Family Day - Part 2

Malam pulak dimulakan dengan solat maghrib berjemaah. Pastu buat tahlil tuk ahli2 keluarga yang dah kembali ke rahmatullah. Solat isyak pastu makan. Makan kami sepanjang program kecuali tengahari siang tadi, semua order katering jek. Mula2 ingatkan nak masak sendiri, sep bajet sikit. Tapi memandang nie kali pertama buat, jadi kami AJK decide order jek. Kami nak program nie sesi suai kenal dan bergembira ngan ahli keluarga yang jarang jumpa. Lauk malam tue, Daging masak lemak, Ayam masak merah + kacang panjang tumis. Alhamdulillah, konyangg...







Lepas makan dan gosip2, ada sesi mesyuarat agung lak. Tujuannyer, kalo bole kami nak declare terus buat pertubuhan dan daftar ngan ssm. Jadi tentu2nyer perlu persetujuan semua ahli keluarga. Nak buat kutipan yuran bulanan lagik. Jadi dengan adanyer mesyuarat nie senang nak buat keputusan. Lantikan AJK baru gak dibuat maser tue, keputusannyer AJK Penaja tuk program tue jek deme lantik terus jd AJK Pertubuhan. Den sememangyer antara orang yang protes abih, tp orang lain dah sebulek suaro la pulak...(den s/u merangkap tukang taip2....;-( ).




Sesi mesyuarat agung..serius deme nie. Ngan bebudak yang ramai...



Pas settle jek mesyuarat. Terus wat pertandingan karaoke. Family belah Mr. K nie memang berbakat habis + depa nie sporting la sangat. Jadi xde masalah nak carik orang suh nyanyi. Semua volunteer. Penutup sesi karaoke, adalah nyanyian oleh mak2 & pak2 sedara deme nie. Depa nyanyi lagu Kenanganku, siap repeat 2,3 kali gitu. Yang muda mudi nie penuh ngan joget lambak. Aku idak ler join, kami2 yang bukan keturunan asal dok jek nengok dari jauh. Aku takberapa la nak minat joget2 nie, nengok jek boleh la. Tambah lagi aku memang xde bakat langsung pun, suh nari kang maunyer seantero hutan kat situ gelakkan aku...hehehehe.








Sesi joget lambak abih lbh kurang kul 2 pagi kot. Aku dh ingat2 lupa. Bagi AJK, kami sambung sikit persediaan tuk esok. Yang lain lak masing2 ader yang masuk bilik tido. Tapi ader gak yang kedaung bebeno, tengah malam rembang cam tue terjun sungai. Sejukkkkk...... Aku idak ler mampu nak menahan lesejukan itu. Tapi ramai tue yang terjun sungai, leh deme kata air tak berapa nak sejuk. Aku jejak kaki pun dah rase ke tulang temulang. Giler tul deme nie....(termasuk ler Mr. K aku tue.....hehehe)





Comments

Yours truly said…
bestttnya buat family day..semua sporting itu yg syok.

Popular Posts