09 April 2009

The Journey - Part 2

.
13/3/2009 aku di Sydney, bermula jam 9.00 pg. Bertolak dr hotel menuju ke Blue Mountain. Kat Blue Mountain ader 3 Sister Rock, yang kononnyer 3 beradik minat kat sorang lelaki (betul ke yek......;-, anggap betul je la yek. lupa daaaa....). Kenapa panggey Blue Mountain?. Menurut tour guide aku, Allan, kat sini adalah tempat hidupan Koala & koala nie suka makan 1 jenis pucuk pokok. Tak tau ler pulak nama pokok tue, tapi biler koala tue makan pucuk pokok tue, pokok tue akan mengeluarkan sejenis gas. Gas tue berwarna biru yang boleh menyebabkan hutan kat situ nampak biru. Tue sebab dier panggey Blue Mountain. Skang dah susah nak tenok. Dulu2 memang bole nampak huta kat situ warna biru.
.
Dalam perjalanan ader beberapa destinasi persinggahan.
.

Sebahagian dr rombongan Cik Kiah :-)


Duta Featherdale Wildlife Park.... (Aku jek pepandai bagi nama gitu)

Kanggaroo dengan muka kesian......

Ayam yang comeiiii...........

Koala yang sangat la malasnyerrrr...........

Duta walabi....;-)). Nie bukan kanggaroo, tp walabi nampak samer tapi lain..... .

.
Destinasi pertama kami adalah di Featherdale Wildlfe Park. Kat situ binatangnyer agak bebas gak, boleh dipegang. Tak semua ler, ader yang dok dalam kandang jek.

Tiket masuk ke Fetherdale Wildlife Park. Ada 8 seksyen, & aku dh selamat memenatkan diri di sini.


Apa yang menarik, tiket masuk kat sini ala2 passport gitu. Biler sampai 1 seksyen tue, kiter disediakan dengan stamp pad dengan gambar binatang kat kawasan tue. Kalo kiter cop semua bahagian yang ader tue, maknenyer kita dah habis masuk keseluruhan park tue. Kalo tak penuh tue, ada lagi tempat yang kiter lupa nak g tue. Kalo nak gak cop tue, kena la carik kawasan2 yang dimaksudkan.
.
Kul 11.oo pg, kami meneruskan perjalanan. singgah makan tengahari di Hotel Heritage, Katombaa. Pekan terakhir sebelum sampai ke Blue Mountain. Solat sekali di sini.

Pemandangan 2 Sister Rock dari Echo Point, BlueMoutain.

Lagi gambar rombongan......




1.30 Ptg, mula balik perjalanan. Singgah lak kat Echo Point Blue Mountain. Kat sini memang tempat tuk ambik gambo jek. Biaser ler, memasing mula menglamerkan diri kat sini.

.

Akhirnyer perjalanan jauh kami sampai gak ke Blue Mountain tue. Kat sini adalah tempat bersejarah bagi Australia. Jangan tanyer aper sejarahnyer, aku tak ingat dah.....;-). Kat sini kiter jalan dlm htan. Depa dh siapkan platform tuk kiter berjalan. Mula kiter akan naik railway untuk menuruni bkit yang curam. Gayat betul. Aku nie dah ler memang fobia sikit bab2 gini. Rasa cam kiter menjunan ke bawah je. Laju jek ketapi nie meluncur.

.

Dah selamat, meluncur. Jalan kat platform sampai kat tempat kiter akan naik cableway lak. Dengan cableway nie kiter akan naik lak ke puncak bukit yang lain. Dan dari stesen cableway atas puncak tue, kami naik lak skyway tuk menyeberang kembali ke bukit yang mula2 td. Perjalanan kam di Blue Mountain tama kat sini. Dan kami kembali nai bas untuk balik ke hotel.



Railway, Cableway & Skyway - Pengangkutan sepanjang di Blue Mountain
.
Bertolak dari Blue Mountain kul 5.00 pm. Singgah kat Stadium Anz, Sydney. Tujuan utama adalah untuk sesaper yang nak melepaskan hajat. Tapi, kami nie pantang ler ader peluang, mesti ambik gambo, kalo boleh semua gambo nak diambik.
.
Pastu teruskan perjalanan, memandangkan ja dah kul 6.45 ptg. Bas terus 'drop'kan kami kat Cafe Kasturi. Tempat dimana kami dinner. Namer pun cafe Kasturi, tentu2nyer masakan melayu ler yang dijamu. Alhamdulillah, cukup la untuk melayan tekak melayu aku kat sini.
.
Selesai semua, jalan kaki ke hotel. Tapi sebelum masuk bilik, kami naik monorail. Pusing bandar Sydney. Dan xtvt seterusnyer, shopping. Tapi kedai tak banyak yang bukak. Pilihan pun tak banyak. Harga pun leh tahan.
.
.
.
Asamragam : Tengah syok menaip, ter'publish' lak, padahal baru separuh jalan. Tu la, saya budak baru belajar....;-).



Tiada ulasan:

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

Menarik...!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin