11 April 2013

Roti Bai Slim River


Kat Slim River nie ader satu kilang roti yang agak well known kat seantero daerah....;-p.

Aku pun baru tau lepas aku dah pindah ke mari. Tapi orang2 lain yang bukan bermastautin di sini ramai yang dah tahu siap tanya aku lagi pasal roti nie. Tercangak2 la aku menjawabnyer. Tapi itu dulu. Skang aku dah tau dah, takde tercangak-cangak lagi dah nak menjawab.

Nie kilang nyer..... Kilang Roti Mokhtar. Tauke nyer memang nama Mokhtar.



Nampak cam buruk jek kan. Cam rumah lama. Memang dah lamer giler kilang nie. Kayu2 yang bersepah kat luar tue untuk buat bakar roti. Dier masih gunakan dapur kayu untuk membakar roti.

Seingat aku, udah banyak kali aku pegi takde nampak pekerja2 lain. Dier sorang jek yang buat roti. Pepagi dier buat. Tengahari dah siap dan orang dah mula dtg kat sini tuk beli roti. Petang pulak, pakcik Mokhtar akan round kampung2 naik motor jual roti.. Retro sangat kannn....

Nie roti2 yang tunggu untuk di pek. Tengah tunggu sejuk sikit. Macam2 jenis roti ader.



Roti Bai nie takde bahan pengawet yek. Jadi roti nie beli dan terus la makan dalam tempoh sehari 2 jek. 2 hari dier masih lembut lagi. Masuk hari ketiga pepaham je la yek, sbb takde bahan pengawet kan. Roti dier lembut dan liat2 sikit.

Nie roti yang aku rembat ari tue.... Roti krim dan roti kaya. Nak amik roti bijan, tp udah habis pulak.


Kalo teringin leh la korang datang ke Slim River nie. Tanyer la orang2 Slim. Kilang dier belakang pasar Slim River.












Tiada ulasan:

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

Menarik...!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin