12 Januari 2010

Dugaan Awal Tahun


Inilah punca-punca kenapa aku cuti lamer. Aku disahkan kena demam denggi, tapi alhamdulillah aku tak perlu admit, cuma perlu berulang ke spital setiap hari untuk cek darah.

Sepatutnya hari rabu aku dah mula keje. Ari senin & selasa aku dah amik cuti sebab hari selasa minggu lepas ada program Maal Hijrah kat kampung. Jadi aku niat nak g surau, menolong apa2 yang patut. Tapi, sebabkan demam nie, langsung aku tak menempuh surau. Dok umah, membongkang jek. Tak mampu nak menghulurkan bantuan.

Rentetannya bermula ari ahad petang lagi. Tengahari aku g kenduri. Aku dah rasa lain macam sebab aku takde selera makan. Badan lain macam sikit. Balik umah jek, aku terus selubung ngan selimut dan gigil tahap maksima...

Yang bestnya, aku takde rasa batuk & selsema. Itu 1 dari ke'konfus'an aku. Selalunyer kalo aku demam, batuk ngan selesema berselang2 memenuhi ruang bilik. Tapi kali ni, nan ado. Aku dah rasa lain macam, aku agak niebukan demam biasa. Tapi aku tak g klinik pun. Telan jek panadol. Sakit badan jangan cakap ler.

Ari senin petang, aku g klinik. Tak nampak perubahan langsung demam aku nie nak kebah. Doktor bagi ubat demam & antbiotik. Lepas makan ubat jek, badan mula berpeluh2. Ok la tue. Aku suker. Tapi biler kesan ubat hilang, badan aku start gigil2 balik. Tido malam jangan cakap ler, pakai toto pun belum tentut hilang gigil aku. Makan ubat 3 hari tue langsung tak nampak berubah.

Ari Rabu aku g klinik lagik sekali sebab demam & sebab mata aku sakit sangat, rasa takleh bukak. Tulang temulang jangan cakap ler, tetiba kang datang 'cramp'. Siksa..... Doktor buat test untuk denggi. Kompom ader bintik2 merah. Doktor bagi surat soh g spital. Tapi aku balik umah dulu, isi perut & sembahyang maghrib. Dah kenyang baru g spital. Kalo tak makan kang, lembik sangat doktor tahan lak. Aku minum air banyak2 sebelum g spital.

G spital kena drip, 1 botol jek. Ambik darah. Darah aku stabil. Jadi takyah admit. Tapi kena ulang cek darah besok. Balik umah aku minum air banyak2, minum air 100 plus. Makan kena makan, tak banyak sikit kena telan gak walaupun tak selera.


2 hari berikutnya aku still kena amik darah. Setiap hari darah aku makin turun, tapi masih stabil. Aku harap hari ke-4, aku takyah ambik darah lagik. Takut tak stabil lak. Demam jangan cakap ler. Sikt punya susah nak baik. Sampai ler ari Ahad baru nie, demam aku elok sikit. Tapi badan sangat2 lah lemahnyer. Nak melipat kain yang bertambun pun ambik masa yang lamer. Mengah2....

Doktor dah pesan, denggi takde ubat yang khas. Cumer kiter kena minum air banyak2, 100 plus pun leh gak. Makan panadol untuk kurangkan demam. Kalo tak nanti badan kurang air, tu ler pasal kalo kena denggi kena drip, tapi untuk mereka yang taknak makan & minum sampai takde air dalam badan. Lagi ler banyak kena drip. Kalau kena lak demam yang muntah2, siap ler. Sib baik aku muntah tak teruk. Makan pun memilih, yang agak2 boleh mendatangkan 'pengeluaran semula' aku tak ambik. Selain tue aku minum air misai kucing.

Skang nie dah ok, cumer aku ader rase bintik2 merah tue kuar, dan badan aku gatal2. Demam dah takde. Cumer badan jek tetiba rasa sakit mendatang. Harap2 2,3 hari lagik ok la.

Asamgaram : iniler first time aku kena drip. Sikitnyer takut kau coz orang lain asyik cakap kat aku sakit. Tapi, idak ler sakit maner pun...hehehehe. Tetiba lak riak..kahkahkah.



4 ulasan:

zella berkata...

semoga cepat sembuh... ;)

Nietanozie berkata...

tq zella....

kulop ludin berkata...

camtu cetenyea...
patut le lama idak memblogging...
ingat aritu pasei laptop masuk bengkel....

teman harap mike lekeh2 segor yea...

Nietanozie berkata...

time kasih la en kulop....

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

Menarik...!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin