Tidurkan Anak


Benda yang paling susah buat masa nie dalam membesarkan Aina adalah NAK TIDURKAN DIER....

MasyaALLAH, boleh hilang sabar dibuatnyer. Bertambah2 time skang nie. Ngan perut yg dah memboyot, badan yg dah letih... Belum kira dier bergayut menyusu lagi.... Kalo dtg time gian nyer, memang kejap2 terjaga nak n*n*n....

Ini bukan rungutan. Ini adalah luahan perasaan dr seorang ibu. Walau penat camner pun, letih camner pun, tetap la jugak melayan anak nak tido. Cuma kekadang tue, kesabaran diluar kawalan.... Tapi, Aina kena marah pun buat tak reti jek... hahaaha.

Sori ye sayang, bukan niat ibu nak marah kamu.... Ibu letih + stress... hehehe. Tapi, ibu tetap sayang Aina tau. Ibu redha jek ngan jadual tido Aina tue...

Kalau Aina tertido jam 11 malam tue, satu keajaiban la tue. Maybe tue dh terlampau letih la tue. Jadual tido dier selalunyer lepas kul 11.30 mlm membawa ke pukul 2 pg.... Kekadang dh lewat sgt, ibu & abah biarkan jek dier buat hal sendiri. Kami tido jek.

Dalam keadaan gelap, memang dier takkan bangun berjalan coz dier tue penakut. Tapi, mulutnya tak renti la membebel. Kejap2 kang menjerit. Kejap2 kang kejutkan ibu dan abah suh layan dier. Asalkan dier tak menangis, kami biarkan sampai dier tertido.

Jangan la dier tertido sebelum kul 11 malam... Memang dier akan terjaga balik 1 jam lepas tue, dan mula la susah nak tido.

Nie tadi, dier tertido kul 10 mlm... Baik punyer ibu setting... Tutup lampu, kasi gelap, tv kasi slow, tmt tido kasi selesa, punyer la taknak Aina terjaga balik. Tapi, belum kul 11 mlm dier dh terjaga. Masak la ibu nak melayan....

La nie, baru dapat tidokan dier selepas 1 jam berjuang... hehehe. Sampai biler la waktu tido kamu gini nak. Esok ibu dalam pantang, leh la kamu tlg jaga adik yek kalo adik jaga malam2... hahaha.




Comments

Popular Posts