15 Disember 2011

Ikan bilis Sangai



Ikan bilis saiz besar (senang nak bersihkan.) dibuang t*hi (kalo saya buang tulang sekali..). Direndam (semalaman pun takpe..), dibersihkan dan dikeringkan. Pastu goreng dalam kuali tanpa minyak. Dah goreng, blend dan simpan.

Benda yang paling senang nak buat nie la... Simpan elok2 (saya simpan dalam esbok..). Kalo sesekali nak masak bubur anak, atau masak sayur mayur anak, saya just tambah ikan bilis nie jek... Rasa pun sedap & anak pun suker. Stok dah habis dah nie, kena beli ikan bilis lagik...:)

Kalo ibu nak makan pun boleh... Buat cam dalam pantang tue, tambah lada hitam tumbuk. Makan dgn nasik panas2... ish... Sedapnyer... Makan lak ngan ikan goreng dan temu... ish, lagik sedap.... Mak kepingin sudah...hehehe.

Leh jugak buat sambal yek... Tumbuk cili padi semata (tambah cili besar pun boleh) + garam (sikit jek...). Pastu tambah ikan bilis blend nie dan perah limau... ish.. terliur pulak dah... hehehe. Kalo tak perah limau pun tak pe, kacau dengan tempoyak... muahahaha. Sedaappppppp nyerrrrr........ Dah terasa kat tekak nie (menitik2 air liur ku...(: )

Kalo terdesak, leh gak masuk dalam nasi goreng, bihun goreng, mee goreng... Maner la tau dalam freezer dah kehabisan lauk... Ikan bilis nie buat pengganti.

mula2 dulu buat banyak gak, skang nie buat sikit2 jek coz aina dah banyak option lain leh makan... Stok ikan bilis blend dah kehabisan pun nie. Ikan bilis tinggal sikit jek nak buat sangai x berbaloi. Penyudahnyer malam tadi nasik goreng Aina guna ikan bilis yang dicincang halussssssssss2... hehehe. Nak pakai lesung batu kang takut terpedas lak ikan bilis tue, lesung mmg takde yg lain, tue la 1 je.


Tiada ulasan:

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin