Lepas & Bebas...!

Lamer dah tak ngedet kat sini. Aku nak crite pasal lepas & bebas nie.

Skang aku dah lepas & bebas dari 'di blacklistkan' oleh bank sebab kereta lamaku yang aku jual tapi tak tuko namer. Bukan aku taknak tuko namer, tapi dealer bodoh & putar belit tempat aku tolak kereta tue yang telah menyusahkan aku. Dan akhirnya aku ambik balik keta aku tue dan aku jual sendiri tanpa mendapat untung aper2 pun. Bertambah lagi duit yang aku keluarkan untuk repair keta tue ader ler.

Kronologi

Ogos 2006
  • Aku dan suami berhasrat nak jual keta tue dan ambik keta lain. Aku namekan keta tue sebagai WHJ , dan keta baru yang aku ambik, aku namekan AED... (siap ader karektor gitu...;-)). Jadi urusniaga tue berlaku dengan lancar sekali. Dalam proses urusniaga nie ader ler aku dengo cerita2 orang yang dealer nie, Abg Lan, cakap dier tak boleh pakai gak. Ader yang gelar dier 'Lan Buaya', tapi sepanjang aku berurusniaga dengan dier aku takde masalah sangat. Jadi aku assume, itu cuma cakap2 orang jek.

September 2006 - Mei 207
  • Keta aku tue dah diserah kuasa pada Abg Lan dan sepanjang 4 bulan nie dier cuba jual keta tue tapi belum berhasil. Aku tak tahu aper masalah dier. Ader buyer baru tapi semuanyer xleh buat loan. Ader yang boleh wat loan, tapi last minit kensel lak. So kereta tue atas tanggungjawab Abg Lan membayarnyer.

Jun 2007
  • WHJ kena tarik ngan bank, sebab orang yang pakai WHJ maser tue tak bayo duit keta sampai 3 bulan. Bank dah muler kaco aku sebab keta tak bayo. Aku dah cerita masalah aku pada bank tapi depa tak leh nak buat aper sebab keta masih namer aku. Gerammmm......... Aku terpaksa menyelesaikan utk keluarkan kereta dari simpanan bank. Tapi bukan duit aku yang 'menyetelkan', duit Abg Lan, aku cumer kena g bank dan ambik keta tue sebab yang kena ambik adalah tuan punyer sendiri. Menyusahkan betul la. Keadaan kereta agak uzur.

Julai 2007 - Jun 2008
  • WHJ bawah tanggungjawab Abg Lan. Dier repair keta tue dan cat sikit2. Aku dah naik runsing sebab Abg Lan tak bayo keta tue ikut schedule, dan bank masih kaco aku biler depa tak dapat call Abg Lan. Aku dah mula angin ngan Abg Lan, dan dah banyak kali gak aku mula tinggi suara ngan dier. Aku tension tul maser nie. Telepon makin susah nak angkat, tapi aku tak kisah sangat sebab aku kenal family2 dier jadi memang aku tuju umah dier jek. Lepas aku marah2 tue, Abg Lan bayo gak ler duit keta, tapi kalo sangkut 4 bulan bayo 2 bulan. Bulan depan sangkut balik. Bulan Mei dier kata keta dah jual pada orang Grik, tapi orang tue pun takleh buat loan sebab keje sendiri2. Aku sound kat Abg Lan, taknak benda yang samer berulang lagi. Dier jamin ngan aku tak jadi lagi.

Julai 2008 - November 2008
  • Aku dah mula angin, sepanjang buyer baru tue pakai WHJ, sekali jek dier bayo. Cilakak tul la mamat tue. Akibatnyer tunggakan WHJ dah masuk 6 bulan. Dan bank tetap cari aku. Nama aku dah blacklist. Aku lepas tetapi aku tak bebas nak buat aper2. Aku ada cadangan nak ambik keta baru tapi kompom tak lepas sebab aku dah blacklist. Hwaaa...Hwa.....
  • Aku dah mula berkasar balik ngan Abg Lan. Kalo aku yang call, Abg Lan memang susah nak angkat call. Tapi biler hubby aku yang call ok jek, sebab hubby aku tak suker2 nak bising2, cakap baik2 jek ngan Abg Lan tue. Tapi lepas bank call, 6 bulan tunggakan, Hubby aku mula berubah watak. Dier pun dah mula angin. Mula la nak gaduh. Cari Abg Lan kt umah memanjang takde, bininyer ader ler.

Disember 2008
  • Aku memang dah angin giler. Aku ugut Abg Lan nak report polis kata keta hilang. Aku takut keta disalah gunakan pd perkara2 yang tak elok. Jenuh aku nak menjawabnyer sok. Sebenornyer dah banyak kali aku ugut camtu, dier tahan aku. Tak bagi aku report polis. Tapi maser tue, lepas aku bising2 nak report polis, dier bayo duit keta. Skang dier memang dah tak leh pusing duit dier tuk tolong bayo WHJ tue. Bank pulak suh aku guna duit aku tuk bayo tunggakan keta tue. Aku tak setuju, sebab biler aku bayo, kompom2 ler keta tue nanti aku susah nak ambik balik.
  • Aku bagi cadangan kat bank tuk tarik keta tue. Tapi nak mencari keta tue 1 masalah pada bank. Sebab depa dok kat hulu grik saner. Bank suggest kat aku suh cari keta tue sendiri, pastu tarik sendiri. Kalo depa yang buat boleh gak, tapi semua kos nanti jatuh atas aku, nak kuarkan keta dari simpanan bank sok pun kena duit. Sib baik la bank tue masih boleh slow talk ngan aku. Dan akhirnyer, aku, hubby ngan Abg Lan g ambik keta tue kat Grik. Aku & hubby tak jumpa pun mamat yang ambik keta tue Abg Lan jek yang g, dier takut aku bising2 sampai gaduh kot ngan mamat bodoh tue. Lantak ler janji keta tue aku dapat balik.
  • Tapi keadaan keta sangat ler mendukacitakan aku. Tayar botak terus sampai nampak benang. Sport rim keta dah pecah sebijik, akibatner mamat bengong tue pakai sport rim 16' tuk tayar belakang & pakai standard rim 15' tuk tayar depan. Aku ngan hubby ingat nak tuko ler sebijik tayar yang dh kuar benang tue ngan tayar spare. Sekali tengok tayar spare lagi teruk dari tayar yang ader tue. Haru tul. Cari kedai tayar takde. Ari ahad kat Grik kedai semua tutup. Nak tanak kami kena gak bawak keta dengan keadaan tayar camtu. Perjalanan dari Grik ke Tapah bukan dekat tau. Makan 3 jam pejalanan. Dalam perjalanan kami singgah kat Kuala Kangsar tuk tuko gak tayar tue sebab dah teruk sangat. Hari lak hujan. Kami taknak tanggung risiko. Kena ketuk ngan cina kedai tayar tue, sebab kedai dier tutup tapi kebetulan pintu kedai tue terbukak sikit jadi kami mintak gak tuko tayar tue. Masalah tayar settle di Kuala Kangsar.
  • Stering lak jgn tanyer. Sikitnyer susah nak kontrol, alignment & balancing tayar dah lari habis, stering keras nak mampus, ntah aper masalah tak tau ler. Tapi jalan gak slow2. Roadtax dah mampus bulan 11 ari tue. Camner ler depa pakai keta tue. Hubby aku cakap yang pakai tue sakai. Temprature keta naik tinggi. Biler tengok sius auto kipas dah rosak. Sib baik ler dalam perjalanan tue ari ujan, jadi sedikit membantu ler perjalanan kami, cumer xleh berenti lamer2, kompom naik balik tempratue tue. Air cond xde lak. Berkuap la kami dalam keta sebab ari ujan. Biler cek aircond, belt aircond pun xde. Ntah maner depa campakkan. Memang sakai tul la.
Januari 2009
  • Keta aku dah selamat dijual. Tapi aku tak ambik untung atas keta tue. Aku cuma nak namer aku bersih jek. Takde blacklist. Geran pun dah siap tuko namer. Semuanyer aku uruskan sendiri. Abg Lan...? Lepas ambik keta terus ontok2 (bahasa rawa : diam, tak peduli) jek dier. Tak tanyer langsung. Nak tolong hulur2 sikit tuk repair keta pun tidak. Tunggakan semua kami yang settle sendiri. Hampeh tul la. Lantak ler dier. La nie aku dah lepas dan bebas...Ahaksss..................
Panjang berjela aku cerita. Tapi aku puas hati WHJ dah slamat dijual. Kos aku repair keta tue mencecah RM1300. Memang tak berbaloi degan nilai aku jual. Tapi yang beli tue pun tak banyak songeh dan senang nak bawak berbincang jadi kami tolong samer tolong. Lamer gak aku menanggung masalah ngan keta tue, dekat 2 tahun. Tapi ini ler pengalaman orang kata.

Comments

Popular Posts