12 Julai 2013

2 Ramadhan 1434H


Dah masuk 3 Ramadhan hari nie... Tapi masih frust coz belum dapat lg memulakan puaser... Alahaiiii... Naper ko liat sgt nak habis wahai 'sahabat'.. huhuhu

Dah 2 hari berbuka rumah mertua. Hari nie pun sama la jugak. Mak masih di Ipoh. belum balik. Udah rindu ngan mak... muahahaha.

Nie menu berbuka semalam...
Tomyam ayam, ikan goreng, cendawan goreng tepung & sambal tempoyak dr jiran sebelah...
Kuih muih beli cuma karipap jek beli yg segera dan goreng. Karipap yg kaler coklat2 hitam.. Burukkan rupe dier. Nak makan pun takde selera... hihihi. Tak tau aku aper rasanyer.



Tomyam tue permintaan mak mertua aku. Teringin nak makan tapi tak pandai nak masak. Dier suh aku masakkan. Kalo suh aku masak makanya tomyam putih la pilihan aku.. Suka bangat tomyam putih. Tomyam merah yg pakai pes tue kekadang rasa perit kat tekak.



Untuk resepi tomyam...
1/2 ekor ayam
2 labu bawang besar
1 biji bwg putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
daun limau purut
perahan limau nipis
garam
sayur : carrot, kobis bunga, cendawan, tomato

Rebus ayam, serai, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dalam periuk. Dan menggelegak buh sayur. agak sayur dah nak empuk buh tomato, daun limau purut, perahan limau nipis, garam. Lupa lak cili padi ketuk... tunggu jap, siap... :). Senang kan. Aku memang suka masak konsep campak mencampak.

Tepat maser berbuka.semua dh duk kat meja... Termasuk kak long yang pretend cam puaser... hahaha. org nak kurma, dier sibuk nak kurma. Jilat2 sikit letak tepi... Hari pertama time berbuka adik tido.... Semalam dier jaga la pulak... uk ek uk ek kt depan.,. boring sengsorang. hihihi.


Pas amkan solat, rehat ngadap tv.... Abah g solat terawih.... Ibu kat umah dengan anak2.... Aina sibuk nak ikut abah...

Aina dh siap ibu... Nak ikut abah g terawih. hihihi









Tiada ulasan:

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin