Jalan Hujung Minggu

Cerita hampir basi. Gambo dok dalam draft sejak minggu sudah. Tak sempat nak merepek. Mari kiter merepek hari nie....:)

Sabtu minggu lepas, ambik peluang ke Ipoh. Tujuan utama untuk bawa adik nani check up kat Pusat Rawatan Ar Ridzuan. Check up masuk bulan ketiga. Tapi, masa 2 bulan ari tue, aku skip bawak nani g check up dan cucuk due to keadaan nani yang agak merunsingkan. Takde ler runsing maner, ader la sikit gangguan kiri kanan. Nanti kang meragam jek, payah nak handle. Jadi kiter selesaikan satu2 masalah dulu.


So, untuk bulan ketiga nie, amik dulu dos cucuk untuk bulan kedua punya. Doc cuma ganjakkan jek bulan tue, idak ler pulak dier bagi sekali dua2 cucuk tue. Sebabnyer cucuk 2,3 dan 4 bulan adalah cucuk yang sama. Jadi nanti bulan ke-6 doc akan buat 2 cucuk sekali, kiri dan kanan. Cucuk 4 bln dan 6 bulan.

Selesai misi utama ke ipoh, kita teruskan misi seterusnya. SHOPPING....! Malangnya misi nie hanya valid tuk Mr. K sbb dier kan baru masuk kerajaan. Jadi baju, kasut, seluar memang kena beli la, keje yg lama dier pakai uniform, la nie kena la beli sendiri. Untuk pakai sendiri. Ari ahad pulak dier kena pegi induksi utk 7 hari, maka mmg kena siapkan keperluan seminggu.

Aku kengkonon nyer nak la jgk nyelit barang seplastik 2, malangnya tak berkesempatan... Aku kena tgk kan anak yg bijak sorang tue. kehulu ke hilir dier menerjah. Adik tentu la dalam dukungan aku, Aina dalam stroller, tp sbb stuck kat 1 tempat jek lama, maka mula la tak senang duduk. asyik nak kuar. Tak sempat la ibu nak jeling2. Tue pun nasib baik awal2 lagi sempat rembat utk anak2. Kalo tak x dpt aper.

Mentara abah sibuk shopping, ibu bawak anak lepak kat luar. Adik tido masuk stroller, kakak ngan aktiviti kanak2 nyer.....




Selesai shopping round 1, perut dah berkeroncong. Makan dulu. Pizza hut je la. Senang dan mudah....


Habis makan, sambung lak shopping round 2...

Pusing sana sini. Aina pun dapat habuan nyer coz nak ngelakkan dier ngaco abahnya nak carik brg, ibu bawak dier g tmt mainan. Adik tido dlm stroller ngan abah. Akhirnya jam 5 baru la bertolak balik Tapah...

Kerugian yang berlaku...??? Usah la dikira2, anggap jek investment tuk masa depan. In shaa Allah.

On the way balik, anak2 semua tumbang. 10kg + 5kg atas ribaan ibu. Nasib baik stok peha besar, muat la nak tampung dua2 sekali... muahahaha. Dua2 nak nyusu serentak. Maka layankan la kiri dan kanan. Tak sampai 10 minit, terlentok dua2...








Comments

Popular Posts