Random Raya


Selamat hari raya.... dh lebih tempoh ke? Belum kan, leh lg nak ucap raya kot...:)

Raya aku, jgn ditanyer, takde kemana. Dok umah jek. Lebih malang, kesihatan adalah tidak mengizinkan... huhuhu.

Malam raya balik umah in law... Kat umah, mak beraya sorang2. Adik2 semua ari jumaat baru balik. Ari Sabtu baru cukup lengkap 1 family coz korban kat taman tue buat ari sabtu. Tue yg semua balik umah mertua dulu.

Aku kt kampung, mentidokan diri coz sakit kepala. Mr. K sibuk berkorban kat surau. Mak syok jek bergolek2 atas katil. Malam tue kami makan kt resthouse, dah malas nak masak. Dan disitu la bermula nya kesihatan aku yg makin tidak membantu. Redha...

Malam tue aku tak leh tido, jadi layan game sampai kul1 pg. Pastu cuba nak rehatkan diri coz sgt tidak selesa. Tapi, mata tak mahu lelap langsung. Perut udah rasa tak selesa. Aina dok nak nenen jek, tp aku layan jek, malas nak bagi dier nangis.

Ntah camner kul 3 lebih aku muntah.. Kosong perut terus... Pas tu siap la memulas2 ngan berdesup2 sendawa keluar angin.. Tp lepas tue leh la lena sekejap. Dekat2 kul 5 pg, terjaga balik coz udah ceri beri pulak.... huhuhu..3,4 kali kuar masuk toilet.

Lebih malang, Aina turut termuntah atas katil... Dan pagi tue dier cirit jugak. tp sekali jek. Terkena badi ibu dier la tue..... Sian anak ibu, tp dier maintain happy + lasak.

Pagi tue baru aku balik umah, tue pun lepas Mr. K selesai bawak maknyer ke hospital sebab sesak napas pagi tue... Pagi yang dh nak masuk tengahari.... Tapi, balik umah aku flat. Tido jek. Deme g surau pun aku tak pegi, suh bawak Aina sekali. Aku tertido lepas minum air garam....

Dah malam baru ok sikit....

Ari Ahad lak, kengkonon merancang nak g Cameron ngan family, tp biler Mr. K kata jalan adalah sesak. Cancel... Dok umah layan Hantu Kapcai. Jangan tanyer syok ke tidak, tak dpt nak kosentret... hehehe

Petang biler semua dah balik, ajak Mr. K g Tesco Kampar. Mencari aper yg patut..

Nauzubillah, jalan jem bagai nak mampusssss..... Tak penah keta berderet depan umah aku menyampaikan ke Batu 3. Tapi ari te mmg traffic sgt teruk, sian depa yg nak balik jauh2. Kitaorg nasib baik la bertentangan arus, kalo tak kompom patah balik...

Kisah di Tesco.....




Terkedu aku.... Cepat betul kamu belajar nak... :)

Balik tue, nak taknak kami kena gak hadap jalan2 yg jem td.. Tapi, Mr. K memang kaki cilok jalan pintas... ader jek jalan pintas kami. Jadi selamat sampai Tapah dengan lancar, tapi jauh sikit la. Ingat nak carik makan kat kedai jek, udah malas nak masak. Sekali semua kedai penuh dan dah habis makanan. huhuhu.

2,3 kedai gak pusing, penyudahnyer aku balik umah, buat nasi goreng jek... Makann. Jangan banyak bunyik... hehehe.

Begitu ler raya kami yg tak seberapa.




Comments

Popular Posts