Celoteh Kak long...


Nie anak dara sulung aku.. Aina. Cute kan??? But u should see me first.. hahaha. Aku me'refer' pada t shirt dier tue. Baru beli maser kt Penang, kat pasar malam batu Feringghi. Sedondong dengan adik.


Aku nak cerita bab mulut dier nie ha... Masya Allah. taktau la maner dpt mulut becok cam gitu. Bukan sikit2 becok yek. Ader jek bahan dier nk ceceh. kalo takde bahan dier menyanyi la, mengaji la. Ikut dan, & kesesuaian tmt. Kalo dlm keta dier sibuk nyanyi. Ari tue dier g ziarah orng meninggal ngan mak. Mak kata kat sana mulut dier menceceh baca al-fatihah... Banyak kali. kekadang kuat kekadang perlahan... Waladdddollllinnnnnn... hihihi. Bagus la kalo pandai sesuaikan diri dengan keadaan semasa.

Aku ingat maser ngandungkan dier, aku giler suker makan tongkek ayam. Every week kalo pegi pasar malam mmg tak lupa beli tongkek ayam goreng tue. Badinyer kena kat anak kot... hahaha.

Selalu kalo balik keje, dier kat dlm umah becok bg salam. berulang kali selagi tak nampak kiter turun dr tangga... Pastu sibuk la sembang,
'ibu pegi maner tadi?'.
'ibu dh habis keje ke?'.
'ibu keje kat maner?'
Udah mcm kena soal siasat.

Semalam balik keje terus masuk dapur masak, tetiba dier dtg. Nak sembang la tue...
'Ibu, tadikan kitaorg pegi keje....'
'Iye ke? Aina keje kat maner?'
'Ader la... Keje kat pesbuk..'
'hahaha.. pesbuk? keje aper?'
'iye... keje ngan pesbuk la...'

Anak dh sibuk berpesbuk pulak, baru jek 2thn setengah. belum cukup baligh nk berpesbuk... hihihi.

Kalo dlm keta lagi la memacam....

Biler tgk abah dier merokok. Dier boleh sound abah dier...
'Abah.. jgn merokok. merokok, merokok. merokok. jgn merokok...'
hambik abah. padan muka. Memang nada org marah, siap jerit lagik.

Biler dier tgh duduk rilek kt dlm keta sekali dier terpelanting sikit ke kiri ke kanan sebab abah terlanggar lubang,
'abah, jgn la bawak laju2. bawak pelan jek...'
'laa.. tak boleh ke bawak laju2..'
'Tak bolehhh. Nanti aina jatuh'
Kitaorg senyum jek ngan perangai dier...

Aku nie kalo dier bercakap memang suka layan. Tanyer macam2 bg dier jawab. Jawapan dier kekadang mengundang kejutan. Maner la dier belajar yek...

Dalam keadaan panas, aku masuk keta terus bukak tudung...
'ibu, pakai tudung balik. pakaiiii!'
'ala.. ibu panas. buka sekejap jek...'
'Pakai balik..' garang ko...
'Tak boleh ke ibu nak bukak tudung..?'
'Takk bolehhhhh...'
'nape tak boleh..?'
'Tuhan marah...'
GULP..!!!! Ok ibu insaf.

Malam sebelum tue aku tak sihat, selsema. Jadi memang tak berapa sihat. Aina aku suh ikut abahnyer ke kg. raya, umah opah dier. Malam td, aku cakap ngan dier...
'Aina jgn nakal2 yek.. kiter main elok2 jek malam nie...Ibu nak rehat'
'Ibu sakit ke..???'
hihihi. Walaupun aku dh tak selsema, tp dier still ingat malam sebelum tue aku tak sihat...

Kebolehan bercakap dan mengingat Aina memang agak mengangumkan la bagi aku. Alhamdulillah... Dier mula bercakap maser umur 9 bulan gitu... Tapi bicara yg ringkas, 'bu', 'abah', 'pah', 'nak'... biler dh setahun cakap dier memang jelas... merangkak dr word by word, then boleh dh buat 2 perkataan. Biler umur dier dh 1y4m gitu dier dah boleh nyanyi lagu buai laju2... Tanpa pelat langsung... Aina memang tak pelat langsung...

Cumer skang nie biler dh banyak sgt perkataan dier tau dier kekadang cam konpius... Nak ckp benda lain, tp sebut lain....

Ader sekali tue..
'Aina, jgn kacau adik. G main tmt lain'
'Ibu, aina nak loggen'..
'loggen..?'
Aku pandang Mr. K.. Aku tgk dier kerut dahi... hahaha
'Abah tau ke aper loggen?' Abahnyer geleng kepala...
'Lego la bah..' Baru la Mr. K gelak.
"amik kan la loggen aina..'

Kalo dier tgh bawak basikal aku ajak sembang
'Aina nak g maner tue?'
'Aina nak g pasar jap..'
'Nak beli ape tue?'
'Nak beli soya...'
Read as sayur yek... hihihi.

Seronok melayan Aina nie bersembang.... Adik esok mulutnyer camner la pulak....:)






Comments

Popular Posts