06 Januari 2009

Bergaduh Dengan Orang Gila

Apa dah jadi...???

Semalam hubby gaduh ngan sorang lelaki yang suker merayau-rayau kat pekan. Pada pandangan mata kasar dier tue giler ler.

Alkisahnya.....

Semalam aku kuar dari 1 kedai nak menuju ke kereta. Hubby dok tunggu dalam kereta. Maser nak lalu tue tetiba lak orang giler nie muncul dari belakang kereta. Biler nampak dier aku terus larik la sebab takut. Sebelum nie aku memang ader sejarah ngan dier.

Sejarahnyer, tengah aku dok makan kat kedai tetiba dier datang cuit belakang aku, aku menjerit sekuat hati. Lepas tue sekali lagi dier cuit belakang aku, aku dah pegang cawan air nak simbah muka dier, tapi terfikir lak kang dier mengamuk lagi teruk, susah gak aku. Jadi aku pegang jek gelas tue, kalo dier 'over the limit' baru aku bertindak. Tapi lepas tue dier belah dari situ. Alhamdulillah....Selamat aku. Yang menggerunkan aku, sebelum nie ramai orang dah nampak dier memeluk orang lain especially perempuan kat tengah pekan. Tue yang aku menjerit tue. Biler dier blah jek, baru perasaan semua mata memandang kat aku.

Semalam tue lepas nampak dier aku terus larik ke kereta dan hempeh (hempas) pintu. Aku rasa dier terkejut kot sebab aku hempeh pintu depan dier, terus dier tumbuk cermin keta aku. Hubby yang dok belah pemandu terkejut la, aper lagi dier terus kuar keta tolak lelaki giler nie. Dier tolak 2,3 kali gak, tapi dier tak melawan. Tapi dengan selamba dier leh kata "kalo mau pukul, pukul la...". Elok pulak dier. >:-.

Hubby aku masih waras lg, dier x ler pukul orang giler tue, tp bagi warning jek. Tak tau ler orang giler nie paham ke tak...:-). Kang biler dier pukul kang dh tentu2nyer orang giler tu x sabit salah walaupun dier yang mulakan. End up, kami jugak yang kena. Haru betul la.....



Sembang2 : Lupa lak nak snap gambo orang giler tue.... Letak kat sini, bio semua orang berjaga-jaga....

Tiada ulasan:

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

Menarik...!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin