30 November 2009

Typing Error


Masalah biaser yang saya alami ialah typing error. Memang selalu ler jadik, tak kira lam aper yang aku buat. Selalu kena semak 2,3 kali keje2 aku. Kadang terlepas gak...

Tapi kalo bab YM memang ler aku teramat jarang menyemak. type terus enter... Kadang2 maksud sebenar aku dh larik. Seperti yang tertera kat atas tue ler... Penyudahnyer aku yg gelak sengsorang. selalu jadi cam gitu....

Akunyer keyboard emas yang cantik nie dah mengong sikit. Tekan kena sebijik2... Kalo gitu harus ler keje 20 minit leh jadi 1 jam... Abih tue camno. Tue la pasal memanjang typing error jek... (tetiba lak nyalahkan keyboard....)




Asamgaram : Entry manja2 gitu....





Sebalik Tabir Idul Adha...



Takde per yang menarik. Ari khamis aku still keje. Kena la, orang lain semua dah amik cuti. Tahan je la dok opis. Tapi, aku chow kul 4 ptg, tinggalkan opis dengan stafmate sorang lagik. Aku dah amanahkan opis kat dier, pepandai ler kan...

Balik umah, rendang dah siap masak, lemang dah selesai dibakar (boli jo...heheh), ija dah sampai umah, tengah bertungkus lumus buat laksa. Aku...? Dok depan tengok tv... hehehe. Shift aku lom sampai....

Menu hasil tangan aku taun nie, kek batik jek. Sonangkan. Bahan2 aku dah beli maser raya poser hari tue..kahkahkah... Nak buat le kononnyer dulu, tapi kemalasan tahap gaban. Aku postpone sampai raya aji. Bagus tul.... Tapi yang aku tak pueh ati nie, dapo gas tu la. Entah aper antinyer ngan aku tah... Asal aku mula rajin nak masak, maser tu la gas abih. Sakit ati jekkkk....Kena la nunggu sementara orang anto gas. Sib baik la tauke gas macho tue sudi nak nganto gak walaupun kedai dah tutup. Kalo dak, alamat ke longkang ler kek batik aku...


tergendala.........



Meh layan gambo je la... Gambar adalah caca marba, takde kena mengena ngan tajuk entry...

Si kecik nie memacam aksi....



Favourite dier laksa.... Selagi mau, kena la control, kang pecah perut yang...

Cam syok jek tengok si kecik nie makan doyan.....
Yang paling kecik, tapai dah beso. Tapi sian...........;-)





Again...It's Monday



Hari nie muka semua muka sup tulang dak...?hehehe...

Hari nie ari senin..... Monday...
Monday blues la yek. Meh layan blog & FB jek.

Mood nak bekerja sgt kurang lor... nasib ler...
Tapi kalo der keje urgent, kena la wat, Jgn tangguh2 yek...

Adios dulu....entry lain bakal menyusul....


Asamgaram : Nak beli limau nipis, kasi potong semua kolesterol yang telah ditelan sepanjang 3 ari...

27 November 2009

Qurban

hasil gugel...


Meh kiter sesamer mengingati diri...InsyaALLAH


Pengertian Qurban

Dari segi bahasa, qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala.
Dari sudut syara‘, qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.
PENSYARI‘ATAN DAN HIKMAHNYA

Qurban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya.


Firman Allah subhanahu wata‘ala:

{ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ }

Maksudnya:
“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”
(Surah Al-Kauthar 108:2)

Hikmah disyari‘atkan qurban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allah subhanahu wata‘ala di atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun.


Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain.


Qurban tidak memadai dengan menghulurkan nilai harganya, berbeza dengan ibadah zakat fitrah yang bermaksud memenuhi keperluan golongan fakir, Imam Ahmad dikatakan menyebut amalan menyembelih qurban adalah lebih afdhal daripada bersedekah dengan nilai harganya.

HUKUM MELAKUKAN QURBAN

Hukum melakukan qurban ialah sunnah mu’akkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya.
Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
“Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu”
(Riwayat Tirmizi)



PEMBAHAGIAN IBADAH QURBAN

Terdapat dua jenis qurban iaitu qurban wajib dan qurban sunat.

Qurban Wajib
Qurban Nazar.

Contohnya apabila seseorang menyebut, “Kerana Allah wajib ke atasku berqurban seekor kambing atau seekor unta ini” ataupun dengan menyebut, “Aku jadikan kambing ini sebagai qurban”
Sama sahaja hukumnya dalam hal sama ada yang menyebutnya itu seorang yang kaya ataupun seorang fakir.

Binatang yang dibelikan untuk tujuan qurban oleh seorang fakir. Apabila seorang fakir membeli seekor kambing dengan niat untuk diqurbankan, maka ia menjadi wajib. Ini kerana membeli dengan tujuan berqurban oleh seseorang yang tidak wajib melakukannya dikira wajib kerana perbuatan ini dikira sebagai satu nazar.

Qurban Sunat

Qurban sunat ialah qurban yang dilakukan oleh seseorang yang berkemampuan melakukannya sama ada miskin ataupun yang bermusafir, yang tidak berniat nazar atau membeli dengan tujuan qurban.

SYARAT-SYARAT QURBAN

Syarat qurban dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

Syarat Wajib/Sunat Qurban.
Syarat Sah Qurban.
Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban.


Syarat Wajib/Sunat Qurban

1. Untuk dijadikan ibadah qurban wajib ataupun sunat adalah disyaratkan dia mampu melaksanakannya.

2. Orang yang dianggap mampu ialah mereka yang mempunyai harga untuk binatang qurban yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang di bawah tanggungannya untuk hari raya dan hari–hari tasyrik kerana inilah tempoh masa bagi melakukan qurban tersebut.

3. Kedudukannya sama seperti dalam masalah zakat fitrah, mereka mensyaratkan ia hendaklah merupakan yang lebih daripada keperluan seseorang juga keperluan mereka yang di bawah tanggungannya pada hari raya puasa dan juga malamnya sahaja.

Syarat Sah Qurban

Hendaklah binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabkan kemudharatan terhadap kesihatan. Contohnya cacat yang teruk pada salah satu matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.

Hendaklah qurban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari pada akhir Hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.


Hendaklah disembelih oleh orang Islam.


Orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di mana masing–masing menyumbang 1/7 bahagian.
Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban

Islam.
Merdeka.
Aqil Baligh.
Bermukim atau Musafir.
Berkemampuan.


WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBAN

Waktu bagi menyembelih qurban bermula setelah selesai sembahyang Hari Raya dan bacaan khutbahnya iaitu setelah naik matahari sekadar segalah. Masanya berterusan siang dan malam sehingga Hari Tasyrik yang akhir iaitu sebelum terbenam matahari pada hari tersebut. Ini berdasarkan hadis Nabi yang diriwayat oleh Al-Barra’ bin ‘Azib :
“Perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini ialah bersembahyang, kemudian kita balik dan melakukan penyembelihan qurban. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka ia merupakan daging yang disediakan untuk ahli keluarganya. Ia tidak dikira sebagai ibadah khas (qurban) ini sedikit pun.”

BINATANG QURBAN

Perbincangan tentang binatang qurban ini meliputi empat perkara :

Jenis binatang yang diqurban.
Umur binatang qurban.
Kadar binatang yang disembelih.
Sifat–sifat binatang qurban.
1. Jenis Binatang Yang Diqurban
Para ulama’ sependapat bahawa ibadah qurban tidak sah kecuali dengan menggunakan binatang an‘am, iaitu binatang jinak yang berkaki empat seperti unta, lembu dan kerbau, kambing biri–biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina. Oleh itu, tidak sah berqurban dengan menggunakan binatang yang lain daripada binatang an‘am ini seperti kerbau liar dan kijang.

Firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ اْلأَنْعَمِ }
Maksudnya:
“Dan bagi tiap-tiap satu umat, Kami syari‘atkan ibadah menyembelih qurban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”
(Surah Al-Hajj 22:34)

Tidak terdapat sebarang dalil sama ada yang dinaqalkan daripada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam atau sahabat yang menunjukkan mereka berqurban dengan binatang selain daripada binatang-binatang ternakan (an‘am) ini. Oleh kerana qurban merupakan satu ibadah yang dikaitkan dengan binatang, maka ia hanya ditentukan kepada binatang an‘am sahaja sama seperti ibadah zakat.


Adapun binatang yang lebih afdhal diqurban ialah unta diikuti dengan lembu kemudian biri-biri atau kibasy kemudian kambing. Ini memandangkan kuantiti dagingnya yang lebih banyak bagi maksud pengagihan yang lebih meluas untuk fakir miskin.


Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam juga telah bersabda yang bermaksud:


“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan mandi junub, kemudian dia pergi (ke Jumaat) maka dia seolah-olah telah berqurban seekor unta. Sesiapa yang pergi pada saat kedua maka dia seolah-olahnya berqurban dengan seekor lembu. Sesiapa yang pergi pada saat ketiga maka dia seolah-olah berqurban dengan seekor kibasy yang bertanduk.”

2. Umur Binatang Qurban

Umur binatang yang hendak diqurbankan berbeza-beza mengikut jenis binatang iaitu:

Unta disyaratkan telah berumur lima tahun dan masuk ke umur enam tahun.
Kambing dan lembu disyaratkan telah berumur dua tahun dan masuk ke umur tiga tahun.
Kibasy disyaratkan telah memasuki umur dua tahun.
Bagi anak unta, lembu, kambing dan kibasy yang telah berumur dua tahun lebih (yang telah bersalin gigi) harus dijadikan qurban.


3. Kadar Binatang Yang Disembelih
Para fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa seekor kambing atau kibasy hanya mencukupi sebagai qurban untuk seorang sahaja. Seekor unta atau lembu pula mencukupi untuk menjadi qurban bagi tujuh orang. Ini berdasarkan hadith Jabir:

“Kami berqurban bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam semasa di Hudaybiyah dengan seekor unta atau seekor lembu untuk tujuh orang.”

Dalam riwayat Muslim pula menyebut :
“Kami keluar bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan kami berniat Haji. Maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memerintahkan kami supaya berkongsi mengurbankan seekor unta atau seekor lembu. Setiap tujuh orang berkongsi seekor unta.”

4. Sifat–Sifat Binatang Qurban

Sifat–sifat binatang qurban sama ada betina atau jantan yang digariskan oleh syara‘ adalah seperti berikut:

Terang penglihatannya iaitu tidak buta.
Tidak cacat seperti kudung kaki, putus ekornya, terpotong hidungnya atau sebagainya.
Gemuk, tidak harus pada binatang yang terlalu kurus.
Ciri-ciri yang afdhal terdapat pada binatang qurban itu:
Gemuk pada keseluruhan anggotanya.
Bertanduk.
Putih warna bulunya (pada kibasy).
Jantan.
Sifat yang makruh pada binatang qurban:

Rabit telinganya.
Terpotong sedikit bahagian belakang atau depan telinganya.
Tidak mempunyai tanduk sejak asalnya.
Patah tanduk sebelah atau keduanya atau pecah bahagian tanduknya.
Tanggal sebahagian giginya disebabkan tua atau jatuh.
Kabur penglihatannya.


PERKARA SUNAT KETIKA BERQURBAN

Sunat menambat binatang yang hendak diqurbankan itu beberapa hari sebelum disembelih.
Digantung tanda pada binatang yang hendak diqurbankan.
Dibawa dengan baik dan ihsan ketika ke tempat penyembelihan.
Disunatkan juga orang yang berqurban menyembelihnya.
Sunat dihadapkan ke arah qiblat ketika menyembelih qurban.
Sunat memilih binatang yang paling gemuk, terelok dan terbesar untuk dijadikan qurban.
Sunat digunakan alat yang paling tajam dan diperbuat daripada besi.
Setelah selesai disembelih maka sunat ditunggu sehingga binatang yang disembelih itu sejuk dan semua anggota tidak bergerak lagi.
Sunat bagi mereka yang mahu melakukan qurban tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga telah selesai berqurban.
Binatang qurban sunat dibaringkan di atas rusuk kiri sebelum dilakukan penyembelihan.

Sunat ketika sembelihan qurban dilakukan adalah seperti berikut:
Membaca basmalah.
Bersalawat ke atas Nabi Muhammad.
Binatang diarahkan ke arah qiblat.
Bertakbir sebelum atau selepas membaca basmalah.
Berdoa.

12. Orang yang berqurban hendaklah membaca doa seperti berikut :

“Ya Allah, ini adalah nikmat yang datang dariMu dan dengannya aku mohon untuk dapat mendampingiMu.”

13. Sunat wakil yang melakukan sembelihan menyebutkan orang yang mewakilkannya seperti:

“Dengan nama Allah dan Engkau Yang Maha Besar, ini daripadaMu dan untukMu. Terimalah Ya Allah daripada si pulan, si pulan.....”

PERKARA MAKRUH KETIKA BERQURBAN

Berlaku kasar kepada binatang yang hendak diqurbankan seperti mengheret atau memukul semasa membawa ke tempat sembelihan atau seumpamanya.


Memerah susu atau menggunting bulu atau mengambil sebarang faedah dari binatang yang hendak dijadikan qurban.


Tidak menghadapkan ke arah qiblat semasa sembelihan dilakukan
.
Bercukur atau memotong kuku setelah tiba bulan Zulhijjah hingga penyembelihan qurban selesai dijalankan.


Binatang yang telah dibeli untuk tujuan qurban adalah makruh dijual kerana ia telah ditentukan untuk qurban.


HUKUM DAGING QURBAN

Qurban yang wajib iaitu yang dinazarkan ataupun yang ditentukan sama ada dengan menyebut, “Ini adalah qurban”, maka orang yang berqurban tidak boleh memakannya. Dia wajib menyedekahkan semuanya sekali.


Anak kepada binatang qurban yang ditentukan juga, perlu disembelih seperti ibunya, tetapi bezanya ia boleh dimakan kesemuanya oleh tuan yang mengurbankannya kerana disamakan dengan hukum susu, kerana tuannya harus meminum susu binatang qurban yang selebih daripada anaknya walaupun perbuatan itu makruh.


Bagi qurban sunat, maka tuannya sunat memakannya, iaitu yang afdhalnya dia hendaklah memakannya beberapa suap sebagai mengambil berkat. Ini bersesuaian dengan firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ فَكُلُواْ مِنْهَا وَأَطْعِمُواْ الْبَآئِسَ الْفَقِيرَ }
Maksudnya:
“Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”
(Surah Al-Hajj, 22:28)

Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi pula ada menyebut bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memakan sebahagian daripada hati binatang qurbannya. Hukum memakan daging qurban pula tidak wajib, ini berdasarkan firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ وَالْبُدْنَ جَعَلْنَهَا لَكُم مِّن شَعَآئِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ }
Maksudnya:
“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu.”
(Surah Al-Hajj, 22:36)

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa ia dijadikan untuk kita. Setiap perkara yang dijadikan untuk manusia, maka dia diberi pilihan sama ada mahu memakannya atau tidak.

Orang yang berqurban juga boleh menjamu kepada kalangan yang kaya, tetapi tidak boleh diberi milik kepada mereka. Yang boleh cuma dihantar kepada mereka sebagai hadiah yang mana mereka tidak akan menjualnya atau sebagainya
.
Mengikut pendapat dalam qawl jadid, orang yang berqurban boleh memakan sebahagian daripada qurbannya. Mengikut qawl qadim pula harus memakan sebanyak separuh, manakala bakinya hendaklah disedekahkan.


Sebahagian ulama’ berpendapat daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3 daging disedekahkan dalam keadaan mentah, 1/3 daging dimasak dan dibuat jamuan dan 1/3 daging dimakan oleh orang yang berqurban.


Pendapat yang asah pula, adalah wajib bersedekah dengan sebahagian daripada daging qurban walaupun sedikit kepada orang Islam yang fakir walaupun seorang. Walaubagaimanapun, yang lebih afdhal hendaklah disedekahkan kesemuanya kecuali memakannya beberapa suap untuk mengambil keberkatan seperti yang telah dijelaskan.


Bagi qurban sunat pula, orang yang berqurban boleh sama ada bersedekah dengan kulit binatang tersebut atau menggunakan sendiri, seperti mana dia harus mengambil faedah daripada binatang itu semasa hidupnya. Tetapi bersedekah adalah lebih afdhal. Bagi qurban yang wajib pula, kulit binatang itu wajib disedekahkan.


Qurban juga tidak harus dibawa keluar dari negeri asalnya sebagaimana yang ditetapkan dalam masalah membawa keluar zakat.



© Jabatan Mufti Negeri Melaka ~ ambik dari sini.




26 November 2009

Anugerah CDM Hai-O

Biler : 15/11/2009 ~ kul 2.00 ptg
Kat Maner : Stadium Melawati, Shah Alam


Cerita yang dah lamer dok lam draft. Meh story mory sikit.


Aku g 2 keta, 1 dari Ipoh & 1 lg keta aku ler dari Tapah.

Ya, saya adalah seorang peniaga MLM. Jangan takut nak berkawan dengan saya hanya kerana saya adalah ahli kepada sykt MLM. Inilah senario yang berlaku sejak dulu sampai sekarang. Kalo bagitau kiter adalah berniaga MLM, sedara pun leh larik.

Tapi takleh salahkan orang yang larik tue, kdg2 approach org2 yang meniaga nie jugak yang membuat depa takut. Hahaha... Saya bukan nak cerita pasal MLM sekarang yek.


Ambik kau, stadium penuh. Kitaorang yang lambat nie dapat ler dok kat belah atas tapai tepi2 jek. Nasib la kan...

Kuar umah kul 9 lebih. Singgah lak kat opis aku dulu, bos call minta report urgent ader meeting ari senin. Kena a menempek kat opis jap. Sabo je la....

Ahli-ahli jemaah yang turut serta. Dok kat ataih nie nak tangkap gambo pun payah. Semuanyer kelabu2 asap jek. Kamera murah cam gitu ler.... Tuggu ler aku beli kamera mahal punyer. Kalah lense2 photographer pro tau. hehehe.
Hadiah cabutan bertuah, Honda, tapi aku dah luper model aper la. sebab bukan saya yang dapat, harus ler tak ingat kan....Jarang sekali aku ong dalam cabutan bertuah. Kalo ader pun, tu la namenyer rezeki.
Yang paling eksited adalah performance dari Dato' Siti. Gambo semuanyer blur, jadi takyah letak kat sini. Korang nak gambo Siti lelawanyer, search. Berlambak dapat.

Asamgaram : Blog nie bukan blog meniaga, but meniaga is part of my life. Jadi terimalah.....



Raya Mood Activated...

Aku dah aktifkan mood raya aku. Malangnyo, den masih di opis. Mengadap lappy sambil godek2 idung blog & FB. Orang lain semuo dah 'mempunchkan' diri sendiri. hehehe.

Jap lagik balik ler. Itu pun kalo staf lar tue ader masuk opis. Kalo nan ado gak, makanyer kul 5 gak ler aku kena tunggu. Nasib la....

Tak de nak cerita panjang untuk entry nie.. Just to say,

Selamat Hari Rayo Aidil Adha ye kengkawan. Pastikan pengorbanan yang kita lakukan haruslah ikhlas yek. Jangan ler berkorban dalam apa jua benda, tapi di hujung2 nya kiter merungut @ mengeluh dengan keadaan. Redha..... Wallahualam.



Asamgaram : konon2 search kat google 'korban'.. terus tak jadi biler tgk gambo2 ngeri kat situ. Takyah gambo le. Mood bergambor deactivated...huhuhu.


24 November 2009

Boling ~ sakit yang dicari



Aktiviti di ari sabtu. Tapiiiiii, sakitnyer sampai ler ari nie. Sabo je la. Aku memang minat ler boling nie, tapi yang aku tak tahan sakit lepas main tue. Ye la, kalo main nyer setahun sekali, apa cerita. Dulu2, ader gak sebulan sekali g main. Skang nie, memang la susah nak menempek kat boling centre tue.

Kali terakhir aku main dulu sebelum puasa. Pas tu takde dah. Bola pun dah naik sawang...huhuhu. Ari sabtu ari tu ader Tournament boling inter PT kat Greentown Mall Ipoh. Memang la syok main, dah lamer tak main sampai lupa diri. Tapi pas tu muka masam jek. Menahan sakit.

Aku kuar umah kul 8.30pg, nak ader kat saner kul 9.30 pg. Perut lapar, jadi berenti la kat gerai depan umah bungkus bihun goreng.





Itu ler dier hasil yang aku dapat kat gerai tue Tapi, aku tak dan nak berenti maner2 dah. Masuk highway, sambil drive slow2 aku bukak tapau & ngap. Korang jangan tiru aksi aku samer sekali. Aksi bahaya yg biler aku ingat balik seriauuuu..... Jangan la aku teringin nak buat camnie lagik. hehehe. Mula kul 10 pg, kang kalo tak buat cam nie kompom aku lapar. Maner leh main kalo lapo...(kenyang ke, lapo ke, main samer jek, cam hapeh)

Tapi, aku sampai saner kul 9.30 pg, belum ramai orang lagi. Dan yang paling sakit hati tue, pusat boling bukak kul 10 pg, tapi organizer baekkk punyer sound suh datang kul 9.30 pg. Aper daaaa....



The team, 6 lelaki, 4 perempuan. Sebeum main harus ler ada slot fotografi yek.



Beramah mesra dengan team lawan.


Ladies team bersama mak menyibuk...kikikiki......

Our team dapat naib johan taun nie. Kami gagal mempertahankan kejuaraan yang kami sandang bertahun2. Nasib ler kan. Perempuan perform ok, tapi team lelaki tak konsisten. Tapi, itu ler boling. Biler korang rasa ari tue korang boleh main, tapi buat la camner pun, kadang2 semuanya tak menjadi. It's depend on luck. Aku rase ler. Redha jek...hehehe. Kalah dengan juara sangat ler sikit bezanya, 12 pin jek. Waaaaaa.... sakit jek ati.

Lepas team, ader master. All ladies managed to play on the master game. Yang lelaki 3 orang lepas. Tapi, sangat la hampeh aku main dalam master nie. Dua game main, 2 game tue la aku tak lepas 100 langsung. Maser main nie dah kul 2 ptg. Perut aku dah lapar, kaki aku dah sakit. Sudahnyer aku tak tunduk langsung main, aku main baling jek. (ada hati gak nak main tue, tolak je la....) Aku suker main boling nak wat camner......


Pengurus menerima hadiah

Sesi penyampaian hadiah dibuat kat PRN Ipoh. Depa sediakan makan tengahari, tapi makannyer kul 4 ptg. Menggeletar aku menyuap nasi. Lapar giler.....

Settle semua, aku balik. Maser drive mater aku cam dah nak tertutup. ngantuk + penat sei.... Nak menekan pedal pun rase nak tercabut kaki. hahaha. Sib baik auto....

Lain kali main je, jgn merungut lepas tue. heheeheh...


Asamgaram : Aku telah mencacatkan keta adik ku...huhuhu. Sikit jek, sorry dik.




23 November 2009

Try An Error..

Tingat maser belajo math maser mude-mude dolu.... Skang pun mude lagik...huhuhu.

Sesi pembelajaran untuk menjadi blogger berilmu hisab sedang berjalan.....

Wargh...kakahkah... sudah jadi.

Sila abaikan entry ini jika anda tidak paham dan tidak mahu paham. Ini hanya tutorial tuan rumah syok sendiri yang sedang menuju kejayaannnn.....



20 November 2009

Cabei Burung

Korang kalo makan nasi mesti ader yang harus cukup 'accessories' nyer kan... Selalunyer mesti la sambal belacan ke, sambal tempoyak atau cukup sekadar cili padi potong bh kicap... Dapat cam gini alangkah nikmatnyer dunia kan.. Pedas memang pedas, tapi itu ler penyedapnyer.



Aku pun mula ler godek2 kat internet bab-bab cili padi nie..... Tapi entry nie bukan entry ilmiah, tapi hanyalah entry dari acuan kepala tuan tanah jek... Kalo ader yang berbentuk ilmiah leh jek share....

Moh kiter layan....
.
Ini adalah cili padi kampung. Tahap kepedasan yang leh la kata melampau jika kuantiti tidak dikawal. Kalo beli kat pasar jenis yang nie mahei ler sikit nak dibandingkan yang jenis cili padi thai. Aku suker jenis cili padi cam gini, pedas dier memuaskan hati....




.
Yang nie lak aku panggil cili thai. Tak tau ler camner leh lekat, sebab import dari thailand kot. Cili nie tak menentu tahap kepedasannyer. Aku tak pandai ler pilih maner pedas, maner yang kurang. Kalo dah takde cabei kampung, yang nie pun jalan gak. Saiz dier beso sikit dari yang cili kampung tue.




.
Yang nie jarang jumpa. Tapi, aku penah makan jenis yang warna purple nie. Melampau gak pedasnyer. Buat ulam jek maser tue. Harus ler pedas kannn..... Bentuknyer pendek bulat. Ada 1 lagi yang bentuk cam nie, tapi kaler dier hijau pucat, yang tue pun mak kau memang pedassss....



.
Semua menu aku mesti ader cabai burung nie. Walaupun setakat nak tumis sayo. Camner nak sihat idung kannn... Tapi idak ler cam aku maser muda2 dulu (erkkk.....). Dulu2 aku ambik dari peti ais @ petik dari pokok, tanpa pikir panjang terus makan ngan nasi cam gitu jek. La nie jek aku kurang kan sikit ler, tapi sikit jek.

Nie sambal belacan yang harus guna cili padi. Tapi, aku tak berapa 'kawan' sangat dengan sambal belacan sebab idung aku jadi maha sensitip sebabkan belacan tue. Kalo dah takde pilihan sambal lain, aku belasah jek.




.
Tapi kalo sambal nie dok depan mata aku memang jarang tolak. Kalo kata dah kenyang makan nasi pun, aku mesti ratah ngan ulam pun jadik. Yang jenis nie mentah jek, satu lagik jenis masak, aku panggil sambal tempoyak kaco. Itu pun feberet tue.... Sambil naip nie aku dok menelan air liur. Teruk kan?



.
Yang nie menu wajib kalo aku makan kat kedai. Tak kira ler, mee ke, bihun ke, nasi ke semua mesti ader menda alah nie. Kalo aku mintak nie, Mr. K jeling satu macam jek. Jeling jek. Tapi kalo sekali aku bersin, 2 muka surat kertas kajang dier leh bebel sama aku... Ambik kau.


.
Orangkata nak kurang 'bisa' cili padi nie, tumbuk ler sekali ngan batang dier. Aku buat gak kekadang. Tapi beragak ler sikit, kalo cabai dah lamer petik, batang dah jadi hitam, idak ler pulak aku ambik sekali batang dier tue. Harus ler dibuang.

Perhatian : Semua gambo adalah ihsan google. Bukan dari lemari gambo saya.

Asamgaram : masak ke dak malam nie yek..? Malassss.....

Berhenti Merokok

kredit miss gugel...


Semalam tengah lepak2 ngadap game kat lappy aku (opis punyer daa.. Lupa diri lak), tetiba telinga aku di hidangkan dengan kata-kata yang mengejut kan tapi sangatttt baikkk...

He : Orang nak berenti merokok ler.....
Me : haaa... Apesal tetiba lak nie... Boleh ke..?

Tetiba lak cam tak yakin dengan somi sendiri... Bukan tak yakin, tapi ini bukan kali pertama. Setiap kali Ramadhan datang, cita2 yang samer diuatarakan kat aku. Setiap taun aku dihidangkan dengan janji2 manis dier tue. Cumer taun nie dier tegar taknak buat cita2 cam tu lagi...huhuhu.

2,3 yang tahun sudah, Mr. K hampir berjaya berhenti merokok. Bulan puasa gak tue, tapi biler dah ujung2 bulan dier tak leh tahan lak. Kengkawan dier lak sangat le 'supportive' membantu dier terus merokok. Dok merokok depan dier, disua2nya rokok tue. Hampir dah tue, tapi gagal. Aku dok la melayan tekak dier, beli buah banyak2. Lepas makan taknak tengok kotak rokok. Makan buah. Bagus kannnn... Mak aku pun eksited sangat biler tau hasrat murni. Tolong belikan buah jugak. Punyer ler mak mertua sayang.

Beli gak ler singgam2 yang buat berenti merokok tue, tapi tak jalan gak. Tapi yang nie sebelum pose dah beli, konon2nyer biler dah mula puasa dah tak rase sangat.... nan adonyer...

Nak suh dok umah...? Tak g ngadap kengkawan dier..? Nak sangat ler tue. Tetambah bulan pose, malam orang g terawikh, lagi ler. Sudahnyer...

Yaaaa, Suami saya adalah perokok tegar. Nak berenti sikitnyer susah, biler nak merokok balik senang jek. Dan biler dier mula menyuarakan hasrat suci lagi murni nie memang ler saya tak yakin tapi saya sangat support hasrat tue... 300%, boleh gitu.....? Saya adalah orang paling bahagia jika dier berhenti merokok. Meh sesamer doakan suami saya berjaya yek. Tapi yang tak syoknyer, taun depan ler mula... Naper tak mulakan sekarang yek...? konpius....????

Take your time darling... (bukan dier baca pun...). Saya akan meyokong sepenuhnya. tapi kalo dah tak mampu tue, saya terima ler seadanyer dan akan terus berdoa dan berharap akan jadi kenyataan 1 hari nanti.... hidup abang... kahkahkah...




Asamgaram : hidung saya akan kurang tersiksa jika ia menjadi kenyataan.....sukerrr....!





19 November 2009

Sharing Is Caring

kredit to mr. gugel


Meh kiter share info meh...


Mesti ramai kat luar tue minat nak buat blog, tp tak yakin, konon takut cam buta IT ke...? Tak perlu ilmu IT tinggi melangit untuk ader blog, but from time to time, biler kiter dah mula blogging cuber ler carik ilmu tue. Idak ler nanti terkebil2 tengok blog orang lain ader menda alah tu, mende alah nie... Tapi kiter tak de...


Saya masih dalam proses mencari ilmu itu. Mula-mula buat blog pun rasenyer takde ilmu itu sekadar ilmu komputer dan sedikit ilmu internet. Dari 'rumah' yang kosong tanpa kaler, tanpa 'bunga', mula sikit2 menjadi semakin meriah...


Ada 2,3 orang kawan aku tanyer2 gak camner yek nak buat blog. jawapan aku senang, daftar maner2 blog web pastu leh la mula. bunyik nyer mcm senang sangat kannnn...... Sebab aku pun masih mencari-cari. Sambil carik2 tue i found 1 blog nie yang memang dier ajar tutoria; buat blog. Jadi sesaper yang masih berfikir2, bertanya leh belajo kat sini yek. Saya belum habis khatam lagik...



Meh kiter belajo samer2 meh... Macam-macam ada. Klik Mari bina blog nie dan meh kiter meriahkan lagi dunia blogging...
Kresit & TQ untuk tuan tanah blog nie sebab sudi kongsi banyak ilmu blogginggg....



18 November 2009

Meraikan Kengkawan.....

.

kisah minggu lepas yang baru terasa nak di post...huhuhu..


Kejadian berlaku pada tanggal 4/11/2009 bertempat di hot spring, Sg. Klah.



.

.
Penuh makanan hasil pot luck ahli jemaah. Sepatut makan-makan nie pun buat kat Hot Spring jugak. Tetapi, adalah salah membawa masuk sebarang makanan dari luar ke dalam kawasan Hot Spring. Amaran Kerajaan Malaysia....kenapa kerajaan Malaysia. Sebab Hot Spring nie Felda yang punyer. Hehehe.....

.
Menu..? Macam2 adaaa...
.
*Nasi*gulai lemak ayam*sambal tumis petai*ikan masin*tempoyak*sambal belacan*laksa*bihun goreng*mee goreng*nasi impit*kacang kuda rebus*apam*dadih*rojak buah*kuih-muih* dannn macam2 lagi. Aku tak sempat jamah banyak pun. itu pun nasib aku dan cilok nasik ngan lauk bawak balik opis. Kalo dak tak merasa la aper2. Keadaan tak mengizinkan...
.
Sebab tak leh bawak masuk makanan ke dalam, ahli rombongan terus lajak sikit ke dalam, masuk kg orang asli kat dalam tue. Lepak kat sungai yang cantik dan nyaman. Aku ahli rombongan yang paling last tibe. Maklum ler pejabat lain2, bos pun lain2. Jadi kena la lapor diri dulu. Cuit kertas tu, cuit report nie. Baru leh kuar opis. Pastu kena masuk balik.....




Dah kenyang baru g layan mandi manda. Aku tak terlibat ngan xtvt depa. Lebih syok ambik gambo jek... maleh nak menyalin2 & tak pueh hati aku. Kang baru sejam lebih dah kena berangkut balik. Rugi jek aku basahkan badan....hahaha.

.

Tapi, aku menyampah betul la. Tengah eksited nak nangkap gambo, layan depa mandi manda, Bateri kamera lak kong. Mencikkkssss. Guna la plan B, tapi gambo ngan kamera N70 aku nie sangat le blur dan tak cantik. Maleh leak. Layan je la gambo yang ader yek... Jadi gambo kat tmt air panas memang nan ado...





Dulu-dulu, binaan gelogsor tue adalah seekor sotong. Tapi, udah idak mandang. Udah jadi menda lain lak... Lamer yek aku tak datang...huhuhu.

Kat sini ader 2 tempat yang terpisah. Kolam air panas & kolam air gunung (sejuk). Korang pilih ler maner nak lepak. Pas mandi air sejuk tue, baru depa g rendam air panas. Orangtak ramai ari tue, maklum la ari keje Jadi, depa dah konker (hehehe...pelik lak munyiknyer) kawasan nie. Bermaharaja lela la depa. Nak telentang, nak menerap sambil gelungsur. Hahaha. Yang tetua semua dah jadi bebudak....

Kul 1.30 ptg dah tolak balik... Aku kena masuk opis sebelum kul 2 ptg.


Ahli rombongan yang terlibat. Gambo adalah sebelum masuk Hot Spring, kalo lps mandi semua takut tak menten vogue dah....hehehe... Jadi tangkap gambo sesiap.... Tujuan program adalah meraikan ahli yang nak pencen & ahli yang nak pindah. Ngabihkan duit kelab yang ader.....


Asamgaram : Yang nak pencen adalah mak saya......hihihi.








Menu Yang Sama


Dah 2 hari menu kami kat opis samer jek. Esok pun rasanyer pun samer. Minggu nie rasa malas nak kuar makan kat kedai. Beli apa yang patut, buh dalam freezer. Lapar, masak, makan... Sonang kan.....

*kacang panggang*roti bakar*kentang goreng*finger nugget oatmeal*

makan kenyang2, pastu sambung buat keje. Bos tak bising kami masak kat opis. Jadi, dengan kuasa veto yang ader teruskan la usaha tue....





Asamgaram : baru teringat ader tag yang belum dibuat....suker jek layan tag orang.







17 November 2009

Gigiiiilllll..grrrrr


Hahahaha....
Apa kes letak gambo kaki nie...

Musim tengkujuh dah lamer tiba kat sini. Hari2 berulang Tapah - Slim kompem ujan. Tak pagi, ujan waktu petang... Cuaca sangat ler sejukkkkkkk.... Sampai leh gigil2 dok kat opis.

Badan pun ber 'mood' ikut cuaca. Mendung ari, 'mendung' jugak ler badan... Tolonggg... Adakah saya kekurangan vitamin...????

Malam tadi aku belasah tido lepas maghrib sampai ler Mr. K balik dari main badmintion kul 1 pagi... Gara-gara aku telan ubat demam & selsema.. Biler la badan nak elok nie. Datang gak ler opis, mc aku dah penuh taun nie. No more mc dah... Kena la kuatkan semangatkan. Lawan perasaan malassss dalam kemendungan yang berpanjangan nie...

Tapi itu ler nikmat Allah yang sebenarnyer. Tanpa kiter sedar itu lah jugak rezeki dicurahkan untuk kita... Kadang kita nie sebagai manusia nie banyak songeh.. Panas terik tak boleh, hujan tak boleh, mendung tak nak... Apa yang kita nak...? Bersyukur ler dengan aper yang diberikan... Bersyukur dengan apa yang diterima.. Bukan saya menuding jari pada orang sahaja tapi saya juga mengingatkan diri agar tidak lupa diri dan mengingati NYA selalu...







Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin