15 April 2009

Hatiku Dipagut Sayu....:-(

Mood aku petang nie totally very different dari pagi tadi. Puncanyer, td aku g ziarah Kak kam. Umahnyerkan banjir, jadi sebagai kawan yang baik (harus ke memuji diri sendiri.....;-)) aku ngan beberapa opismate yang lain g ler ziarah dier. Nie ler beberapa keping gambo yang aku snap guna hp aku jek. Camera tak bawak pulak. Air dah mula surut sikit2 jam 9.30 pg, tp lumpur aku tengok berinci2 tebalnyer.
.

Masa aku sampai, bomba ader lagi kat SK Kerling ngan bot. Tapi, biler aku bagitau Kak Kam katanyer maser nie wat per dah datang. Maser tengah banjir tue tak nampak pun bombanyer. Akak dah menelefon bomba pagi2 lagi mintak datang ngan bot. Tolong selamatkan orang2 tua & budak2 kat sini, tapi tak nampak batang idung kata Kak Kam. Terpaksa ler memasing pepandai cari tempat berteduh. Mak Kak Kam yang dok kat umah sebelah dah meraung tengok keadaan umah yang cam gini. Tapi aper nak buat, berserah je la.

.

.

Padang yang bergenang ngan air. Airnyer bercampur lumpur yang teruk. Dan maser banjir tue memang airnyer sangat deras. Kata Kak Kam air setinggi dada. Barang memang tak dapat selamat. Yang dapat akak alihkan cumer keta dier jek & laptop hak milik opis yang akak pegang. Maser alihkan tue air baru bawah lutut. Parking kat tmt tinggi sikit pastu balik umah balik, air dah sampai pinggang.

.


.
Barang2 tuk renovate umah bersepah kat depan tue. Aku tengok kampit simen ader dalam 10 kot, tue pun x dapat diselamatkan. Dah takleh pakai, dah keras, simen mahei dah wehhh. Air yang deras gak telah menghanyutkan beberapa biji lemari depa. Anak beranak deme tengah membersihkan umah. Anak lelakinyer yang study kat Banting ader balik ngan 4,5 orang kengkawan dier. Nak tolong bersihkan umah. Elok la tue, ader budak2 muda yang boleh tolong2 kemaih.

Barang2 persediaan untuk kenduri kebanyakannyer x dapat nak diselamatkan. Souvenir untuk tetamu yang dah dibungkus, bunga2 telur pun tak dpt diselamatkan. Bangsal dari buluh yang depa dah buat tuk kenduri tue dah selamat roboh dihanyut air. Barang2 elektrik tak dpt diselamatkan. Aku tak sanggup nak tengok semua tue. Hati ku menangis kat dalam nie, tapi aku control baik punya. Aku taknak ler menggundah gulanakan lagi hati tuan rumah. Aku cumer mampu bagi semangat je la.
.



.
Buku2 sekolah anak Kak Kam berjemur kat luar. Sofa tue pun terendam ngan air, mintak dikeringkan. Tapi hari tak paneh pun, mendung. Aku doakan tak ujan ler lagi dah. Kat sini cuaca memang tengah gelap. Harap2 takde ler berlaku lagi bencana tuk Kak Kam.

Petang semalam maser lepak2 minum petang kat dapo, aku nyembang ngan Kak Kam. Dier ada ler bagitau aku, musim ujan nie dier riso. Takut nanti maser kenduri kawin anaknyer ari ujan, umahnyer becak & banjir, tapi dier idak ler maksudkan banjir yang dalam cam gini. Banjir sikit2 kat depan umah dier tue jek. Kerisauan Kak Kam bertempat rupenyer. Kali terakhir banjir yang teruk lebih kurang 10 taun dulu, tapi idak ler setinggi nie. Sabo je la ye kak.

Aku doakan semuanya akan baik2 la nanti ye kak.



.
.
Asamgaram : Aku nak tepon HQ, uruskan pasei cuti Kak Kam, tp xde kekuatan la pulak. Aku takut kalo aku call, nyembang2 ngan deme kang & menjawab soklan2 deme nanti, air mataku turut berjuraian turun.......:-(. Sok pagi je la.

Tiada ulasan:

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

Menarik...!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin