinik sangat ramai, lelaki dan perempuan keluar masuk. Nak ditegur tak terbuka mulut aku nak mengeluarkan kata2....

Bukan tujuan aku nak mengaibkan ibu itu, tapi untuk peringatan semua terutama diri sendiri juga. Walaupun menyusukan anak dengan susu ibu adalah tuntutan dan harus hukumnya tp menutup aurat adalah perkara yang wajib.... Aku lak yang malu menengok ibu tue.

Jagalah air muka suami kiter dalam aurat sambil menyusukan anak. Skang nie banyak 'nursing cover' jual kat pasaran... Kalo tidak mampu, apa yang ada, yang melekat dibadan kita boleh dijadikan cover. Selalunya kalo dengan suami @ sesiapa pun, aku akan tanya ok ke tak cara penyusuan aku....

Penah satu ketika aku menyusukan aina di hospital, memang di hospital disediakan ruang untuk menyusukan anak. Jadi, dengan konpiden aku menyusukan anak seperti biasa, seperti dirumah yang keadaannya sunyi sepi. Sambil menyusukan anak, mata saya melilau memandang sekeliling. Sekali leh lak saya terbaca satu 'sign' yang tertulis "ANDA DIAWASI OLEH CCTV"...erk.... Terkejut beb.

Sib baik la, sambil menyusukan anak aku dah cover aper yang patut cumer dipermulaan penyusuan saja aku man selak jek... Tapi, ape ke hei nyer pulak, pi letak cctv kat situ. Ceh, baik takyah letak tirai penyusuan tue. Lagi aku aware.... hampeh tul.

Tapi, back to the point, walaupun menyusukan anak itu bukan alasan kiter peru dedahkan aper yg tidak patut. Semoga kiter semua diperingatkan mengenai benda begini dan apa yang kita lakukan diredhai NYA....


Tiada ulasan:

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin