11 April 2011

Susu ibu ada nutrien amat kritikal

*Kebaikan penyusuan badan untuk bayi: ● Susu ibu membekalkan nutrien terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi nutrien dalam kadar mencukupi. ● Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar. ● Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru. ● Susu ibu mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi. ● Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak. ● Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain. ● Susu ibu mudah diperoleh pada suhu yang betul setiap masa oleh itu ia tidak susah disediakan. ● Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi. ● Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

* Kebaikan penyusuan badan untuk ibu : ● Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. ● Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat. ● Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. ● Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.



*Kebaikan lain: ● Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada. ● Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak.



Sumber: Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia

Tiada ulasan:

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin