Lepas sarapan di hotel, pagi yang indah aku dimulakan dengan shoppingggg..... Destinasi kami adalah Paddy Market, tempat menjual pelbagai jenis souvenir. Masa diberi hanya lah 1 jam. Bagi yang berpengalaman bab shopping menyopping nie, orang mesti tau 1 jam pertama adalah maser tuk cuci2 mater je. Belum lagi maser tuk cuci dompet lagi. Tapi kat sini, kami kena berkumpul balik di hotel kul 10.00 pagi. Paddy Market bukak kul 9.00 pg. Azab gak ler mencari barang dalam tempoh yang sesingkat itu. Kat sini kita boleh tawar menawar. Tapi kena ler ringankan mulut, kalo tak harga nyer cam tue gak ler.
Captain Cook Cruise
(credit to mr. gugel)
(credit to mr. gugel)
Wanita2 melayu ataih cruise, tgh mengglamerkan diri
Pemandangan dr ataih cruise
Indahnyer suasana
Beratnyer batu nie......;-)
Aksi2 hebat di atas batu
Pemandangan dr ataih cruise
.
Kul 11.00 pg, kami dah ader kat atas Captain Cook Cruise, 'sightseeing' sekitar darling harbour menaiki cruise. Perjalanan kami lebih kurang 1 jam 15 minit. Dalam tue ader disediakan restoran, pakej kami lengkap ngan minuman & cookies. Awal perjalanan aku cumer lepak kat restoran tue jek, nak naik dek plg atas maleh, paneh bebeno. Jadi lepak ler ngan Kak Miah & Mak Cu. Kutip pengalaman, ilmu, cerita2 sikit. Buat nota sikit. Separuh perjalanan aku pun menyibukkan diri kat dek ataih. Memang panas pun, dan xtvt kami adalah bergambo. Korang tengok ler sebahagian gambo yg ader kat ataih tue.
.
Lebih kurang 12.30 tghari, kami dh bergerak ke tempat lunch. Destinasinyer samer gak, Cafe Kasturi. Makan & solat sekali kat sana.
.
Petang g ke DFO Shopping Centre. Aku nie kalo dah jalan2 shopping nie memang ler luper nk tgkap gambo. Tempat nie sangat ler beso & mcm2 jenama ader jual kat sini. Maser kitaorg datang nie memang tengah sale. Aku cumer tangkap 1,2 biji handbag. Nak beli byk2 takut tak tertanggung nak bwk balik sok. Beli ler sikit, jangan tak beli.
.
Selesai memenatkan diri kat DFO, kami terus ke The Gap. Kawasan perumahan golongan elit. MasyaALLAH, pemandangan kat sini sangat ler cantiknyer. Dengan angin yang bertiup, rasa nyaman jek. Tapi, baru je lepak jap, ujan turun la pulak. Layan je la gambo kat bawah nie.
.
Pemandangan dari dlm bas.Indahnyer suasana
Beratnyer batu nie......;-)
Aksi2 hebat di atas batu
.
Terus balik hotel. Rehatkan diri & kul 7.00 mlm bergerak ke tempat lunch. Berjalan kaki ke sana lebih kurang 10 minit. Malam tue dah terer ler sikit. Jadi perjalanan balik kami nyinggah ler sana sini (kedai souvenir ler...) cuci mater. Kami tak ikut group rombongan,buat grou sendiri lebih kurang 10 org. Tapi separuh perjalanan, hujan turun dengan lebatnyer. Riuh rendah ler kejap bandar Sydney dengan jeritan2 orang meredah hujan yang lebat.
.
.
Suasana hujan di kota Sydney.
Reda hujan, ajak kakak seangkatan aku lepak kat bilik. Aku dok bilik sorang2 jek, xde member. Memang ler boring ya amat. Jadi aku angkut ler Kak Mazlah balik bilik. Borak2 sampai kul 12 tghmalam. Kemaih beg, sok nak balik dan tido. Sib baik aku tak memerlukan extra luggage. Maleh nak bawak bebanyak.
.
.
Asamgaram : Merasa gak ler ke negara orang. Destinasi seterusnya ke mana lak agaknyer......
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan