28 Oktober 2009

My Mom's Speciality



This is my mom's speciality... Why. Sebab mak saya yang masak...heheehe. Mesti la special..





Nasi lemak lengundi. Mungkin ader yang tau, ader yang tidak. But kat tapah, kalo nak makan kena la masak coz takde jual kat sini.





Kenapa panggey nasi lemak lengundi...? Sebab nak masak kiter kena guna daun lengundi nie, sejenis daun herba yang baik untuk antioksidan. Rasenyer cam ader mint sikit. Tapi lak rase lagi kuat, buh lagi banyak.



Ada orang kata, kalo dalam pantang elok makan nie. Buang angin.... Aku memang suker makan herba, ulam nie nie asalkan rasenyer tidak terlalu kuat... Dapat lak cicah ngan sambal tempoyak mentah, peeegggghhhhhhhhhh.............. Meleleh air liur kau.











~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Pokok lengundi @ lemuni
(hasil gugelan -- tq mr. gugel)



Ini ler daun lengundi @ setengah orang panggey lemuni @ langundi. Daunnyer belah depan memang warna hijau, belah belakang warna ungu gelap. Tue pasal biler masak, nasi lemak jadi warna hitam.

Khasiat - juga hasil gugelan
Akarnya boleh direbus dan diminum bagi perempuan lepas bersalin.Ia juga boleh digunakan untuk merawat luka terbakar dengan cara memanaskan daunnya didalam periuk yang panas tanpa dicampur air. daun yang panas ini kemudiannya ditekapkan pada luka tadi.Lakukannya dua hingga 3 kali sehari.Daunnya juga boleh digunakan untuk merawat penyakit beri beri, rheumatik dan cirit birit dan juga boleh digunakan sebagai antiseptik.Dimalaysia daunnya yang telah ditumbuk bersama bawang butih, lada hitam, kunyit dan nasi, kemudian digentel kecil-kecil digunakan selalunya untuk merawat sakit kepala, mata berair dan juga untuk menggalakkan pertumbuhan janggut.Ia juga digunakan untuk merawat kanser payudara.selain itu daunnya boleh juga dijadikan bantal untuk mengubat sakit kepala selain daunnya juga dijadikan ulam dan bahan campuran ketika memasak nasi.Daunnya juga dapat membunuh jentik-jentik dan boleh digunakan sebagai ubat nyamuk (nyamuk aedes).












Tiada ulasan:

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

Menarik...!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin