10 Jun 2013

Sehari Aina di Opis Ibu

Cerita laaaamaaaaaa... Sehari sebelum g ke Sabah ari tue... Layan je la.

Uci nak ke bandung ngikut acu padil Aina ke sana sekali ngan abah. Opah pulak baru jek kuar wad dan tak ku yakin nak menjaga Aina yang sangat bijak nie. Tak pepasal datang balik semput nyer... Jadi sebagai penyelesaian terpaksa ku angkut Aina sekali ke opis. Nak amik cuti memang tidak la coz esoknyer dah cuti dan cuti teman idak ler banyak maner dah. huhuhu.

Jadi, terpaksa la ku angkut Aina dalam keadaan dier mamai2 tue. Takyah mandi, kiter mandi kat opis je la nak... Dalam keta dier sambung tido.

Sampai opis memula tue cam malu2 la... Kepala pun ting tong lagik kot sbb baru bangun tido.

Tapi, biler udah segar sikit.. Eksyennn ko.

'Ibu jangan la kacau. Aina nak buat keje nie... Ish..!!' Amik ko. Maknyer kena sound pulak. hahaha.


Pepagi ader meeting sekejap, hangkut sekali anak masuk meeting room, half way en. boss kata awak takyah masuk meeting. Jaga phone kat luar sbb anak sibuk nak nenen... hahaha.

Dier behave la jugak, idak la mengaco jek tp yg tak tahan tue asyik minta nenen... hihihi.

Boring2 aku bagi kertas sehelai, pen sebatang suh dier buat 'keje' dier diam2... Udah boring dier pun pulang balik kertas cakap ' ibu, dah..'.

Terkejut aku tgk kertas yg dier bagi tue... Dier udah pandei tulis A, B u ollss.. Memang tak sangka sungguh. Sebelum nie tak penah tunjuk bakat pun, tapi memalam biler aku main2 ngan dier mmg selalu dier suh aku tuliskan A B C nie. Selalu jugak, tp aku tulis jek, dier tak penah pun tulis balik. Biler dier tunjuk pulak kertas yg dier tulis sendiri memang aku terkejut la. Sungguh surprise. Aina baru jek masuk 2thn 3bln maser nie. Aku tak expect pun keupayaan dier sampai cam gini. Lepas nie kena terus ajar dier sikit2, walaupun dier tak respon tak ape. Teruskan jek...


Alhamdulillah....

time to take a nap..... Sedap sungguh tido. lama jugak, senang ibu nak buat keje.... :)


Keletihan kot 'bekerja' di opis dengan ibu... hihihi. Tido pulak dalam ekon, sejuk, memang sodap la tido...

Kul 5, punch card. Jom balik nak...

Sepanjang jalan tue, dier punya mulut masya Allahhh.... Asyik la bercakap. Bertanya itu ini... Sampai takde jawapan dh untuk soklan2 dier.. Hahaha. Maklum la udah segar bugar baru bangun tido. Cargas la... Tak senang ibu nak drive... Anak oh Anak...

Lepas nie kalo keadaan mendesak boleh la jgk bwk Aina g opis. Takde la pening kepala nak jaga dier pun. Ok jek...





Tiada ulasan:

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

Menarik...!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin