Orang Rao..
Sedikit info yang I jumpa. Leh la share pda sesiapa yg berminat....
Sejarah orang Melayu Rao/Rawa
Sejarah orang Melayu Rao@Rawa bermula di Kecamatan (Daerah Kecil) Rao Mapat Tunggul, di dalam Kabupaten (Daerah) Pasaman, Propinsi (Negeri) Sumatera Barat, Indonesia. Duduk di sebelah utaranya pula, bermastautin suku kaum Mandailing. Pekerjaan utama suku kaum Rao ialah sebagai petani, pedagang, pelombong; dan mahir datam bidang pentadbiran serta kerohanian/ keagamaan.
Hijrah Rawa ke Tanah Melayu
Mengikut sejarah, suku kaum Rao yang mula-mula sekali berhijrah ke Tanah Melayu ialah golongan petani. Ini berlaku sekitar abad ke 5 Masehi. Faktor perdagangan bebas semasa zaman Kesultanan Melaka di abad ke 15 Masehi telah menggalakkan lebih ramai kaum Rao merantau, berdagang dan bermastautin di Tanah Melayu. Kerancakan aktiviti perlombongan emas di abad 17 Masehi dan perlombongan bijih timah di abad 18 Masehi telah mendorong sebahagian besar para pelombong suku kaum Rao ke Tanah Melayu, melalul Negeri-negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang).
Penghijrahan beramai-ramai suku kaum Rao ke Tanah Melayu berlaku semasa Perang Padri (1816-1833) di Indonesia semasa zaman pemerintahan penjajah Belanda. Sebahagian besarnya terdiri daripada golongan istana, para ulama, cendekiawan, panglima dan sebagainya.
Berikut ialah proses penghijrahan Rao mengikut negeri:
• Negeri Sembilan - Penghijrahan ke Seri Menanti di sekitar tahun 1773 dan melatul Sungai Ujong (Seremban) di sekitar tahun 1848
• Negeri Pahang - Penghijrahan melalui Sungai Hulu Pahang (Bera, Hulu Pahang, Kuata Lipis, Raub, Bentong) sekitar tahun 1857-1863. Antaranya Tengku Khairul Alam, Pakeh Khalifah Saka, Tujuan Saka dll.
• Negeri Selangor - Penghijrahan melalui Sungai Klang (Hulu Langat, Hulu Selangor) dan Sungai Selangor (Kalumpang, Ampang, Kuala Lumpur, Gombak) sekitar tahun 1867- 1873. Pelopornya belum lagi dapat dikenalpasti.
• Negeri Perak - Penghijrahan melalul Sungai Perak, Sungai Bidor dan Sungai Bernam (Teluk Intan, Kuala Kangsar, Larut, Kinta, Gopeng, Tapah, Kampar) sekitar tahun 1875-76. Antaranya Datuk Sakti Putih dll.
• Negeri Kelantan - Catatan sejarah juga menunjukkan bahawa suku kaum Rao turut berhijrah ke Kelantan melalui Pahang, khususnya di Jajahan Pasir Mas melalui Sutan Amir Kaharuddin Budiman.
Hijrah Perantauan Rao ke Tanah Melayu
Ada empat gelombang perantauan orang-orang Rao ke Tanah Melayu iaitu:
a) Gelombang Pertama bermula pada tahun 500 Masehi hingga tahun 1400 masehi terdiri daripada golongan petani dan pemburu emas, kerana Tanah Melayu terkenal dengan Semenanjung emas..
b) Gelombang Kedua bermula pada tahun 1401 masehi hingga tahun 1600 masehi terdiri daripada golongan pedagang, terutamna pedagang emas, kain dan ubatan –ubatan terutama apabila Melaka menjadi Pusat Perdagangan Nusantara.
c) Gelombang Ketiga bermula pada tahun 1601 masehi hingga tahun 1800 masehi terdiri daripada tokoh agama, pemburu emas. bijih timah dan tentera upahan apabila dibuka Pusat Perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura disamping Melaka.
d) Gelombang Keempat bermula pada tahun 1801 masehi hingga tahun 1900 masehi dengan perantauan beramai-ramai apabila orang-orang Minangkabau bekerjasama dengan Belanda membunuh orang-orang Rao terdiri daripada Anak-Anak Raja Rawa dari Rao-Mapat Tunggul, Padang Nunang dan Pagar Ruyung, bersama-sama hulubalang dan pahlawan, ulamak dan tokoh agama Islam terutama ketika era Perang Paderi di Sumatera Barat (1815 – 1833) termasuk pakar-pakar dalam mencari emas, bijih timah, hasil hutan, tukang-tukang rumah, tukang-tukang emas/besi, pesilat yang handal dan kebal dan dukun/bomoh yang handal.
Info nie aku kutip dari beberapa sumber internet. Ader jugak bercerita ngan org2 lamer, tp biser ler cerita jek mesti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Skang nie letak terus dlm blog, agak2 nak tau cerita balik leh rujuk kat sni. Sonang yo.
Abah aku memang urang rao, & aku sejak kocik laei aku nie urang rao pantang tanah laei. Tapi, jarang ambik port pun. Sejak berkahwin ngan urang rao gak, yang pantang tanah gak, baru ler raso minek nak tau lebh lanjut pasal urang rao nie.
Kalo dengo sekali imbas bahaso rao nie, ader sikit cam bahasa nogori. Tapi kalo diamati betul2 memang ader kelainan sikit. Aku raso bahaso rao nie ader lembut sikit berbanding bahasa nogori tue... Pendapet aku lerrrr... Abah maser aku kocik2 dulu, kalo marah anak2 dier kadang2 keluar gak cakap rawa nie. Sebelum aku kawin ngan Mr. K, bahaso rao tue idak ler terer. Infact, skang pun lom cukup terer lagi, tapi maser mula2 kawin dulu dengo pemili belah dier cakap rawa, berabukkk bebbb... Ado gak perkataan yang aku tak paham. Nak suh cakap, memang hancus... Boleh tergeliat lidah aku. Tapi skang ok le jugak. Idak ler keras lidah aku cam dulu. Perbendaharaan bahaso rao dlm kamus otak aku pun dah bertambah. Idak ler mcm dulu lagi, yang basic2 jo.
Sebenonyer keliling aku dipenuhi ngan urang 2 rao, antara ndak ngan tidak jek aku belajo dari deme semua. Skang aku tau dah kepentingan mengetahui susur galur keturunan kiter. Dan aku sedang belajo sedikit demi sedikit.... Persatuan untukurang2 rao pun dah ado , JARO, pepandai ler kiter bawa diri..
Panjang berjela lak aku raser entry nie... lain kali sembang pasei rawa lagi. Mungkin ramai urang2 rao kat luo yang x tau susur galur deme. Moga nie jadi panduan......
Asamgaram : aku cube menaip dalam bahasa rao, tapi takut kilen indo paham apo yang aku kecek......
"Kenalilah susur-galur nasab keturunan kamu, supaya membawa kepada silaturahim”
Menerusi Hadith:. Imam Tarmizi Ibnu Kathir vol 4, ms.218

Comments