Langkah Pertama......

Salam....

"Selamat datang ke dunia blog" - ucapan untuk diri sendiri..;)

Kata orang (orang la kata, aku tak tahu lagi camner), buat blog untuk meluahkan rasa hati. Leh gak jadi diari sebagai kenangan untuk kita. Juga sebagai 'extra memory device' untuk menyimpan segala mak nenek kenangan+gambar yang kita ader. Pendek kata semua ler yang ingin kita simpan...

Betul ke..??
Buat maser nie, aku xde jawapan untuk persoalan nie. Tapi aku akan cuba merungkaikannya 1 persatu..ahakksss.

Sebenarnyer niat di hati nie memang ler dah lamer nak ber'blog', tapi aku takut...Takut aper...?
Aku nie kekadang nak buat sesuatu semangat giler teringain nak buat, tp sampai 1 tahap biler aku dah boring mula ler jadi malas, akibatnyer mungkin blog aku nanti akan dok dalam stor. nanti apa yang aku mulakan jadi sesia pulak. Tapi takpe la, aku nak tengok camner akunyer progress (cam tak percaya ngan diri sendiri jek ;)). Aku bagi peluang kat diri aku untuk mencuba, nanti takde la orang kata aku nie ketinggalan zaman...kuikuikui....

Sebagai langkah pertama, cukup ler setakat nie. kang banyak sangat langkah kang, takut jatuh terduduk lak.....>:)

p/s : lepas nie kena mula bertatih dengan semangat juang yang tinggi....

Comments

Popular Posts