Top 10 - Kesalahan di bulan Ramadhan

Kutip dr FB....
Sharing is Caring...
******************************************

10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan.

1. Tidak sahur.
- puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong. 

- aku memang suka bersahur sbb dh tahu kemampuan diri kalo tak bersahur. Jangan skip sahur, penting nie bukan sahaja untuk kesihatan dan tenaga tp dapat pahala jugak.

2. Sahur terlalu awal
- Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper. 

-  Nie bukan stail aku... Maser memuda dulu buat la, tp tak buat dh sekarang. Lagi2 dh berkeluarga nie.

 3. Terlebih tidur
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

- Bulan ramadhan nie mata memang dugaan beso. Memang ngantuk memanjang. Kalo boleh agaknya dr pagi sampai petang nak tido... Tp, no no no....

4. Berbuka secara buffet sampai buncit
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang

- Dedulu biler kata buffet makan kt hotel, memang sibuk nak pegi. Maser muda belia la. Tapi la njie kalo boleh buffet hotel takmo dh... Letih nak beratur tunggu makanan, letih nak memilih makan apa. Semua nak amik pun, habis makan nak zip seluar pun tak boleh.... Dalam keadaan terpaksa boleh jek berbuka buffet.

5. Membazar hingga membazir.
- lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.

- Dah 3,4 tahun kot aku cuba elak membeli kt pasar ramadhan. Sesekali biler mendesak atau tak sempat baru pegi. Dan selagi boleh sgt behave biler membeli. Memang kalo kt bazar selalu jd membazir. Tgk keadaan la kalo terpaksa membeli pun.

6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
- bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal

- hohoho... Mood raya aku tak menentu. Untuk tahun nie mood belum dtg lg nie.,

7. Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr
- Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!

- Buat maser nie nak berjemaah terawih di surau mmg tak dpt la. 2 org anak perlu dijaga. Tapi kalo ader peluang kat umah cuba jgk usahakan. Paling tidak dpt khatam quran pun bagus...

8. Puasa tapi tak solat.
- pahala puasa pending, sebab tak solat. Ayoyo!

- Mintak dijauhkan

9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
- bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan. 

- Bulan ramadhan merata tazkirah ada. ndak ngan tak ndak jek....
 

10.Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
- ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar, tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

- Semoga diberi pintu hidayah dan keimanan yg tinggi untuk aku dan keluarga...








Comments

Popular Posts