23 Januari 2009

Cuti-cuti Malaysia 1/2009 - siri 18/1/2009

Sesi 1 cuti-cuti Malaysia 2009 telah bermula baru-baru nie. Patutnyer n3 nie dah dipost 2 hari lepas, tp coz busy langsung tak dan nak ngedet. Dah nak basi pun. Tapi kalo tak post ari nie gak, kena tunggu minggu depan memandangkn cuti panjang yg bakal menjelma. Dan kalo tunggu gak minggu depan kompom2 ler basi dah....;-).

Lepas mesy yang panjg ngan ahli rombongan, kami decide nak g ke PD jek. Sebabnyer 1 jek, hotel lain kat Malaysia yang under HGVC dah fully book. Terpaksa la gak dok ngadap kat situ. Percutian kami disertai semua ahli keluarga belah aku - 9 org dewasa & 4 org kanak2. Bermula 18 sampai 20 Januari 2009. Lengkap gitu...ahakksss.....

18 Januari 2009
Dari umah bertolak kul 11 pagi. Rombongan dari Tapah 2 bj keta. Adik aku yang sorang lagi a.k.a Iwan ader hal pagi nie, so lewat sikit tolak dari Ipoh. Takpe la since kami nak menyibukkan diri kat Shah Alam jap, jd nanti leh janji kat maner2.

Lom jauh perjalanan tetiba teringat lak benda yang plg penting lupa nk bwk. Confirmation letter tak bawak, nak taknak kena patah balik. Adik aku no. 2 a.k.a ija, meneruskan perjalanan & aku patah balik jap. Sebenornyer 'tulah' tue, sebelum tu maser kat area umah lagi mak aku bgtau kopok yg dier beli nak wat makan2 tertinggal, tp sebab maleh nak patah balik dan leceh nak bukak dan kunci pintu balik jadi aku kata xpela lain kali makan. Dah 10 minit jalan, mak tanyer surat de bawak ke? Maser tue baru ler teringat dan kena patah balik. Lain kali kalo mak ckp tue dengo, kan dah 'dibayo' awal2 lagi maser tue gak sebab melawan cakap mak. Sorry yek mom......;-).

Singgah Shah Alam, ambik adik kecik (dah beso ler, tapi yg bongsu) aku a.k.a Fadhil kat sek 7. Dan kami meneruskan perjalanan. Janji ngan Iwan jumpa kat R&R Dengkil untuk sesi memenuhkan perut. Kami der bwk bekal. Mmg suker bwk bekal kalo jln cuti2 Malaysia nie. Lauknyer sempoi jek sampai tumis ikan bilis petai, ayam msk kicap, telur dadar dan ulam timun jek. Nasi siap bwk ngan dapurnyer sekali since kami dok kat apartment jd leh ler masak2 nanti. Siap makan lebih kurang kul 3 ptg kami meneruskan perjalanan kami. Tak banyak masalah dlm perjalanan kami coz cuaca pun sgt cantik dan anak2 buahku behave dengan baik sekali.

Sampai kat PD singgah kat kedai2 kat Teluk Kemang mencari baju mandi tuk budak2 & makbudak..;-). Tapi kami tak bercadang nak mandi laut pun sebab pantai kat aparment kami tue tak menghairahkan lgsung tuk mandi kat situ. Kami cuma nak memenuhkan swimming pool kat situ jek. Pas shopping, basahkan tekak sikit dan mengisi perut ngan santapan2 yang ringan. Pastu terus shut ke apartment, Corus Paradise Island.

Settle mengangkut barang semua, melepaskan lelah jap. Solat dan depa semua terus g swimming pool. Mak, Abah, Hubby, Aku & Aqilla (baru 6 bulan daa.....) dok melepak kat bilik jek. Maleh nak g. Malam xde per xtvt pun. Dok kat bilik rehat2. Dinner kami, lauk lebih bekal (mmg sengaja msk byk....) tengahari td. Pas makan aku kuar g carik brg2 tuk breakfast. Balik apartment lepak sambil layan AJL. Pastu terus zzzzz.........

Itu ler percutian kami hari pertama......

Nota sakit kaki : Takde saper nak snap gambo. Semuanyer mmg nak berehat je, maleh nak pikir benda lain.

Tiada ulasan:

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

Menarik...!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin